Wednesday, 26 January 2022

TANAK WAGU SABAHAN MIX PUNJABI TURN ONE BIRTHDAY CELEBRATION

 OKAYY..beberapa bulan sebelum anak yang sulung hari jadi untuk yang sulungnya ibu sudah mengumpul idea dan fikir macam macam dan sudah tentu disertai nervous almaklumlah pertama kali sebagai parents hosting party g tuu...

mama fikir pakaian apa nak pakai nanti baju anak bagimana
mma fikir bertema ke tidak
mama fikir makanan apa yang akan disediakan nanti tetamu mama takpe tetamu papa tu punjabi dish nak saji apa haha..
mama fikir berapa jumlah tetamu yang akan hadir siapa nak jemput
mama fikir perisa cake apa nak buat hiasannya bagaimana,memandangkan mama reti buat cake serabut juga kononya nak buat yang perfect g tu and opkos safe for baby yala nak bagi anak chance pegang dan rasa cake tu macam orang puteh g tu..

mama buat frosting butter cream je,,nak buat pakai fresh cream tapi peti kita tak sesuai so end up buat icing butter je laa


mama pilih bake choclate sponge dan vanilla sponge,filling b.forest..beli semua bahan dekat pasarraya RAKAN je murah murah!! lengkap bahan bakery dari papan kek ke decoration cake A to Z semuaa ada..

CANTIK TAK KALAU CANTIK KOMEN CANTIK DONG HEHE..https://youtu.be/ndT8aBBlGOU link video lawak saat nak potong kek ini korang tau apa berlakuu hahaha..
taraaa inilah dia..cantik tak,.mama nak buat rumput juga tapi nozzle takde so mama rasa agak kosong sikit detail d situ tapi takpe mama gembira dapat buat sendiri ..mama start buat cake 12malam.. bagi anak tido dulu so dalam 2jam siap..siap2 je buat cake anak nangis tau tau je anak bagi peluang maksudnya mengemasnya esok pagila hehe..

smuaa mama buat sendiri tau maklumlh tinggal sendri suami dan anak je..belon tu mama kononnya tiup sehari awal bgi lekat di dinding tu sekali dia kecut hmm kurang sikit gah kelihatan belon tu haha..

duit deco sahaja nak 200myr..wkaka tq hubby mama










the best gift anak dapat hari itu sebentuk cincin emas so indian style!

tq hubby turutkan kehendak bini beli beli makanan atas meja itu yang pada akhir majlis tetamu tapau bawa pulang bagi anak depa hihihi mama happy ada dapat bagi sikit pada tetamu yang datang.

mama tak tahu berapa habis snack atas meja tu yang penting target mama itu untuk budak budak 
sporting couple sebelah ni tau



butter mama keras sikit pula saat nak potong hahaha 

hubby mati akal bagaimana nak berdiri cool le tu haha

nampak cara cara hubby berdiri di gambar2 d atas tu hubby malu ler tuu sebenarnya..mama buat2 tak malu wakaka depan kita tetamu nyanyi hepi birthday 

he is a bit off..sian my son saat dia birthday tu di hri bermakna dia my son DEMAM flu guyss mild je syukur dia tak meragam cuma tk melompt lompat riang dengan budak budak lain


pic selfie mama sehari selepas part 5/11/18 ...5hsri sebelum party mama panggil orang datang rumah buat pasang bulu mata tu habis party mama buka sendiri terus dengan vaseline tak tahan gataalll dan kononya tak boleh basuh muka segala ,,lupa bulu mata pelessu ada tergosok hmm rasa berat lagi kat mata dan kita pakai glases memang takk tahanla jaga haha..nasip murah je tapi sakit mata kena gam dia tu waktu mula2 pasang perghh da la kita jenis sensitif 2hari juga la mata putih tu merah macam kena red eyes nasip sebelum party dia hilang berdebar mama tunggu hilang..kalau tak hilang juga dalam 4hari tu si pembuat rekomen tanggalkan nasip hilang kalau tak keempunan merasa vogue di hari anak wakkaka..

..

