saya ingin menceritakan tentang seorang nenek tua di kampung saya.nenek tinggal di hujung kampung berseorangan suaminya sudah lama meninggal.nenek mempunyai seorang anak lelaki namun di usia muda anak lelakinya itu sudah berhijrah meninggalkan kampung mencari kehidupan di luar sebagai makan gaji daripada mengusahakan tanah keluarga.
Dikala yang lain sedang berlumba-lumba mencuba pelbagai fesyen dan material selipar nenek masih memilih berkaki ayam,disebabkan itu nenek mempunyai tapak kaki yang hitam kuku kaki yang jauh sekali dari warna sihat dan kaki nenek jenis lebar.
nenek mempunyai kulit hitam manis,wajah bujur dagu runcing,gigi tersusun rapat namun agak jongang sedikit kelihatan,oleh kerana sikap nenek yang suka makan daun sirih giginya sudah berwarna hitam di tambah lagi nenek tidak mengenali apa itu berus gigi.
nenek suka menyimpan tembakau mononsini di tepi bibir sebesar yang boleh setelah menguyah daun sirih berserta pinang dan kapur putih.
khidmat nenek akan diperlukan ketika upacara membuat pemujaan perdamaian peace offering dengan roh tanda menghormati roh yang ada di tempat pembukaan tanah baru dengan menyembelih haiwan seperti ayam,kerbau atau pun babi.
bila berlaku kematian nenek juga diminta untuk melakukan upacara mogondi talk with the dead iaitu menyeru roh si mati dan berbicara pada si mati untuk bertanyakan beberapa soalan yang perlu biasanya dilakukan pada monginturu hari ketujuh si mati.ketika semua ritual ini dilaksanakan nenek berkomunikasi dalam bahasa yang tidak dikenali iaitu bahasa Roh.
pernah sekali saya menyertai monginturu [hari ketujuh arwah meninggal]yang dilakukan nenek pada pukul 10 malam ritual itu disertai beberapa orang.
semasa ritual dilakukan nenek memesan semua jangan bersuara sembarangan.
nenek mengenakan pakaian hitam dan satu kain menutupi kepala nenek saat ritual dimulakan. dan di tangan nenek terdapat satu gelang saya tidak pasti apakah ya sebetulnya namun salah satu bahan yang ada pada gelang itu kepingan pokok yang dipanggil komburongo,dan beberapa kepingan metal yang menghasilkan bunyi,ya ditepuk-tepuk pada telapak tangan nenek diikuti mantera yang bahasanya tidak pernah ku dengar.
nenek berdiri di suatu sudut dan membelakangi kami,sebelum ritual bermula nenek memulakan dengan minum segelas air dan menghembur separuh air itu dan merenjis-renjis baki air di sekeliling nenek,setelah itu nenek mula bertutur dalam nada perlahan tiba-tiba nenek bertutur laju serta menyanyi-nyanyi dalam bahasa roh tiada siapa yang faham di ruang itu.
nenek bertutur sangat cepat tanpa kelihatan berhenti bernafas,diikuti badan nenek yang terngoncang-goncang sedikit dan gelang yang ada di tangan kanan digoncang-goncang,bunyi gelang memenuhi kesenyapan suasana irama gelang berbunyi serentak sepantas nada suara nenek.
tiba-tiba suara nenek bertukar dari suara perempuan ke suara lelaki kami semua berpandangan .roh itu pun membuka cerita dan bersuara perlahan dan terus kedengaran jelas dan suara yang menyahut itu sememangnya milik si mati sungguh saya sukar melupakan pengalaman ini.
nak tahu apa perbualan dan respon si mati saat rohnya diseru boleh komen ...
namun salah satu perkara yang si mati kongsikan pada kami saya kongsikan pada anda..si mati memberi tahu bagaimana suasana dia disambut ,,dia berada di tengah2 kabus awan yang tebal tiba awan kabus itu terbuka seaakan-akan pintu dibuka kedengaran samar bunyi gendang sebelum dia melihat ramai manusia..seperti raja berjalan ke takthanya..dia disambut dengan bunyi gendang orang bersorak2 gembira melambai terhadapnya dan familiar face memeluk dia,..dan si mati juga mengaku saat kematiannya ketika itu badannya masih ada di dalam rumah dia mengaku melihat suasana di rumahnya kadang dia memerhati rumahnya dari jauh dan ada kalanya dia disebalik tetamu.
