Hai korang jumpa lagi di coretan kali ini mengenai pengalaman bercuti di port dickson selama 3d2n dimana saya akan menceritakan pengalaman menyewa di sebuah hotel itu dimana dan aktiviti yang kitorang lakukan sepanjang berada di PD.bertolak dari kl pukul 12 memandangkan kita da tempah hotel siap2 di mana check in pukul 3pm so sampai PD makan masa sejam dua(ikut jalan yang banyak lalu tol comfirm cepat sampai hihi)kita tempah hotel untuk semalaman dahulu takut hotel tak best kan so nanti boleh tukar.
trouble kalau berjalan dengan dua beradik ni terutama yang kecil itu tak reti duduk diam mesti nak ke driver seat sabar je la ayah kan.

sampai ke perkarangan hotel,berdekatan ada pantai tapi bukan tempat mandi, bersiar-siar atau sekadar cuci mata merasa angin panas laut okla kot.

bilik family suit kita level 1 corner side (arah matahari terpancar seharian terasa panas dinding bilik wei).untungla..
tapi yang best hotel ini berdekatan dengan
restoran yang viral di PD dan tak perlu pun pergi jauh cari restoran kalau letih sangat banyak juga kedai serbaneka yang hanya di kaki hotel so convenience..

hujung bangunan itu terdapat restaurant viral PD
MHR BURGER'S malam penuh meja waiter pun banyak so cepat je mereka ambil order.kalau suka makan burger berbagai style pergi sini ingat restoran ini tiada menu nasi kalau nakmakan nasi hihihi..
gallery art
RUMAH TERBALIK PD tapi kan hari tu kitorang datang tak buka macam kena call pula,call berulang tak angkat tak dapatla selfie art kat dalam.
dan restoran viral WARUNG SALAI

syukurr kepada tuhan dapat paking depan hotel hihi..
SOUTH BLOCK hotel room only(malam in/out)pintu hanya boleh diakses pakai kad bilik.
NORTH BLOCK lobby
sebalik langsir tu pemandangan menghadap ke highway.kereta paking kat bawah boleh nampak.
Masuk je bilik seperti biasa mata terus terpandang katil dan di sekitarnya,kelihatan tv di dinding bawahnya ada meja kecil satu kerusi di atas meja ada cerek elektrik,4cawan dan beberapa paket kopi/2botol mineral.
kita pun terus cek tandas pula ada 2 helai tuala dewasa dan sehelai tuala kecil kita tiba-tiba keliru tuala kecil tu tuala muka ke pengelap kaki depan tandas tu tapi takkan lipat sekali ...ehh kepala pusing ke kiri kanan "eh takde kain lap kaki ke?ada sabun gel shampoo semua cuma takde berus gigi/facial wash hmm redha nampak pula tong sampah dalam tandas tapi takde plastik.yang best dalam tandas bagus juga ada kerusi khas orang tak boleh mandi berdiri agaknya untuk orang uzur kot.
aliran air laju apatah lagi mandi air hujan suam tu.tapi pilihan mozek lantainya kurang sebab agak licin bila dah basah sangat tak sesuai buat lantai tandas serius.kalau pakai selipar tandas ok kot.
selesai "belek"tandas kita keluar nampak lagi tong sampah tepi bedside table tapi takde plastik juga kita pun cuba buka drawer yang ada dalam bilik tu kot disimpan sana tapi hampa takde hmm redha lagi.
terdapat ruangan sangkut baju melekat di dinding 2 buah hanger disediakan dan sebelahnya cermin besar melekat padadinding juga boleh nampak seluruh tubuh wanita mesti suka cermin tu.
selesai belek bilik kita pun membaringkan diri pergghh empuknya katil hotel ini.dalam hati berkata kan bagus katil di rumah seperti ini.senyuman kesenangan terukir.
tiba kita tersedar kenapa bilik ini masih terasa panas walhal sudah 3ominit berlalu periksa alat kawalan da betul da hmm kita pun redha mungkin malam sejuk kot memandangkan hotel berdekatan laut dan matahari tengah terik membara di luar saat itu jam hampir menunjukkan jam 4pm.(AC cap bintang,kalau ya pun jenis jimat kalau ada bantuan kipas mungkin sejuklah kot.
kita ada bayi dan waktu tidurnya sudah tiba hubby pun cakap rehatkan anak2 dulu baru keluar meninjau ke pantai.saat baring2 itu sambil menyusukan anak mesti rasa nak pasang tv kan hubby pun pasang tv tapi sayang dalam bahasa cina arahan tv itu kita cuba tekan2 remote suka hati kot2 terbuka channel ke tapi tak berhasil hubby pun call lobby inform tv tak berfungsi depa pun "ya sebentar".dia punya sebentar itu tak ke sudah ingatkan kalau depa mari boleh tanya sekali hal penghawa dingin tapi hampeh kita pun takpela tak yah tv main hanpon.
tersedar kalau kat hotel mesti ada free wifi kan ..anak da terlelap kita pun berdiri periksa dinding/pintu bilik itu yang ada 2/3 arahan laminated melekat di dinding kita baca satu persatu dengan harapan dapat mencari pasword wifi memandangkan nama hotel itu ada keluar dalam carian wifi.
arahan di pintu bilik mengenai safety first kebakaran/peta bangunan,arahan di dinding dekat suis utama mengenai di mana terletaknya plastik sampah dan arahan di mana terletaknya bin pembuangan sampah (hampeh plastik sampah tiada tersimpan di bilik/laci mahupun tong sampah di balik pintu kecemasan di luar bilik)siap pemberitahuan(jangan tinggalkan sampah di dalam bilik yang akan menyebabkan bilik berbau)ok itu adil..kita permudahkan urusan orang begitu juga sebaliknya hendaknya.
arahan ketiga berbunyi ''jangan kotorkan cadar katil,lantai dan mencuri sebegitu..perghh first time jumpa hotel sebegitu tak sanggup snap gambar arahan itu.kita cuba pula belek purse dari lobby hanya mengandungi remote tv/ac/kad hmm terima la kenyataan malas nak call lobby minta assist tv tak muncul tak nak di belakang kena gelar customer kepoh!
nampak belahan di katil tu size K/Q disambung dengan single bed cukuplah dengan kita 4 beranak.