ALAHAII ADIKK HAHAHa


https://youtu.be/ndT8aBBlGOU clic link video Suasana 

tak snap gambar makanan semua mama beli dari luar mama side mama sediakn makanan kfc. mix rice dari chinese restaurant..papa side beeli chapati etc dari moghul restaurant..

depa tak minum beer depa suka liquor jack daniel g tu nampak tu bekas warna hijau ice cube tu dalam wakaka..mama side mama beli beer..

waktu rumah masih tak banyak barang almaklum baru bina keluarga adalah ruang sikit..

cantikkan belon tu tq hubby dn mamak tolong mama..

garry ok je anti nurse tu dukung hehe..selalunya bapa dia sahaja yang boleh peluk dia mama pun susah nak peluk erat dia naturally papas boy..mabuk lemah makan ubat ko so anak tak berdaya nak react saat ni,,surrender je dia haha 

Thursday, 20 January 2022

pertuturan scarstic nurse di dewan bersalin yang tak dapat dilupakan

 KELAHIRAN PERTAMA

1)perli buat2 tak tahu harga pakej bermalam yang kita pilih  padahal da serah kertas,buat2 tak tahu" ini ke bilik 5000 awak tu"(mcm kita pula nurse yg kerja sana tau mana satu ruangan)jelous kot atau dia jelous x pernh beranak lagi kot..

2)banyak kali tanya soalan yg sma 3kli kot,"ada makan apa tadi,rasa nak berak tak"kita pun jawap ya dan ya..mama da tukar baju hospital,waktu kita baring dia tiba2 suruh mengiring dan selak baju kita kat bahagian punggung dalam otak mama awal2 da set tk nak epidural nak normal mama tak tau epidural tu buat bila dn bagaimana yg mama tau kena cucuk kat belakang mama pun tanyala nurse "eh nak buat apa tu nurse"..mama nampak nurse pasang sarung tangan dan ada pegang sesuatu di tangan....dengan suara menyampah acuuh tak acuh jawab tak pandang pun muka mama (tak dapat semlm kot nurse tu ke periot) tone tinggi nurse tu menjawap "eh tadi kata rasa nak berak ni kita letak ubat kat anus nak bagi berak la ni"..bukan ke nurse patut cakap apa yg dia nak buat kat patient sblm buat?

3)mama tak tahu waktu kena ikat bacaan fetal heart rate monitoring dekat perut tu tak boleh bergerak banyak mama pun cuba baring mengiring sebab macam tu mama selesa rasa senak perut tu tiba2 takde bunyi mesin terus nurse tu datang cek "awak ni janganlah bergerak gerak tak boleh, tengo da tak dapat detect jantung bayi da takde bunyi da" boleh je kan nurse tu explain apa benda tu dan apa yang tak boleh buat mcm la mama tak nak selamat melahirkan.mama pun apa lagi telan ja perangai nurse tu kaku tak bergerak terus tahan je tak selesa belakang tu.

4)mama tak tahu apa yang berlaku saat itu yang mama tahu nurse tu cakap "awas!kalau kamu berak atas katil tu"yang pasti saat itu mama tengah berguling sakit maklumlah diberi pitocin,nurse tu tak tahu kot kalau terberak masa bersalin tu we actually use the right muscle to push out the baby...mama malas nak jawab waktu tengah sakit sot contraction 3min sekali.

5)nak pasang IV CANNULA BRANULLA PIN tu pun nurse tak cakap apa2 mama pun diam je tengo je apa nurse tu nk buat tak tahu pula nurse pun ada yang bisu..,kalau macam tu tk payala tanya susah2 "ini kelahiran pertama ke?"kan...

6)sape pernah kena pitocin taula sakitnya macam mana kan rasa neraka tu sebelah katil je,so mama adalah react mengerang sikit kepit bibir dan buat nafas melalui mulut sedut hembus keluar berulang kali so mesti ada bunyi sikit cara tu kan dengan kaki mami dikepit kepit turun naik gerakkan kaki tu badan sekejap mengiring ke sebelah kiri kanan besi katil digenggam kuat...boleh pula nurse yang pantau kita tu respon ayat yang sangat membantu guys..dia cakap "jangan buat macam tu awak da susah susah mengandung sampai 9bulan kesian baby tu,awak jangan push dlu sebelum waktunya"dalam hati mama jawab nurse ni tak tau beza ke orang tengah meneran dengan cuba cope with the pain nurse ni tak pernah mengandung ke saya hembus2 nafas mcm tu dia ingt mama tengah seksa kandungan mama what the heck..

