Sunday, 22 March 2020

MENGATASI TELINGA TERSUMBAT AIR SEMINGGU

TIPS CARIAN GOOGLE TIDAK BERJAYA MENGHILANGKAN TELINGA SUMBAT MASUK AIR


12hb/03 telinga masuk air waktu mandi,Selesai mandi telinga Kanan terasa air itu masih tersekat Di dalam telinga Sy pun cuba pakai cotton bud dengan harapan air tu diserap dengan cotton bud itu,namun tidak menunjukkan perubahan..


perasaan tak Selesa itu tuhan sahaja yang tahu saya pun pujuk diri “nanti air itu akan keluar dengan sendiri give it a time” bukanya ini pertama kali merasa,Sebelum ini pernah juga merasa kan air masuk telinga Dan ia baik dengan sendiri.cuma sudah terlalu lama sudah tidak berlaku dan saya hampir lupa pengalaman itu.

Dan saya memberi waktu selepas 14hari kalau masih belum ada perubahan saya akan berjumpa doktor,memandangkan saat ini virus corona mengganas ketakutan berkunjung ke klinik itu menakutkan.

Hari ke3 masih tidak ada perubahan,
saya siap google/YouTube mencari tips Dan mencuba segalanya dengan harapan air yang terperangkap itu akan mengalir keluar.

berikut  adalah Antara cara yang saya cuba  untuk menghilangkan air yang terperangkap dalam telinga.



1-basahkn kain suam Dan tekapkan ke telinga yang bermasaalah 
2-tutup hidung Dan hembus nafas melalui hidung 
3-menguap /mengunyah 
4-ubat titis telinga 
5-hempas kepala pada bantal bahagian telinga yang bermasaalah 
6-cucuk telinga dengan rambut 
7-masuk kan air balik pada telinga yang tersumbat 
8-tidur pada sisi telinga yang tersumbat dengan bantuan graviti air yang terperangkap akan keluar.
9-cubaan menarik cuping telinga berkali-kali dan mengurut belakang telinga.
10-cubaan memyedut sendiri mengunakan penyedut nasal congestion untuk bayi itu.

SEMUA TIDAK BERKESAN !

Hari ke 4 saya mencuba ubat titis herba namun tidak menunjukkan perubahan.Lagi terasa sumbat adalah.

Hari ke 5 berlalu kini telinga sebelah kiri pula terasa tersumbat Dan tidak selesa sehingga tahap volume suara sendiri pun saya tak dapat menilai.

Hari ke 6 Tahap kesabaran beransur hilang saya menjadi seorang yang cepat marah pada setiap perkara.kini telinga kiri seaman-akan tersumbat sekali tahap pendengaran saya juga menurun .

Hari ke 7 kedua telinga saya tersumbat seakan-akan ada sesuatu benda yang besar Di dalam telinga dan saya mencuba ubat titis telinga yang diberi dari farmasi namun tidak juga menunjukkan perubahan.

hari ke 8 masih berharap ubat titis dari farmasi itu membuahkan hasil l,saat ini emosi  mudah marah mula tidak terkawal sekejap melenting pada perkara kecil,kedua telinga kini tersumbat sehingga saya pun sukar mengenal telinga mana yang tersumbat lebih hihihi..

Hari ke 9 jam 1pm saya memutuskan untuk melawat klinik berdekatan rumah (taman cheras segar ) klinik mediviron  Dan berdoa Di dalam hati dijauhkan dari virus korona saat mengunjungi klinik.

Doc mendapati ada kesumbatan Di telinga kanan saya and I didn’t bother to ask apa yang membuat ya tersumbat memandangkan saya sudah memberitahu doc telinga masuk air.dan doc juga ada bertanya sudah berapa lama berlaku dan adakah saya ada demam,,dan adakah saya ada mengambil ubat menangani masaalah ini.sesudah itu doc menyuruh sebentar untur proses penyedutan,

perghhh lega dan syukur kerana saat itu juga boleh sedut tak sabar nak hilangkan rasa tersumbat di telinga.kerana mengikut pengalaman orang lain kena tunggu 2hari/5hari sebab kena titiskan ubat dulu untuk melembutkan apa-apa bendasing dalam telinga itu,mungkin sebab saya sudah mencuba dengan ubat titis sebelum ini agaknya itu sebab saya terus boleh buat sedutan barangkali.