tak sabar dia nak explore PD langsir cun total blackout sun.

pukul 5 kita turun ke pantai teluk kemang tapi jumpa kereta mainan ini dulu so ambil peluang jap bagi anak main, tak ingat berapa ringgit bayar rm10 kot for few minutes.

nasip owner baik melayan anak nak tukar pula kereta dia takut bunyi "enjin"mainan tu kuat g tuu..

tukar lagi

tak habis masa yang diperuntukkan pun main anak takut pula main tak reti main sendiri kita tolong pakai remot takut pula dia meraung.

alo alo mummy doter tak takut air terbuka macam ni bukan macam abangnya waktu umur begini celup kaki pun tak nak.

kesian banyak sampah tepi pantai yang hanyut ke darat ke memang da situ.

banyak puntung rokok di pasir berdekatan takut pula anak ini pungut

hanya mampu melihat abangnya lari ke sana sini mandi dan tegur mesra dengan kanak-kanak lain

nampak tu sampah lagi rosak pic mandi mandi manda di laut entah fungsi nak ada kanopi sewa tepi pantai tu mendatangkan kebaikan banyak atau keburukan.

muka kena paksa selfie

a memories to cherish later.mommy love you my children.

my handsome son yang pandai minta selfie

while travel family photo is a must

dia nak cuba main banana boat ini tapi kita ada baby so benamkan niat feel quilty towards him.

Hubby hanya mampu teman mandi laut kira kira 2 jam lepas itu dengan tak bersabar ajak balik hotel menurut je la biar anak sulung tu berkeras tak nak balik lagi.
 |
| homework homework |

holiday pun homework bawa juga ye kang lupa pula rupa alphabet tu macam mana.
Da makan malam semua kita buat homework dengan anak pula sementara menunggu mata terlelap,tapi kan rasa macam tak tidur dekat hotel la AC tak sejuk saat anak da terlelap pun boleh pusing ke kiri ke kanan macam tak selesa tilam da empuk bangat da.namun terima kasih pada katil anak dapat tidur juga.
hari kedua kita gerak keluar hotel jam9 untuk sarapan tapi sebelum itu me and hubby da decide akan tukar hotel,anak awal pagi da mengajak balik rumah siap cakap this room no good(bilik kat rumah lagi AC sejuk)instinct mama mesti anak ajak balik sebab itu.mama takut pula anak beriya nak bawa balik rumah da almaklumlah bapanya mengutamakan kalau anak tak selesa dia akan ikut anak cakap apa mama pun cepat-cepat inform akan tukar hotel(bapanya da siap perli"anak nak balik ni jom balik")mama pun kena merayu bapa sekali hmmm...janji nak 3hari 2malam kot relaxing di pd ni.hubby pun book 1hotel untuk hari itu mama pun happy secure haha..nasip ada kosong sebap last minute book.da la saat ini cuti sekolah.
pusing2 pd cari sarapan susah juga sebab hubby vege nak cari restoran okay sikit alih alih mamak juga akhirnya.da la encik somi tak makan nasi sangat paya betul isteri dibuatnya beralih selalu encik somi nak juga temankan makan di restaurant kebiasaan tu nasi lover selalu makan g tu tapi anak sulung lidah macam bapanya tak makan nasi just "roti"soo..hmmm
11:30 kita checkout kita siap buang sampah kita sendiri ye kita faham arahan,cuma rasa risau sikit lantai kotor sikit ada biskut crumb dan coklat stain somewhere around the sheet teringat ingat arahan tu dibuat siap cakap dengan encik hubby kerisauan di hati,hubby pun buat mendengus kata depa saja letak arahan tu buakan ada apa pun.not helping at all statement hubby kat kita dia tak sedar lagi wifenya pembaris!
Da siap urusan check out syukur takde apa complain dari lobby,memandangkan masih awal untuk check in kat pd ni rata2 check in petang pukul 2 so kita pun buat lawatan ke
muzium tentera darat port dickson..masuk percuma!mama teruja sebab anak suka,nak tengo reaksinya bila nampak depan mata tank tu di mana selama ini nampak kat tv dan mainan je kan.
he keep saying thank you mama papa(kena bawa jalan2)