Mati itu nyata dari tanah kita datang kepada tanah kita kembali.. Detik-detik terakhir bersama si nenek sehari sebelum nenek meninggal saya dan beberapa orang sekampung menghadiri bersama nenek sembayang rosary [doa tahlil] bersama-sama di rumah berlakunya kematian merangkumi saudara dekat nenek.
seperti kebiasaan seandainya ada acara perjumpaan sebegini si nenek selalunya banyak menghabiskan waktu dengan bersembang tetamu yang lain di luar rumah namun pada kali ini kami berasa sedikit hairan dengan keterbukaan nenek sudi menyertai kami berdoa dan sembayang buat si mati mengikut cara kristian,di mana berdoa rosary memakan masa hampir sejam atau lebih dalam keadaan berdiri dan ada ketikanya berlutut.kami sedikit pelik dan tidak yakin nenek bertahan menghabiskan sesi sembayang itu di mana kami menyangka dia akan berlalu pergi sebentar lagi sebaik sahaja sesi sembayang bermula[tahlil].
saat berlutut kebetulan nenek di hadapan saya dan sepupu perempuan saya,masih segar di ingatan tapak kaki nenek dan bentuk kaki nenek mekar di fikiran,apa tidaknya saya dan sepupu saya mentertawakan dalam diam tapak kaki nenek bayangkan sahajalah keadaan kaki seseorang yang tidak mengenal apa itu selipar mahupun kasut nenek menolak mengenakan selipar,di mana keadaan tapak kaki nenek yang kurang bersih,hitam dan kelihatan kasar kulit tapak kaki nenek seutuh permukaan getah yang teguh ,seakan-akan kalau andainya terpijak paku,paku pula yang akan bengkok.😂😂😂
sembayang habis dalam pukul 8:30 malam,sesudah sembayang kami menjamah selera sesudah itu kami pun bertolak pulang hampir pukul 10 malam dengan menaiki kenderaan anak kepada abang nenek.dalam kereta kami bersembang tentang mood nenek yang menolak tawaran tuan rumah memberinya minuman keras memandangkan nenek suka akan minuman keras, dan malam itu nenek juga tidak bercakap banyak seperti selalu memandangkan nenek seorang yang lucu ada sahaja yang diperbualkan,dan ketika sembayang tadi pun nenek sangat tekun mengikuti rentak sembayang biar itu pertama kali buatnya menyertai sesi ketuhanan,nenek juga berlutut dengan selesa kelihatan tekun mendengar doa rosary berlansung biar nenek tidak mengetahui langsung tatacara sembayang saat itu.
sampai di perkampungan kami...Rumah nenek terletak di hujung kampung tapi entah mengapa kami semua yang ada di dalam bas berpakat menurunkan nenek dahulu,sesampai di hadapan rumah nenek suasana sangat gelap dimana suasanayang hanya diterangi lampu jalan,kami menegur rumah nenek sangat gelap adakah nenek akan baik baik sahaja berjalan dalam suasana gelap ini atau perlukan pertolongan menemaninya berjalan sampai ke pintu rumah dan menolong memasang lampu rumah ..dan nenek menyakinkan dia sudah biasa kegelapan seperti ini tiada apa yang hendak ditakutkan kami pun percaya kerana mengenali nenek ..........
-mogondi [pemujaan memanggil roh arwah] dibuat setelah 7hari berlalu kematiannya
-mangsa jatuh di tangga dapur dlm keadaan gelap
-mangsa melihat banyangan hitam di cermin dapur
-waktu mogondi arwah claim dia dibunuh syaitan peliharaanya kerana x diberi makan sdh lama
***********************************************************************************saya menulis cerita ini dalam keadaan gelap di bilik tidur saya dan saya diganggu bunyi orang batuk seolah-olah membuang kahak pertama kali dan kedua dan ketiga saya tidak endahkan kali keempat saya bangun dan menepuk tangan 3kali sekuatnya lalu memasang lampu sememangnya arwh suka membuang kahak seperti itu.bulu roma tengkuk dan tangan meremang habis namun saya meneruskan menaip.dan sambung menaip di hari lain...