*****************KELAHIRAN KEDUA******************************


1-NURSE datang cek laluan dan tanya "sakit tak?"mama pon jawab boleh tahan lagi..terus nurse berlalu keluar bilik boleh pula depan bilik kita tu dia besar suara beritahu info dekat nurse duduk kat kaunter tu  alaa baru bukaan 5cm patutlah dia kata boleh tahan sakit lagi sikitt jee sakitnya (contraction kurang ajar kan?macam kita ini takde prinsip punya pesakit.ingat bebudak ke yang baring tuu...tapi bestla nurse bertugas saat itu selalu tanya nak ubat tahan sakit tak,,syukur mama berjaya go natural as i plan.

2- mama masih tahan sakit kontraksi da setengah hari...nurse masuk bilik jenguk "sakit ke?aala kalau sakit beranak je la kan" ..mama pun hanya senyum dengan jenaka yang sangatla lawak itu dari c nurse gemuk tua gedempol..

5- mama tidur2 ayam tangan kiri mama direhatkan di dahi mama,bilik mama hanya diterangi lampu dari luar bilik ,pintu tak tutup pun..mama sedar 2 orang nurse masuk dalam cek, mama buka mata kecik je disebalik tangan tu nurse tak perasaan kot bilik kan gelap..terus dengar nurse becakap" tengah sakit pun boleh pula terlelap lagi" korang rasa guys..mama bersyukur sangat terlelap sekejap saat hadapi kontraksi tu boleh rehat sekejap tau tak puan nurse...

6-mama rasa nak terkencing dengan rasa bertanggungjawab mama minta kebenaran dengan nurse ..nurse pun yakin jawab "ah pergilah kencing jangan pergi tandas tu nak teran-teran pla ye"..memang lawak la nurse tu macam mama ini budak bawah umur nak melahirkan curi curi..sia2 rasa ilmu ambil dari prenatal class tu di jawap begitu.terasa macam kita ini bodoh sangat ke.

7- mama tengah senget2 muka menahan sakit...boleh pula nurse hitam tua tu cakap ayat yang sangat memberi semangat kepada mama nak melahirkan "ini anak kedua tau tolonglah jangan koyak banyak pula."...isshh rasa macam nak koykkan je mulut nurse badigol tu ,ayat nurse tu macam comfirm setiap kali mengandung placenta semua di kedudukan yang sama tak akan ada "emencgency operation"

8-mama baru bangun dari melahirkan anak terlelap pula lepas selesai melahirkan anak...mama memang tidur terlentang natural kaki terbuka sikit tidur,,macam orang berjalan juga ada yang natural berjalan kaki terbuka sikit kelihatan bukan sebab kuat main punya pasal.. nurse datang nak bersihkan katil tukar alas serap cecair atas katil itu da bocor sampai lantai darah mengalir..memandangkan cecair pitocin tu belum habis mama pun belum boleh gerak dari katil bersihkan diri adakah patut nurse tu tegur " da bejahit tu rapatkan sikit kaki tu"...mama yang baik hati ini hanya senyum je memang kurang ajar nurse ni bila diingatkan balik bila da sihat ini. tak sudah dengan tu dia tolong bersihkan mama private part tukar pad bahagian kena jahit tu dia lap macam kita lap tahi bayi tanpa bagi warning dulu mau terangkat punggung mama saat mama berkangkang fulaweiii...


*DA BACA CER KOMEN PENGALAMAN KORANG PULA...TQ BACA




Sunday, 16 January 2022

Beza pengalaman mengandung anak kedua kalinya

 hi there jumpa lagi di coretan kali ini mengenai pengalaman aku melahirkan anak yang kedua kalinya...dari saat tahu aku mengandung lagi dari detik itu trauma takut melahirkan menghantui aku bermula sehinggala ke hari yang ditunggu tunggu untuk melahirkan debarnya tak pernah "surut"...