i love you son
tembak jarak jauh buat pelakor dan mak cik bawang ni best


elehh anoying mr.singh
alo alo mama doter good girl sebelum whine up kepanasan


i love this pic the most!!
paksa papa berselfie dengan weapon tu


peaceee terima kasih pejuang negara untuk negara yang aman
the hand say it all how happy he is


mama pun nak juga selfie ala2 kapal lalu atas kepala
happynya dia anak happy mama happy


GENERAL Mr,singh bruhhh,,
korang nak mana satu belakang tu mama bungkuskan


sapelah jahanam sangat curi tiub tank tu
hei kawan kawan sape nak mainan besar saya belanja


son:papa buat naik bukit ke genting ini ok tak
papa:son kenapa ada tangga pintu tutup tu


mana driver ni da lama tunggu
mak mana payung saya tak cukup berkicap ke ni


apahal paking sini tapi tak boleh buka pintu katanya
son:mama kenapa enjinnya duduk luar berat ke?


tugu peringatan pada yang gugur mempertahankan negara
size da ok da ingatkan boleh pinjam round Pd rupanya untuk pameran


tak sempat nak tengo apa dalam bangunan anak da mula merengek
hei kawan boleh tumpang sampai melaka tak


sedap buat tembak mulut longkang ni
kawasan berdekatan muzium tempat tinggal tentera


bangunan tempat pelawat daftar kehadiran
sudah lama tunggu apahal enjin tak start lagi


bye korang kita tumpang tank ke teluk kemang
ini semua saya punya


alahai anakku salah tu duduk dalam kita bukan pergi berperang
Rasanya duit kat bank cukup tak bayar beli tank satu


syukur mendung kejap mau rentung usha muzium ni lain kali bawa payung
bang da jumpa ke kawan yang nak bagi tumpang


mampus para suami kalau ada jual kat luar ni kena lock jarak jauh tembakan bisik hati beliau.
mama nak masuk dalam tank tu dalam cartoon depa tunjuk ada coklat

lepak sini kejap tunggu papa beli air


oh yeahh the weapon actually exist mama
nyanyi sikit kot mama bawang putih muncul


ko tengok dua beranak tu pintu da berdadu berkeras ketuk pintu tu buat pe?
sorry darling they said tahan teksi kat luar i wont fit the door saya gemuk

terima kasih membaca kisah di muzium TDM nampaknya kami kena pergi tahan kereta di jalan besar
okey waktunya nak pergi check in hotel lepas puas melantak makanan ringan di dalam muzium tu beli sikit toys kanak2 dan pakaian coloreng kanak kanak.
ada sedikit waktu lagi kita pun menyempat jalan-jalan tepi pantai berdekatan hotel
alahai merahnya anak mama tu


anak da mula throw thantrum da penat berjlan mama ambil gambar pun marah

merenung jauh memandang ke lautan membantu hati yang lara tersakiti
sedap bau laut,angin panas laut menampar muka yang dirindui selalu


kat sini boleh sewa basikal pusing2 tepi pantai buka sampai malam klau malam basikal tu ada lampu comel.rm20 30minit rasanya
https://youtu.be/-XQDCOCAs1A

taraa inilah hotel keduanya moga anak2 selesa da tak komplen panas di sini,kita sampai sebelum jam2 nampak arahan kertas di pintu waktu untuk check in kita pun tunggu dalam kereta da sampai pukul 2 hubby pun pergi masuk dalam beberapa lepas itu kelibat hubby kelihatan terus masuk kereta menuju pintu pemandu mama da rasa pelik,hubby kata kena tunggu lagi beberapa minit nati depa panggil katanya entah bilik tak siap belum ada orang katanya hmmm entah nak tunggu siapa kita diamkan saja.
jam2.40 belum panggil2 hubby pun masuk lagi sekali nampak hubby keluar kali ini depa minta ic mama relaks sikit da takut pula kena reject book last minute,hubby da masuk perut kereta hubby cakap kena tunggu kejap nanti depa panggil dalam hati mama aiyoo lagii ini macam kaa..jam3 baru dapat masuk hotel depan kaunter seorang wanita da berumur 55tahun begitu kot dengan makeup smokey eyes guys,sangat mesra tunjuk arah menuju lift blah blah...ruangan menuju lif agak bersepah sikit dengan barang2 baru load,renovasi begitu kelihatan.saat itu kita juga berselisih dengan seorang lelaki tua kelihatan seperti housekeeping staff tangan dipenuhi laundry.agaknya yang kita jumpa itu owner kot.