***********************************************************************************
-mogondi [pemujaan memanggil roh arwah] dibuat setelah 7hari berlalu kematiannya
-mangsa jatuh di tangga dapur dlm keadaan gelap
-mangsa melihat banyangan hitam di cermin dapur
-waktu mogondi arwah claim dia dibunuh syaitan peliharaanya kerana x diberi makan sdh lama
***********************************************************************************saya menulis cerita ini dalam keadaan gelap di bilik tidur saya dan saya diganggu bunyi orang batuk seolah-olah membuang kahak pertama kali dan kedua dan ketiga saya tidak endahkan kali keempat saya bangun dan menepuk tangan 3kali sekuatnya lalu memasang lampu sememangnya arwh suka membuang kahak seperti itu.bulu roma tengkuk dan tangan meremang habis namun saya meneruskan menaip.dan sambung menaip di hari lain...
***********************************************************************************
Keesokannya harinya bersamaan hari ahad kampungku dikejutkan dengan kematian nenek,mengikut cerita orang yang berkunjung ke rumah nenek mereka menemukan nenek dalam keadaan terlentang di dapur ,,,
setelah badan nenek selamat dikebumikan setelah 3hari 2malam badannya disimpan di rumah..mengikut adat kitorang selama 7 hari d rumah si mati mesti ada orang di rumah(kenduri arwah) ...rumah tidak boleh ditinggalkan tiada penghuni,,makanan untuk santapan para tetamu yang bertandang haruslah sentiasa ada terhidang di meja..dan memandangkan situasi seperti ini tetamu kebanyakkan membawa "buah tangan" berupa barangan dapur atau wang,,,
pagi hari ke empat pemergian si nenek dalam pukul 10 pagi macam itu kebetulan saya dan cucu si nenek ada di dapur rumahnya membasuh pinggan,,,,di belakang rumah nenek ada hutan kecil bila angin menghembus deras agak mustahi; tidak perasan kerana pasti akan kedengaran daun2 pokok ditampar angin..tiba2 satu hembusan angin menerpa tubuh kami dan terasa hembusan itu tidak natural tindak balas tubuh sukar menipu terasa perlahan-lahan bulu roma meremang dari kaki ke tengkuk,
tiba-tiba anjing di luar dalam 5 ekor itu masing-masing menyalak dalam alunan sekejap marah sekejap sedih...faham2 sajalah bunyi anjing seakan meraung bagaimana.. anjing itu menyalak agak lama sebelum ya berhenti..
namun kami berlagak biasa tiadak menunjukkan rasa takut biar di otak merayu tidak ingin melihat penampakan di mana ya biasa berlaku saat berlaku kematian..apalagi saya ini yang memang selalu menyaksikan sepernatural ini .
tiba-tiba anjing yang dari depan rumah ada di belakang rumah brkumpul tepat depan pintu dapur dan anjing-anjing itu mengeluarkan bunyi seakan bermesra dengan seseorang,dalam hatiku berkata ia memberi tanda yang saya tidak suka tidak lama selepas itu pintu dapur diselak namun tidak kelihatan seseorang masuk,saya dan cucu si nenek hanya berpandangan dan berlagak berani,
tidak lama selepas itu tiba2 kedengaram pintu tandas ditutup dengan kuat saya dan cucu nenek tidak puas hati gerakan itu lalu saya dan cucu nenek bersuara bertanya siapakah gerangan membuka dan menutup pintu seperti itu,risau dipermainkan saya dan cucu nenek beranikan diri menghampiri tandas sambil memeluk prgelangan tangan antara satu sama lain.dan menyelak pintu tandas yang tidak tertutup rapat,
selepas pintu tandas dibuka saya dan cucu nenek mencuri pandang ke dalam tandas dengan hanya separuh kepala memandang ke dalam tandas ,saat mata memandang mangkuk tandas saat itu pengepam tandas di pam namun tidak ada seseorang di sana,tanpa membuang masa saya dan cucu nenek berlari memanjat tangga dapur menuju ruang tamu sesampai di ruang tamu cucu nenek menangis tak berhenti dan menyalahkn diri dan berkata "pasti nenek lagi memendam marah dengn saya memandangkan ada permintaan nenek yang saya tidak turutkan semasa hidupnya"lalu cucu nenek berlalu pergi meningalkan rumah nenek...