Dan saya juga gembira dalam hati klinik yang saya kunjungi ada servis menyedut kesumbatan telinga tidakla saya bersusah payah mencari klinik lagi kerana bukan semua klinik ada servis ini.

kelihatan tube putih sebesar jari kelingking digunakan untuk penyedutan, bunyi bising mesin menyedut alaa macam vacuum laa hihihi ketika penyedutan dilakukan telinga kanan terasa ada sesuatu yang besar tersedut keluar Dan gatal,telinga kanan pula hanya sedikit bendasing terasa disedut dan sedikit gatal akhirnya di mana sesudahnya itu terasa aman pula angin yang menyedut itu hihi..sesudah proses penyedutan selesai doc bertanya "bagaimana sudah selesa"saya pun membalas "ya sudah selesa terasa seperti ada tersumbat dalam telinga sudah hilang".namun terasa selesa seperti normal itu belum lagi maklumkan sudah berlaku keradangan di dalam/

selesai sedut doc memberi tahu jangan cucuk telinga lagi terdapat banyak luka Di dalam telinga anda sudah Dan Di gegendang telinga kiri anda ada kesan calar kelihatan garisan bentuk C kelihatan kerak hitam sedang dalam proses pulih,kanan pula banyak kesan calar luka namun semua tidak teruk,Dan doc menyarankan ketika mandi pakai ear plugs untuk melindungi dari kemasukan air,serta 2 minggu selepas saya harus berjumpa doc balik untuk pemeriksaan keadaan telinga..Doc memberi saya ubat titis telinga untuk bakteria Dan fungus..antibiotik dan inflammation tablet.

semua total RM115 sahaja
telinga ada bakteria dan fungus ubat titis ini disarankan doktor membantu

9 hari menahan telinga tersumbat air sebelum berjumpa doktor

saya suka doctor ini Dr.mathews so down to earth suka senyum and friendly biar banyak pesakit di luar menunggu doctor ini tidak menunjukkan sikap essentric dan kasar thank god..klinik ini juga ada suntikan untuk travel vaccine dan macam-macam lagi.

Klinik Mediviron Taman Segar
4, Jln Manis 4,
Taman Segar, Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Dr. Mathews A/L Somasundram
Tel : 03-9133 8066
24 hours daily including Sundays and Public Holidays
(Ultrasound & ECG available)


Friday, 6 March 2020

pengalaman seram bertemu roh si mati sebelum Di kubur

Hari isnin adalah hari yang sangat tidak aku berkenan,kepenatan bermain setiap hujung minggu mengunjungi terasa belum berlalu,bunyi ayam berkokok sudah pun kedengaran menandakan hari sudah siang waktu untuk bangkit dari tidur dan bersiap ke sekolah.

Jam di dinding ruang tamu rumahku menunjukkan jam6 pagi.aku segera bangkit sambil mengesat  mata lalu terus ke beranda rumah menghirup udara segar sambil berpeluk tubuh menahan sejuk udara kampungku.lalu aku mengalihkan perhatian ku ke rumah jiranku selang sebuah rumah,kelihatan beberapa orang Di luar rumah berjaga sambil bermain daun terup.kebiasaanya Di kampungku aktiviti bermain terup biasa dilakukan ketika berlaku kematian memandangkan adat Di kampungku menyimpan badan si mati selama 3 hari di rumah sebelum dikuburkan.Dan semestinya Di dalam rumah yang adanya  berlaku kematian tidAk boleh semua terlelap,dan hari ini merupakan hari ketiga si mati Dan akan dikuburkan pukul 1tengahari.

Aku hilang dalam khayalanku sendiri ketika itu,sesudah itu aku dikejutkan dengan suara teriakan ibu dari dapur memanggil namaku untuk mandi pagi.

Aku Dan adikku  masing-masing sibuk mengenakan pakaian sekolah rendah kami yang memakan waktu 10minit berjalan kaki,ibu pula sibuk Di dapur menyediakan sarapan Dan bekalan ke sekolah,manakala ayah pula sudah  ke kebun tadi subuh untuk menoreh getah.

Entah  mengapa hari itu aku sangat tidak bersemangat ke sekolah aku sering teringat jika aku ke sekolah aku tidak akan sempat menghadiri pengebumian atok jiranku atau Menatap wajahnya kali terakhir sebelum kerandanya ditutup sebelum bertolak ke tanah perkuburan.Di benak fikiranku terdetik untuk ponteng sekolah si hati pula menambah keyakinanku untuk ponteng sekolah,ku suarakan niat itu kepada adik lelakiku berumur 10tahun Dan aku pula Bakal menghadapi ujian penilian menengah rendah tahun ini.

Selesai menjamah sarapan nasi goreng telur Jam7.40 pagi kedengaran riuh suara Kanak-Kanak melintas Di hadapan rumah untuk ke sekolah dan ibu segera mengarahkan kami untuk bertolak juga.

Aku Dan adikku bertolak dengan Kanak-Kanak yang lain 5min  sebelum sampai ke perkarangan sekolah aku dan adik memperlahankan langkah agar terbelakang dari Kanak-Kanak yang lain lalu segera berlari menuju ke arah belukar di tepi jalan,

Aku dan adik memilih bersembunyi di bawah pokok nangka yang redup dikelilingi rumput dan cempaka dan lalang yang tumbuh subur  memanjang.