TRIMESTER PERTAMA
pengalaman mengandung kali kedua ini sangat susah sedikit..hehe pardon my language,
seperti pada kandungan kali pertama trimester pertama itu the hardest part begitu juga pregnancy kedua ini,sakit perit nak lalui semua itu bagai nak mampos bayangkan dari 56kg ke 48kg dalam 2bulan begitu..sampai jiran cina tu tegur kenapa kurus sangat mengejut.sakit pedih ulu hati tu sampai




 minum susu ibu mengandung FRISOGOLD MUM harga marhaen rm50  setin 1lkg tak boleh muak tak suka,cuba pula enfalac mum perisa chocolate dan vanilla dapat free sample dari doc O&G kita tak ngam pula biarpun lactose free mama sakit perut dan cirit doc pun cakap berhenti pengambilan tukar brand lain..malasla mama hihi..ada member share doc mereka sarankan minum susu kotak marigold HL tu..kali ini preggy memang tak boleh minum susu so kita bergantung pada tablet calcium yang doctor benarkan tu je dn makan makanan yang menyumbang calcium,kerana percayala cukup calcium badan ibu mengandung tak sakit sakit tau kita macam kuaatt je bertenaga je g tu...

pregnancy pertama mau 3bln hanya makan buah buahan pregnancy kedua tak berselera lansung makan apa pun tak boleh.asid reflux kuat sangat sakit gastrik tu perghh hampir nampak syurga sakitnya,, pedih ulu hati sakit sampai ke tulang belikat serta otot payudara pun ikut sakit!!tidur baring tak boleh sampai tidur dalam kedaan duduk guys..gerak sikit je sakit gastrik tu argghh tak tertahan posisi terlangkup itu yang sedikit membantu tahan sakit.,terasa neraka hanya di sebelah rumah.awal kandungan sebulan sekali klinik mau sebulan tahan sakit mengadu pada doktor simtom ,,rupanya boleh amik panadol celaka...

pregnancy da nak masuk 5bulan baru berselera makan sikit// angin2 kat perut da menghilang..masalah badan berangin da lepas ingat boleh seronok sampai melahirkan seperti pregnancy sebelum ini namun HAMPA kali ini lagi naya...masuk 6bulan kita tiba2 diserang gatal2 satu badan terutama bahagian kaki habis berkudis digaru2..

ubat dari my o&G ..boleh menyebabkn mengantuk dan sakit pedih ulu hati itu terus sembuh kena penangan ubat ini.tapi memandangkan kita ada anak yang lain lagi tak dapat la nak feel mengantuk tu tahan je hihi kang dibiarkan anak seorang tu naya...da la ibu jaga sendiri tinggal sendiri dengan anak.tabahnya ibu,,,


ini serbuk mcm susu ambil macam tu sahaja beli dekat farmasi ambil sebelum makan bagi lapik perut itu sikit.



kehamilan kedua cuba beli ini namun bukan mami yang pakai my firstborn dan bapanya yang pakai ..

 Da beranak pun anak da 8bulan pun masih terang warna bekas kudisnya huhu,,da beranak kali kedua ni perubahan badan yang ketara kulit jadi makin sensitif.tu yang berplaster tu luka besar sedikit akibat sedap menggaru saat tidur tk sedar.



TRIMESTER KEDUA

Anak pertama kena ambil darah cek HB/blood group bacaan HB maintain 11hb/dl sampai melahirkan dan cuma cucuk amik darah 3kali macam tu je...tapi anak kedua ini sampai 7kali guys..2minggu sekali cucuk ..jadi penakut jarum terus kepada pasrah cucuk la cucuk la takpe g tuu..,anak kedua waktu 8week above x silap bacaan 11g/dl  tak cukup normal tpi masih di tahap ok..so kita disarankn cuba naikkan ke tahap bacaan cantik 12g/dl g tu dengan makan makanan yang boleh tambah darah kata doc,kita pun cuba makan kerang,hati ayam,daging, n so on yang menambah darah dimana dipercayai berkesan kata ibu yang lain tapi hampaa bacaan HB kita makin menurun bukan bertambah darah tapi berat yang naik mendadak adalah.. doc itu garang sangat suruh makan daaging..,hihi dan mama pula tak tertahaaaann gila nak makan minumannn manisssssss (baby girl )sabor je hadap doc marah.
HAHAHA sebelum kencing snap dulu gambar bekas tu...syukur sepanjang preggy tak pernah result air kencing tak normal...no protein detected/kencing kotor..mama rajin minum air biar segala nutrsi dibawa ke seluruh anggota badan agar badan kuat saat preggy hihi...

