Monday, 6 March 2023

ujian QTI dengan officer garang

 Dah habis belajar 15jam ke kak/abg oi tengah berdebar nak qti le tuu...RELAXXX..here i share my experience,,tak nak banyak cak direct to story!


kita tau nak QTI bukan sungguh kita buat revision sebab. tak nak gagal kang kena membayar lagi ulangan qti..so hari qti tiba kena terpacak d institut memandu 8.30am tapi kita dtg 40min awal konon dengan harapan perasaan gabra hilang sebab penat menunggu..


bap rpk/rsm tu bukan main kita nak hafal perfect!nampak simple tapi entah banyak calon setuju bap ni sungguh buat nak tercirit ingat..8.45am kita duduk menunggu nama di panggil ruang pendaftaran qti untuk calon tumbprint dengan officer appointed.stndby keluarkan lesen L dan IC kang free2 kena bebel lambat keluarkan nanti nama di panggil tinggal hulur je depa nak cek hidup ke dok lesen L tu.nanti kita akan disuruh sign,sign,sign,sign,sign dan sign di form hijau entah apa benda tak sempat belek.

*tak ikut huruf permulaan nama pun untuk giliran sampai depends on kecepatan cikgu/officer appointed to test you panggil nama u* QTI 30MINIT

selesai thumbprint kita di suruh ke pondok qti buat RPK/RSM tuuu..waktu kita sampai da ada orang lain buat kita pun buat serentak sekali.. officer tu pla duk meja berdekatan sibuk thick2 kertas hijau tu dan perhati.yang kita buat jerit2 body part kereta tu TAK PECAH,KEADAAN FIZIKAL OK,GETAH TAK KOYAK,tayar DALAM KEADAAN BAIK KEPALA BANA!!!kita kena tunjukkan satu2 part tu dan sentuh tapi kita saat tu tapi officer tak bagi katanya kotor  pula hmm ..kita lupa cek bahagian alatan kecemasan tools nak tukar tayar,segi tiga kecemasan tu dan cek tayar spare mujur waktu tu officer sibuk belek form hijau tu dia tak perasan kot hahaha...

hmmm dulu pernah amik lesen L MANUAL juga tapi sekerat kena cikgu kurang ajar terus xde hati nak sambung kita sampai nangis tau dijeritnya kita enjin mati waktu nak reverse (kali ni kita amik AUTO)di depan pondok calon menunggu giliran bayangkan..so tak adanya macam ni rpk/rsm tapi sungguh i suka penambahbaikan ini buat kita ada extra ilmu tentang kereta bukan setakat tahu pandu harap lain kali ditambah cara nak tukar tayar pula hehehehe,...

Da selesai RPK officer tu bagi kunci kereta yg park berdekatan dia cakap pergi start kereta tu no plat 3234 laraskan tempat duduk nanti saya datang saya nak pergi kencing.kita pun pergi sampai kereta kita tak start terus kereta kita buat RSM tu dulu kita ejas cermin dan seangkatan tak sampai 3min officer tu da sampai bapa ah cepat sungguh dia kencing..offier yang wajah berlubang2 MENGURUTU  macam jalan raya gravel tu dengan hidung kembangnya seperti buah avocado jerit herdik kita pula dia menang sebab kulitnya cerah tu saje yang cantik yang lain2 haram jadah!!..officer tu be like haayaaaa eeeee belum start enjin ke?tadi saya suruh start enjin!! kita pun tinggal la nak cek hazard,signal,wiper,lampu tu terus start enjin dia suruh gerak takdenya buat RSM maknanyaaa..start sini kita da mula blurr setelah diherdik!.

