Wednesday, 25 October 2017

DOA KATOLIK untuk ibu bapa

πŸ’DOA UNTUK IBU BAPAπŸ’

Ya Allah,Bapa yang penuh kasih sayang,kami bersyukur kepada-mu atas orang tua kami.

lewat mereka engkau menciptakan kami.melalui kasih sayang mereka engkau telah menciptakan kami.mereka membesarkan kami dan menjadi sahabat kami.

Berkatilah mereka senantiasa.berilah mereka kesabaran.Terangilah akal budi mereka supaya mereka selalu bertindak bijaksana berilah mereka kesihatan agar tetap mampu menjalankan tugas mereka sebagai pembina keluarga.Berilah rezeki secukupnya untuk kami semua,dan hindarkanlah orang tua kami dari marabahaya.

Sempurnahkanlah kasih mereka satu sama lain,sehingga mereka dapat menjaga kelestarian perkahwinan dan tetap setia perjanjian perkahwinan mereka.semoga mereka dapat menjalankan tugas dengan baik bagi gereja masyarakat dan keluarga.

Buatlah gereja kami menjadi gereja kecil yang selalu mengasihi-mu dan mengasihi Yesus putra-mu.
kami mohon pula berkat-mu untuk semua orang-tua yang dengan rela dan penuh tanggungjawab telah menjalankan tugas selaku orang tua atas anak-anak mereka.semasa pengorbanan mereka tidak sia-sia.bila mereka menghadapi kesulitan dan tantayan sudilah engkau menunjukkan jalan keluar yang diperlukan.jangan biarkan mereka merana kerana kegetiran hidup ini.

Kami berdoa pula bagi para orang tua yang  sering dilupakan oleh anak-anak mereka.
teristimewa kami berdoa bagi para orang tua yang terasa gagal dalam membangun keluarga dan mendidik anak-anak,

semoga kepedihan ini tidak membuat mereka putus asa,tetapi semakin menyedarkan mereka yang sentiasa bersandar pada-mu.
Bapa,semua permohonan ini kami sampaikan kepada-mu demi yesus kristus putra-mu,yang menjadi teladan kami dalam menghormati dan mengasihi orang tua.Dialah pengantara kami dalam menghormati dan mengasihi orang tua.Dialah pengantara kami untuk selama-lamanya.

Amin. 

DOA KATOLIK"doa sebelum bekerja"

πŸ’•DOA SEBELUM BEKERJAπŸ’•

Allah bapa kami,pencipta manusia dan alam semesta.kami bersyukur kepada-mu bahwa dengan bekerja kami boleh ambil bahagia dalam karyamu,mendamaikan dan membahagiakan umat manusia.
kami mohon bimbingan-mu dalam melaksanakan pekerjaan kami pada hari ini.
Arahkanlah pikiran dan perkataan,dan perbuatan kami,agar dalam dikau kami memulai dan menyelesaikan.
Bimbimglah agar kami dapat bekerja dengan semangat kasih,dengan riang,rajin,dan jujur lebih-lebih agar kami dapat bekerjasama dengan dikau dan sesama.
Dan kalau menjumpai kesulitan,semoga kami tidak kecil hati apalagi putus asa.
semua jerih payah yang akan kami jumpai nanti persatukan dengan pengorbanan yesus kristus yang hidup bersama dikau  dalam persatuan dengan roh kudus kini dan sepanjang segala masa.

Amin.


πŸ’•DOA SETELAH BEKERJAπŸ’•

Allah bapa yang penuh kasih,kami bersyukur kepadamu atas bimbingan dan kasihmu,yang kami alami selama melaksanakan pekerjaan yang baru sahaja kami selesaikan.
semoga hasil yang kami capai berguna bagi hidup kami dan berkenaan kepada-mu.
semoga kami tidak menjadi sombong kerana keberhasilan kami.
kami sedar bahwa semua hasil yang baru saja kami capai berasal dari-mu juga.
Bapa,kami memohon maaf atas kesalahan da kekurangan yyang kami lakukan selama bekerja tadi.semoga kami tidak menjadi putus asa kerana mengalami kegagalan.semua pekerjaan kami ini kami persatukan dengan karya yesus kristus yang hidup dan berkuasa bersama dikau dan roh kudus kini dan sepanjang masa.

Amin.     