HB tak cantik kali ini mama tak makan obimin seperti kandungan sebelumnya kali ini mama terus kena makan iberet(makan ubat ini dengan air oren lagi bagus dari air biasa)sudah berminggu makan iberet pun bacaan makin turun doc pun hairan mama lagi hairan garang je doc becakap sebap mama tak skip tau makan ubat tu,borak2 dengan doc rupanya sikap mama yang sebelum tidur malam minum susu terus sekali ambil iberet itu tak boleh sebenarnya kena gap 4hour between susu tu bunuh fungsi iberet tu jadi macam tak makan ubatla.minum berkafein pun tak boleh ye susah badan serap fungsi iberet tu.

selain makan vitamin doc bagi itu mama juga amalkan makan VCO virgin coconut oil gel seperti kandungan sebelum ini mama bertenaga je kuat je sepanjang mengandung takde lesu lesu tak boleh berdiri lama la tak boleh tidur malam la sakit situ sakit sini kecuali kandungan 8bulan tu memang da tak boleh tidurlah sebab perut langsung tak selesa nak baring senak habis.mama juga amalkan minum air kelapa muda setiap hari untung orang jual kelapa ada berdekatan rumah.







28weeks mama buat detail scan atas saranan doc kita ikut je la boleh je kalau tak nak tapi banyak benefit buat..kecacatan awal boleh diketahui,
Baby kita sangat bersemangat membesar daalam perut kata doc biar HB kita tak cantik ukuran tulang baby cantik dan posisinya pun okay air ketuban pun normal BP mama pun normal..

memandangkan da ada anak sebelumnya so mama need support mama beli maternity belt tu so helpful ringan je rasa mama bergerak sedap kat pinggang.beli kat lazada rm15 je..doc pun cakap perut besar tapi baby developement normal baby semangat gain weight..

kulit perut kali ini gatal dia sangat2 merenyam tak seperti first pregnancy xde gatal pun..sampai shea butter lotion tu pun terasa tak dapat cover gatak tu hihi...kita rajin sapu minyak kelapa organik dari start tahu pregnant untuk mengelak gatal2 melampau pada perut nanti namun sangkaan ku meleset memandangkan mama kena simtom gatal alahan satu badan kot,,,hubby ada juga tolong halang tangan mama menggaru hihi
memang perut pregnant kali kedua ni lebih besar dari yang pertama mama nampak beza pada navel mama terbuka rata habis haha..tapii selepas melahirkan perut mama cantik so usaha pakai lotion dan minyak kelapa tu nampak juga hasilnya..
mama pun pakai coconut oil tu juga untuk massage prenium mengelakkan koyakkan banyak..tapi i tell u senaman saat preggy itu sangat membantu waktu melahirkn so jangan tak bersenam buat rengangan ya ibu hamil..dan garis2 kerenyok tu tiada just strech mark lemak bawah pusat tu sikit tapi biasala tu kot ya memang meninggalkn kesan tanda mama sudah pernah mengandung dan melahirkan g tu..



TRIMESTER THREE
disebabkn berat mama naik gila2 dalam sebulan mama naik berat tak berhenti dan melampau pula tu bayangkan dalam sebulan mama pernah sekali tu naik 5kg terus...
tak pun dalam sebulan mesti naik 2/3kg ...nasip simtom bengkak kaki pun tidak ada rajin minum air ya mama to be out there..kalau ada pun sikit je dan tidak berpanjangan biasalah da hujung2 tandanya adala kembang sekejap nampak our feet tu.