masuk je bilik mulut terpacul kata kata "ini baru hotel"wangiii sungguhh"sejukk kelihtan suasana belum pasang AC da sejuk rasa mungkin ya sebab bilik ini terlindung di antara bangunan lain tapi wangi tu level hotel anak kita yang 4tahun pun menyokong kenyataan parentsnya.
anak anak terus berlarian menuju katil diikuti encik hubby belakang da berteriak nak baring kot,mama pun sama tapi mama masuk toilet dulu selalu teruja nak periksa tandas haha..wow tandasnya memuaskan hati mama suka luas!lady at the counter ada mention tekanan air tak deras kita ok je,tandas siap ada hairdryer,berus gigi,sabun pecuci muka,sabun,shampoo mama pun berkata dalam hati ini baru hotel semua ada tak paya ada fikiran nak beli berus gigi sendiri.yang penting dekat dinding tak ada arahan do and donts haha..

anak sulung click pic kita dohh nampak sebelah kanan atas itu,itulah tempat sangkut pakaian saja nak habaq..bawahnya ada tv berfungsi dengan baik macam macam chanel ada.

aah ah mummy doter selalu kacau wallet daddy dia dan selalu kena marah sebab itu nampak tangan tu cuba capai curi2 wallet atas meja tu haha..

bukan mainn suka doter bilik ini biar bilik ini bilik kedua hotel ini best.

ini kerja dia main camera phone
seperti biasa saat matahari teduh sedikit anak tidur sekejap kita pergi mandi pantai di pantai berlainan pula biar papa acuh tak acuh nak melayan kita pergi pantai mama paksa juga kita pun da janji dengan anak semalam hari ini akan mandi pantai lagi.

nasip baik bawa beg jenis plastik
yang malas keluar dengan papa phone tak akan tinggal kejap


kena bawa air kosong sekali basuh tangan anak
ini anak kena belanja baru nak stop mandi


what a pose doter..
mama apehal balik2 panggil kita ni


nak mandi juga tapi mama say no
ehh u mandi ini macam kaa


pantai ini takde pondok kanopi sewa yang semak tu
pantai ini ok sikit tiada kelihatan sampah di pasir

da puas pusing2 cari restoran semua full book ada jumpa pun kita bungkus cuba secubit dalam kereta ya ampun kembang tekak masin,tergesa gesa masak kot yala saat ini cuti sekolah alih2 kita ke sini food truck waterfront pd bersyukur jumpa.

hubby hilang ditelan di sebalik orang ramai cari makan kena dengan lidah vege beliau kesiann..mama stay dekat kereta anak terlelap.
8pm da sampai depan hotel anak terjaga tup tup tak nak masuk hotel nak jenjalan katanya hmm tak dapatla melayan jam da pukul berapa.
tangan penuh dengan bekalan makanan risau juga nak lalu depan kaunter kot kot tak dibenarkan bawa makanan ke ada selingan teguran ke pobia mak oleh hotel sana tapi syukur the lady at the kaunter siap greet dan senyum manis gurau dengan anak lagi.
alamakk masuk je bilik terus spotted lantai basah cari punca ingatkan botol air yang anak buka lupa tutup lalu tumpah tapi sangkaan ku salah air mengalir dari dinding bilik and mama dapat the vibes as a owner of the hotel cost for repairment bermain di fikiran kesiann..
hubby cepat2 pergi inform desk dengan tunjuk video sekali,sebelum pergi tu mama da paking keluar semua barang so tinggal dapatkan kunci bilik baru tak payala hubby ulang alik dan tindakan pihak hotel pantas tak sampai 10min kita pindah bilik baru
tunggu hubby depan pintu lif dengan kunci bilik baru
yeahh..bilik ini kecil sedikit dari family suit yang kita book awalnya tapi lebih kurang je xde beza sangat,tak minta tuala pun sebab esoknya nak balik da just pakai tuala sendiri sudah kita happyla dapat set toilet baru lagi hehehe..
ada nampak mama senyum?jum digging up!


anak enjoy tengo tv bukan macam sana tv perhiasan je
is 01:00AM waktu untuk tidur bye thanks for reading..