*****************************************************************************
setelah berehat lama tak buka blog baru kali ini ada peluang menaip almaklumlah tengah menaip ini ibu tengah berpantang untuk yang ke 14hari..ditemani music new punjabi song by b praak,,..terasa macam ibu tak ingat sangat detail kecil kisah ini besalah baru melahirkam simtom brain fog sedang cuba berkuasa tapi ibu cuba,..terasa macam ada halangan semacam nak tulis story ni ke diri ini memang yang selalu hangat2 tahi ayam hihi..
*****************************************************************************
7hari berlalu dan pada malam hari ketujuh inilah juga roh arwah nenek diseru oleh seorang nenek yang juga bobohizan juga nerangkap jiran si nenek
saat roh nenek berjaya diseru di mana sebelum itu roh lain yang masuk menjawab dan berjanji mencari nenek,saat roh nenek berjaya masuk ke "portal" nenek ketawa panjang sebelum mengajukan soalan mengapa dia diseru(seakan nenek tidak suka kerana ya melanggar pantang larang dunia dia dan kita)dan nenek memberitahu dia hanya akan sebentar bersama.
bobohizan mengajukan seoalan bagaimana keberadaan dia di alam sana dan nenek memberitahu dia bahagia di sana tidak ada kerisauan.
setelah bobohizan ajukan beberapa soalan atas permintaan anak2 nenek dan cucu selesai... bobohizan mengajukan soalan bertanya bagaimana nenek boleh jatuh terlentang di dapur,,
dan nenek memulakan cerita(suaranya tiada nada kesal kedengaran seperti biasa)
otuong diri korikot oku lamin mantad sambayang hilo...mimang otuong no suai-suai e walai om ka diolo (inan mokitulung ko nangku papasang oh lampu)?nga simbarku "tagal no okon ko au oku oubas id tuong2 iti,,"
suang oku nodi lamin om mogihum oku di suis lampu..nga miagal orongou ku haro tulun id dapur om ongoi oku da liga id dapur nga kokito oku haro turos tulun oitom ngai tinan poingintong doho id liligaon,iso no msntad okito ku sigok ka haro duo tulun kagu koimbulai om aranggou ma manau panau id labus dapur okito tomod mantad suang tuhun oku na di tukad dapur id kotuangan moi insomok d okito ku nga kam poingkuro kotompisal oku id tangga miagal ginayat ti kagod ku nga koilaai kudi nga e tigitan ku mala di minoi jadi miagal tulun minatai dogo..tamon kubo da yolo d om tinomodku au pinapakan yolo ogumu no tulan om otogod di yolo..
TRANSLATION
selepas mereka menghantar saya malam itu rumah memang dalam keadaan gelap semacam..dan memang mereka(seangkatan dalam bas@cucu nenek)ada menyuarakan hajat untuk membantu pasang lampu namun nenek menolak dan berkata bukannya nenek tidak biasa suasana gelap ini setelah sekian lama hidup bersendirian.
saya pun masuk dalam rumah dan mencuba mencari suis lampu ruang tamu rumah.dengan meraba dinding namun tiba2 saya terdengar seakan suara orang di dapur,saya pun cuba berjalan ke dapur dalam keadaan gelap,sebelum turun ke ruangan dapur langkah saya terhenti di tangga dan mata memandang tepat ke arah jendela yang berdepan dengan tangga kelihatan sebuah susuk tubuh hitam sedang memandang tepat ke arah saya seakan menanti kehadirian ku,tidak lama selepas itu kelihatan pula dua lagi sosok tubuh hitam tinggi lampai berkeliaran di luar dapur,saya pun cuba hampiri mereka,setelah saya melangkah satu anak tangga saya terasa kaki seakan ditarik kasar lalu saya terjatuh sehingga ke lantai dapur,,dan yang kelihatan seperti orang itu bukanlah orang tapi belaan ku mereka marah terhadap saya dan saya menerima akibatnya,,mereka marah kerana sudah berbulan saya sengaja tidak memberi mereka "makan" dan sesungguhnya saya memang berniat untuk "membuang mereka"seperti mana beberapa belaan ku sebelum ini yang sudah saya buang.
******************************************************************************
lagi mendengar "phir bir tum humko cahunga"bestnya menulis saat ditemani lagu yang betul2 singgah terkesan di hati ya membantu sangat
*******************************************************************************










No comments:
Post a Comment