Kedengaran loceng sekolah pertama berbunyi menandakan waktu perhimpunan pagi bermula Dan nyanyian lagu kebangsaan sekolah ku berkumandang sedikit kesal Timbul Di hati.2 jam berlalu kedengaran loceng kedua berbunyi menandakan waktu rehat 30minit untuk makan sesudah itu loceng kedengaran lagi waktu rehat sudah pun tamat.

kedengaran dari jauh suara kecil cikgu mengajar,perasaan rindu berada di dalam kelas terbayang,perasaan kesal menyelubungi diri.Aku dan adik sekejap berdiri sekejap duduk setiap kali kedengaran enjin kenderaan datang dan berlalu,masa dihabiskan dengan bercerita,bermain tanah dan bermain rumput.

Terasa panas matahari mula membahang namun angin sepoi-sepoi yang memukul lalang dan dedaunan pokok nangka kedengaran berbisik-bisik ditampar angin yang memberi rasa suasana sejuk.Hati berkata waktu sudah hampir  pukul 12 tengahari.
anjng kedengaran seperti menangis dan meraung

Tiba-tiba kedengaran  anjing menyalak meraung tidak berhenti


Dan dari jauh kedengaran enjin kenderaan berserta bunyi alunan rentak gong yang hanya dimainkan ketika berlakunya kematian.
gong ini bukan sahaja dimainkan saat keramaian namun pada saat kematian juga
Aku Dan adik secara sembunyi mencuba melihat ke jalan raya disebalik pokok cempaka Dan lalang,kelihatan bas bertulis “undertaker”van jenazah dan sebuah hilux memuatkan pengalun rentak gong.kedua kenderaan itu menuju ke perkampungan Dan tentu sahaja ke rumah jiranku menandakan acara pengebumian bakal dilakukan.
  dan sebuah hilux memuatkan pemain gong khas,kumpulan kenderaan itu menuju ke perkampungan Dan tentu sahaja ke rumah jiranku untuk bersedia acara pengebumian akan dilakukan.
keadaan jalan tanah liat dan berbukit hilux ini sangat membantu membawa keranda arwah

Sesudah kenderaan itu berlalu kawasan belukar persembunyian aku Dan adik begitu juga bunyi anjing menyalak meraung beransur hilang 

Tiba-tiba angin bertiup sangat kencang hembusan angin yang menyentuh kulit terasa sejuknya,
kedengaran seperti orang sedang berbual berdekatan,dan sedang berjalan menghampiri tepat ke arah persembunyian aku dan adik.

Bunyi ranting kayu dan daun kering yang dipijak jelas kedengaran menguatkan firasatku seseorang sedang menuju ke arah kami.secara spontan aku dan adik berpegangan tangan dan aku mengarahkan adik menundukkan badan sambil duduk bersila di ikuti memenjamkan mata menghadap tanah.

ketika itu di dalam hatiku berkata aku akan menerima segala kemungkinan siapa pun dia yang melihat kami ponteng sekolah,aku akan menerima segala kecaman dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.
Di benak fikiran sudah terbayang hayunan rotan sebesar ibu jari tidak pun libasan tali pinggang yang hinggap di badan dari orang tuaku menanti
Jantung berdegup kencang serta perasaan perut yang terasa tidak selesa mengikuti. 

Setelah beberapa saat berlalu aku pasti orang itu telah melihat kami,namun hati bertanya mengapa orang itu tidak bersuara mahupun berteriak selepas melihat kami seperti yang aku jangkakan. kerana terasa orang itu terasa sudah berdiri di hadapan kami.

Pokok-pokok lalang dan cempaka  menari ke kiri Dan kanan dek di hembus angin meniup kencang aku pun dengan berani perlahan-lahan mengangkat  wajah dari merenung tanah untuk melihat ke hadapan untuk memastikan suasana.

Aku tertumpu pada satu gumpalan  cahaya putih bersinar

Dan saya mendongak kepala lebih tinggi dan kelihatan seseorang memakai topi.Dan saya turunkan anak mata ke bawah meneliti siapakah gerangan orang itu yang tidak bersuara setelah melihat kami.
fashion kegemaran arwah atok saat dahulu tinggal kenangan


Dia memakai baju coffee cair Bergaris-garis kotak-kotak,seluar panjang chocolate brown,kasut mahupun anggota badanya tidak kelihatan hanya pakaiannya sahaja terserlah.Dan ternyata di hadapan kami itu seorang lelaki.