37weeks pregnant kali ini akhirnya merasa minum 250ml AIR GULA@kena jarum lagi ambil daraahh.. di mana perkongsian orang susah sangat nak harung loya pening dia dan muntah selepas minum di mana kena puasa sehari bagai dan selepas minum air gula tu tak boleh bilas dengan minum air, sebelum minum air gula dilakukan tak boleh makan,minum membuat mama gemuruh semacam ..mama google info byk sangat dapat ada yang sarankan puasa betul no cheating pasti boleh no hal...saat diberi temu janji minum air gula dengan doc,doc bagi tahu kena puasa dari jam10pm sampai jam9pagi jangan makan,mama tanya boleh minum air tak doc cakap boleh je dalam kuantiti sikit tapi biar ada kelonggaran itu mama puasa habis hihi 

esoknya tu mama berjaya puasa minum/makan datang hospital berkobar kobar set otak minum terus gula tu sekaligus dengan 1 nafas...budak lab tu amik darah mama terus kacau air gula tu dengan 2 cup kertas perisa blackcurant bukan putih2 macam yng mama fikir wahhh ingatkan diberi peluang untuk habiskan minum air gula tu ke tempat duduk rupanya kena minum depan budak lab tu apalagi mama no hal gulp gulp habis dahaga kot,,,ternyata tak minum air langsung dari semalam membuahkn hasil tak terasa minum air gula tu takde pening takde loya HEBAT!!!! orang cakap air gula tu suam hmm air gula mama ini sejuk biasa je nasip berjaya..budak lab tu cakap lepas 2jam datang balik sharp time untuk ambil darah kali kedua...selesai amik darah budak lab tu cakap result akan diberi next appoinment

debar2 takut result ada kencing manis..mama tak mahu operation guys..tapi mama pun overthink tkut ada kencing manis sebab berat naik tu memang melampau..hari ditunggu apoinment dengan doc sampai doc maklumkan result bersih takde kennncingg manisss!! aisshh ringan hatiiii doc terlepas ayat macam tu dengan doc mau gelak doc,doc pun cakap alaa kalau ada kencing manis akan kena call xdenya tunggu apoinment baru beritahu hehe...

da seminggu sekali apoinment tu faham2la da nak bersalin..HB Mama pula makin turun sikit2 2minggu sebelum tarikh due pun amik darah ye aishh..biar doc bagi alternatif minum sirap delima produk german tu pun tetap tak cantik Hb naik sikiitt je.. last bersalin HB hanya 10.9 huhu..harga beratus pula tu sebotol kena beli dekat luar.
check up..lawak hubby beli sandal nenek nenek style bagi mama pakai..

alahai my son overthink sebelumnya takut dengan besar perut ada anak lain takut ditendang ke apa apa rupanya semua itu hanya mainan fikiran.my son so clever tak tau macm mna nk ckp tuhan and all this pregnancy is miracle.
checkup lagi seminggu due date pun baby still tak berhenti gain weight biar mama da cuba diet tak nak makan banyak secubit begitu sahaja kononn..doc takut mama tak dapat normal terngiang2 ayat doc "cukup jangan makan banyak lagi awak tu da la kecil je pendek lagi..kang tak dapat teran,kesian operat tahan sakit lagi lama.."hmmmm doc balik2 cakap "bersemangat baby awak ni''pandai dia selit ayat sejukkan mama..

(walhal dari awal mama memang da plan jaga makan tak nak naik berat lebih 10-15kg dari berat sblm preggy tapi doc waktu kandungan 6bulan begitu cakap mama sila makan banyak sikit perut kecil je)duhh...kdg terasa free2 kena gertak doc kejap moodnya baik kejap dia garang walhal kita regular cust dia anak pertama pun dia juga yang sambut huhu xpee next tukar da doc..(hubby nak anak lagi,dia fhm adik beradik x ramai feeling macam mna cause dia macam tu katanya)

awal register preggy pun boleh doc tu tnya "awk mngandung so good news ke ni"KO RASAA...tapi waktu tu kita malas da nak tukar2 doc mama fikir memandangkan dia da ada rekod kita sebelum ini mama ingat senang la kerja doc..ada lagi bap lain doc tu mcm kureng sikit tapi malsla nak taip haha tapi yang pasti vibes doc bagi tu macam "saya tak nak jadi obgyn anda awak tukarla doc"

ok bye tq baca..komen tau kalau da baca