Thursday, 12 October 2017

IBU BARU SET BERPANTANG pilihanku

balik2 sis kita yang da beranak 4  tu ingatkan berpantang elok2 jaga badan terutama perut tu dan saya badan kerap sakit2 agaknya akibat tak berpantang elok katanya,anak matanya kelihatan mengimbau masa seandainya boleh berputar kembali...sooo sekarang sy  da masuk 36minggu masa untuk beli set berpantang...dan kita pilih tanamera punya set berpantang...tapi set ini takde bertungku so agaknya kena beli asing kot lain brand la,,,tapi dia ada TAPEL@FIRMING HERBAL BLEND PASTE sama ja rasanya..na tahu terusla baca..hmm



ibu baru pertama kali pilihan yang tepat dengan set berpantang dari tanah merah iniini dia box comel loteh dari tanamera satu set rm355 sahaja dalamnya adaa...set berpantang dari tanamera ini sesuai untuk bersalin normal/pembedahan.

berpantang dengan memakai korset adalah sangat melegakan belakanghaa..ada bengkung tradisional juga main ikat punya!dan ia diberi percuma dalm set bersalin ini.dan sebelum pki bengkung ini kena sapu firming herbal blend dlu ,,hmm knpa nk berbengkung?sebab ia membnntu menegangkn kmbli kulit yg mngendur tu,dan membntu menghilangkn air berlebihan itu.
paste ini sangat sedap dipakai letak di dahi puas hati
PILIS CALMING HERBAL BLEND PASTE pes yg disapu pd dahi untuk mnyegarkn mata mencegah/meredakan sakit kepala, dan minda yg lesu akibat kekurangan tidur/tekanan serta ia mngembalikn keseimbangan minda,memberi rasa ketenangan dan menajamkn pemikiran.
badan lebih terasa segar selepas pakai skrub herba ini keyakinan sentiasa terjaga
SKRUB BADAN BOREH herba terpilih dipakai waktu mndi untuk memanaskn badan dan berkesan untuk membuang kulit mati,mengurangkan air berlebihan dalam badan,menyegarkan dan mengembalikan otot-otot yg lesu,mengurangkan tompok2 gelap di sekitar bahagian perut dan ketiak serta merancang peredaran darah.
paste yang diletakkan pada perut saat berpantang menghangatkaan
TAPEL ini digunakan sebelum berbengkung dioleskan pda sekitar abdomen untuk meratakn tona kulit,mengurangkan tanda regangan,menguatkan/menegangkan otot2 perut,meransang pengaliran darah ke bahagian perut,mengurangkan cacat cela dan tompok2 gelap pada perut,mengurangkan air berlebihan dalam badan(tetapi kalau pembedahan digunakan selepas jahitan sembuh.)
TEH HERBA ..digunakn untuk meransang peredaran darah dan mnguatkn badan,meransang pembuangan darah beku dari rahim,mengurangkn keradangan pada bahagian rahim dan bahagian genital,memanaskn badan dan menggalakkn peredaran darah,mengelakkn masalah sembelit juga mempercepat penyembuhan rahim.
sabun membantu pengaliran darah ke seluruh badan
sabun mandian herba.permukaan sabun ini yg berbutir kesan dari kombinasi herba dan biji-bijian mampu menanggalkn kulit mati dgn lembut dan meningkatkn pengaliran darah ke bahagian kulit,berkesan mengeringkan ruam2 dan kerengsaan kulit yang ringan beri perhatian pada bahagian leher,perut,ketiak,dan bahagian dalam paha.
melegakan otot otot lesu saat berpantang
Mandian herba disi macam kantung teh itu ..lupa pula nak snap pic,,ia mampu mnyegarkn dan memulihkn tenaga badan serta menghilangkn bau badan,melegakn otot2 yg lesu dan tegang serta mengandungi bahan yg bersifat anti radang.boleh pakai berulang untuk satu sachet mandian itu
membantu mempercepat proses penyembuhan
HERBA PEMBERSIH WANITA campuran herba yg kaya dengan pati minyak untk menyembuhkn luka jahitan dan memastikan bahagian genital sentiasa bersih dan tidak berbau dan melegakan ketidakselesaan yg timbul dri luka jahitan pd bahagian genital dengan segera.mengandungi fungsi anti keradangan bagi membantu mengurangkan bengkak dan mempercepat proses penyembuhan bahagian genital,mengecutkn tisu2  bahagian genital dan menyahbau,menggalakkn penegangan otot2 bahagian genital.bagi bersalin secara pembedahan ia berfungsi anti bakteria dan membersihkn bhagian genital yg mngalami pendarahan selepas melahirkn,
suka sangat minyak ini dipakai saat berpantang berbaloi baloi beli
okey ini COLD PRESS VIRGIN COCONUT OIL VCO sapu selepas mndi dan mngurut pada kulit yg basah sebelum bersalin pn blh pki untuk mncegah rekahan kullit pd perut,pinggul,paha,dn punggung juga berkesan untuk tumit yg rekah serta menggalkn sel2 kulit mati pd lapisan luar kulit.ia mngandungi asid lemak berantai..memudarkan/mencegah tanda2 rekahan yang sedia wujud,mampu membakar lemak badan dan menukarkan kepada tenaga,membntu mengurangkn berat badan.menurunkn paras kolestrol,membaiki keadaan kencing manis dan heart attack.