sebelum ni kita belajar memandu dengan cikgu direct ke padang litar sebenar unutk test JPJ tu,saya tak pernah pun ke padang litar kecil untuk belajar tapi officer tu suruh pergi ke padang litar kecil tu untuk buat 6 elemen tu bagi DA .officer suruh kita buat parking kita pun ape lagi kita blurr kat mana lorong nak pusing kotak paking kat mana simpang nak masuk?kita pun teragak2 memandu memandangkan ada kereta yang lain juga kita tak sure simpang mana nak masuk kita pun sekejap kejap brek bila nampak line putih berhenti tu kita pun auto berhenti takut gagal, officer tu apa lagi ko apahal suka brek brek ni huh!kita pun da perasan kat mana kotak paking tu kita pun cuba double comfirm,dia boleh jerit yalaaa!!!kita pun hadam je,nak ejas cermin kanan pada tayar pun takut dijerit lagi lantaklah sebab officer tu macam nak kita cepat2 dan cincai je sebab keta masuk kotak pun tak cantik sangat tapi dia tak cakap apa.. saat buat parking sisi kita banyak pusing stering habis macam yang kita belajar tu..dan officer tu pun jerit ko apahal pusing pusing banyak sangat ni ahyeeee ishh!!officer tu mendengus!dalam hati kita sibuk berfikir apahal dia ni???niat fokus nak buat betul2 itu kelaut..

da siap parking dia suruh buat 3 penjuru pula kita pun tak tahu nak pusing ke mana officer tu pun just cakap pakai mulut kiri kanan kita pun akhirnya persaan mana 3penjuru hmpir konpius dengan selekoh Z pergi buat 3 penjuru mulut dia tak berapa kurang ajar pula sesudah siap dia arah pergi selekoh Z tapi ada kereta stuck situ tak sampai seminit menungu mulut officer tu bersuara apahal kereta tu ape yg dia buat situ dengan nada kasar kita sebelah terasa aura marah tu tajam.

officer tu pun ajak ke jalan raya terus elemen lain tinggal,kita pun lagi konpius ni qti ke?jalan nak pergi ke jalan raya tu kita pun nak standby jalan mana kita tanya officer tu nak pergi mana jalan 1 ke jalan 2 ke atau jalan 3,dia pun balas awak ikut je kereta kat depan tu kebetulan kereta kat depan tu qti juga,yang sial berlaku ketika drive jalan raya ni ketika nak tukar lorong kita diajar jangan tergesa gesa menukar lorong saat kita buat nak tukar lorong officer tu boleh jerit herdik kita tekan minyak tekan minyak tekan minyakk!!haiiyeeeee !kita juga diajar bawa kereta ada CAP L ni bawa 30/40 je punnn kann tapi officer ni bangang nak mampus saja nak kita fail!!!da la lepas tukar lorong tu 20meter begitu depannya task kita kena buat pusingan U mestilah nak slow dia boleh mendengus benci herdik tekan minyak??lepas tu kita diajar jarak 2meter/nampak tayar kereta kat depan kita selamat untuk berhenti TAPI officer tu pula boleh push kita rapatkan kereta dengan yang depan??officer ni sengaja nak buat kita kemalangan dan gagal agaknya tak pun RACIST?dan rupanya kita pusing bawah jambatan je tak pergi jalan2 yg dikhaskan untuk jpj test nanti tu pun.tak paham lah qti diberi waktu 3ominit macam ini tu agaknya yang melahirkan officer from hell!.

dan sebelum nak masuk simpang driving school tu ada jalan lurus panjang dan ada 3 bonggol besar dalam jarak 50meter siap garis kuning hitam kita kena la balik2 brek perlahankan kenderaan tak nak officer sebelah yang siap pegang pemegang kat atas pintu tu terasa terangkat punggung gemuknya itu yang ketika berjalan asyik2 nak betulkan seluar naik kat pinggang dan asyik2 belai hidung avocadonya tu.dia boleh complain brek tu untuk perlahan kenderaan bukan nak berhenti henti agaknya macam tu la bunyi komplennya hello ini bonggol pun ko nak bising pengunaan brek tu bagaimana..ko memang sengaja kan nak marah2 kita without reason tuhan je tahu hati ko saat itu.

da sampai driving school parking tangan officer tu da siap menunggu kita bagi kunci haram jadah betul.dia bagi lulus tapi hati muka kita da terganggu tekanan pula bukan gembira 2hari berlalu baru hilang dilema kena layan kurang ajar macam itu seperti kita ni binatang senang2 nak herdik.elok pula suara dia bercakap yang hampir tak dengar saat tumbprint selesai qti ok da boleh balik pak u la...