Memandangkan tempat persembunyian kami itu terdapat batu-batu besar dan permukaan sedikit berbukit dia seakan-akan berdiri di atas batu kerana lelaki itu kelihatan tinggi seperti terapung sehingga aku harus mendongak mengamati tubuh itu,atau pun kerana permukaan tanah yang sedikit berbukit aku tidak berapa pasti.

Aku seperti sangat mengenal bentuk tubuh badan itu dan fesyen pakaian yang dikenakan.Benak fikiranku melontarkan soalan kenapa wajahnya tidak kelihatan bahkan leher dan pergelangan tanganya juga tidak kelihatan,tiba-tiba otak ku cergas dari yang biasa aku segera sedar siapakah empunya tubuh badan itu.
ia adalah si mati sebelah rumahku!

secara spontan aku mengengamkan erat tangan adikku dan berpaling kepadanya adikku seakan-akan dapat membaca fikiranku tanpa aku menjelaskan dia membalas reaksi yang sama hanya mata kami berdua mampu berkata-kata sebentar.lalu saya mengarahkan adik aku tunduk semula,dalam waktu yang sama aku teringat pesan cikguku kalau nampak hantu bacakan doa buat mereka sesungguhnya mereka memerlukan doa dari kita terngiang-ngiang di telingaku.lalu aku memerintahkan adikku membaca doa bersama aku sambil memejamkan mata.

Setelah beberapa minit berlalu aku beranikan diri membuka mata Melihat kembali di tempat penampakan tadi kalau-kalau saya terlepas pandang manusia sebenar.namun hampa tiada sesiapa di sana.

Loceng ketiga pun berbunyi menandakan tamat persekolahan dalam hati berkata moga tidak ada kanak-kanak sekampung denganku datang ke rumahku memberitahu orang tuaku aku Dan adik ponteng sekolah hari itu.

Setelah kelihatan kelibat kanak-kanak pulang sekolah menuju ke perkampunganku.aku Dan adik segera keluar dari persembunyian dan berarak seperti baru pulang dari sekolah berselamba.

Melintas perkarangan rumah jiranku kelihatan sudah banyak orang berkumpul aku segera berlari pulang ke rumah sepantas yang mungkin lalu menukar pakaian,ketika itu tidak ada sesiapa di rumah aku merasa lega sebentar dari memikirkan perasaan risau bertembung mata dengan ibu.

Aku datang tepat pada waktunya sesi penghormatan terakhir buat si mati sudah hampir ke penghujung perasaan syukur menyelubungi diri.
sebelum arwah dikebumikan penghormatan terakhir mengiringi


Kelihatan keranda arwah dikelilingi orang Di mana saudara bahkan tetamu yang hadir mengambil peluang menyentuh,memegang tangan arwah Serta membelai  kepala arwah mengikut giliran.tatkala itu kedengaran juga seseorang memberitahu berkali-kali air mata jangan ada yang tertitis di dalam keranda.

Akhirnya giliranku tiba alangkah terkejutnya! aku melihat tubuh arwah kerana apa yang dipakaikan kepada arwah saat itu adalah pakaian yang sama aku saksikan sebentar tadi.benarlah Telaan ku bahawa aku sebenarnya melihat roh arwah pagi tadi.

Namun aku diamkan sahaja pendam di dalam hati kerana aku tidak ingin orang tahu kesalahanku.lagi pula aku pasti jika aku suarakan sudah tentu mereka bertanya di mana,jam berapa.

Dan mana mungkin mereka percaya cerita dari seorang budak kecil.Aku memilih menyimpan rahsia pertemuan aku dan arwah bahkan hingga kini di mana ahli keluarga beliau tiada yang mengetahui pengalaman aku ini.

sebelum pukul satu petang arwah selamat dikebumikan dan aku sempat mengikuti pengebumian arwah.semuanya berjalan lancar.

kebimbanganku akan hari esok pula menambah beban hatiku di mana aku terus memikirkan cikgu-cikgu yang bertanya soalan mengapa saya absence semalam.

percaya atau tidak cikgu-cikgu tiada yang mengajukan soalan seperti tiada yang berlaku..namun saya percaya mereka mengetahui adanya berlaku kematian di kampungku saat itu dan mereka tahu jawapannya.
Dan tentang kesalahan aku dan adikku ponteng sekolah hari itu orang tuaku tidak mengetahui sampai sekarang.




*****sudah berkali-kali niat hati hendak menulis tentang pengalaman ini bermacam distraction dihadapi
*****dalam usaha menyiapkan penulisan ini berbagai rintangan berlaku terpadam tulis terpadam tulis
*****hari terakhir penulisan yang hampir siap(4am) kedengaran seseorang di dapur sibuk,bunyi pintu kabinet ditutup sesuatu memukul dinding
*****sesungguhnya  pengalaman ku bersua dengan paranormal bukan berakhir di sini sila klik blog saya untuk membaca