HERBAL MASSAGE OIL ini mampu mempergiat peredaran darah dan metabolisme dalaman si ibu,membntu menyingkirkn toksin dari badan,mmbntu melicinkn dan melembutkn kulit,menggalakkn pembuangan air berlebihan dan angin dalam badan,memberi khasiat dan mnyegarkn semula kulit dan organ2 penting dgn cara meransang pengaliran darah,membantu sistem limfa untuk menyingkirkan bahan2 buangan di seluruh badan.


INILAH PERKONGSIAN SAYA SET BERPANTANG DARI TANAH MERAH MENJADI PILIHANKU...


TERIMA KASIH MEMBACA

Wednesday, 11 October 2017

beli fetal doppler cheras dan dimarahi doktor

kerana payah sangat saya rasakan mahu rekod gerakan bayi dalam kandungan ini lagi2 saya ini first time mother to be,kataya kena rekod gerakan bayi bila kandungan mencecah 28 minggu(saya buat monthly check up private tapi xde pun doc tu cakap hmm mujurlah kita ini rajin cari maklumat di carian google dan kita ada 3 orang kakak yang sudah berkahwin so diorang la juga yang bagitahu.

tapi da masuk 28 minggu ini saya tak reti la nak kira macam mana haha entahla tapi adalah rasa geseran dalam perut dan lain2 tapi saya still tak sure how haha...ada juga google mengenai nak kira gerakan baby ni tapi still macam tak puas hati tau saya cuma pantau yang baby selalu gerak dan waktu gerakan berlaku maksud saya waktu@jam berapa siang atau malam ke macam tu lah..

*****************************************************************************

tiba2 bunyi peringatan telefon pintar kita berbunyi dan kelihatan gambar aplikasi ibu mengandung terpapar di atas skrin telefon menyedarkan usia kandungan kita sudah mencecah 31 minggu..

lagi dua hari sy mencecah 32 minggu hamil dan pada hari itu saya melakukan kerja rumah tanpa henti dari pukul 7pagi da keluar ke taman untuk senaman jalan kaki 30 minit sesudah itu balik rumah terus sambung memindahkan tunas cili yang sedang membesar ke pasu yang lebih besar sebanyak 8 pasu kita buat sekali gus dek kerana terlamppau teruja tak tersedar penatnya weii sampai la ke tengahari baru kita stop duduk,minum air da memikirkan apakah yang harus dimasak untuk makan  tengahari...fikir nak masak untuk saya sahaja okla tapi klau nak fikir sekali masak untuk si encik suami mampuii entahla bila agaknya aku campin masak masakan punjabi ini.hmmm kita seharian d rumah sorang2 encik suami kerja tak lekat di rumah bila la masa nak belajaar bknlah lansung tak pandai kita baru tahu 3 dish sahaja mna achi..

ok back to main story,,2 hari berlalu sejak kejadian saya berkebun at my mini garden depan rumah ini saya perasan macam baby sleep cycle da brtukar waktu dia nak bergerak gerak pada jam yang sepatutnya pun tak teratur da selalu klau kita baring ke kiri ke kanan ke baby akan tendang2 dia tak suka kita baring terlentang baru duduk diam dia dalam tu tapi kli ini macam baby kurang respon dan kita pun da 2hhari mngadu dengan encik hubby mr.singh yang baby kurang gerak..encik hubby ajak pergi hospital tapi naluri ibuku memberitahu mesti baby penat sebab hari itu kita kerja kuat smpai letih badan satu hari tau..kita masih tenang lagi sebab waktu kita minum manis2 makan air krim baby bagi respon juga dia bergeser tukar tempat dalam tu yang ketara perbezaan tu baby kurang respon macam nak kick pun lemah jee...kita try2 la google penyebabnya ada yg ckp brdasarkan pngalaman mereka kdg sebab kita penat @stress baby pun penat dan turut mengalami so rasanya baby banyak tidurla tu 2hari ini..lagipun kata mereka hamil 32minggu ini 90-95% baby banyak tidur dan sleep cycle baby juga berubah...ada betulnya juga..

tapi encik hubby risau juga tak puas hati so encik hubby ajak g beli fetal doppler ini hehehe disebabkan keadaan kita ini hubby risau nak pergi kerja tinggalkan kita di rumah so kita maklum fetal doppler ini banyak online je jual tapi hubby dan kita nak juga waktu itu benda alah tu soo kita tryla cari2 ke farmasi berdekatan rumah...nak 5 farmasi jugala kita tanya dan semua taak tahu fetal doppler ini fungsinya apa sampi la kita google cari pic tu tunjuk kat diorang..tapi hampeh semua xde..so pulang dengan perasaan kecewa tapi kita usaha juga kot2 ada orang jual online kat mana2 area tempat tinggal ini yang boleh self pick up..usha instagram usha fb akhirnyaaa jumpa jugaaa murah lak tu daripada online tu huhu...kita pun deal la nak self pick up dekat bandar tun husseen onn sahaja..rm165 je,

senang sahaja pengunaannya kalau tak jumpa jantung baby takdelah bunyi dup dap tu and tiada skala nombor terpapar..detakan jantung bayi yg normal dari 110-160dia bagi gel sekali untuk sapu dekat perut sebelum pki klau da habis gel tu katanya c penjual boleh je pki baby oil.

seminggu selepas itu pergi cekup sy bagitu la dooc mngenai ini terusss doc..
"kenapa membazir?kenapa beli tak tanya doc dulu call ke tanya?.
"sape suruh beli,awak reti ke pakai itu kan peralatan perubatan."
"awak tahu ke mana kepala baby,mna kaki dia,mana tangan dia,habis tu macam mana awak cek."
"awak tahu ke normal heart rate baby".
"awak ni bahaya tau,berapa harga benda tu,apa company yang jual tu,brand ape tu,dari mana awak beli.?"
"benda tu tak elok ya adalah infared,da la murah dijual kita tak tahu kualiti benda tu bla bla bla..".
"berapa kali da awak pakai alat tu,awak pakai hari2 ke."

naya ko nak mnjawab dengan doc terasa merah padam muka waktu tu,terrkejut doc marah haha..pakai 2 kali je selepas da beli nasip tak hari2..doc kata tak ELOKKK!!!siap jmpa doc g tau encik hubby dia tersengih2 je sebab dia pun ada warning tak elok juga tapi sy biasalah degil bertempat ekeke...


register mengandung di hospital columbia cheras

hello hello mummy semua exspecially new mommy to be..take careπŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—

i am first time mother to be at this moment...so kita nak la yang terbaik plus sesuai dengan masa encik suami kita,biasalah da berlaki ini semua nakk lapor dan kena ingat dulu dekat encik suami ishh kdg malass lagi2 kita ini yang sebelum ini single memang orang yang indipendent habisla katakan so ada rimas sikit namun apakan daya status da bertukar so lifestyle pun bertukar of course..

***************************************************************************
okay kandungan da berusia 16minggu kita awal2 da decide nak private buat mothly checkup kalau pergi gov comfirm da kena marah ini..
selepas dah check review hospital private berdekatan area tmpat tinggal akhirnya kita pilih hospital columbia cheras.dulu waktu hospital ini baru buka dan ia hanya tepi highway tak taulah kenapa kita suka sangat tengo hospital ini and keep wondering how is look like inside,rupanya kita akan register mengandung d sini huhu...
inilah kaunter pendaftaran di mna hujung minggu sangat sibuk dn sesak berbanding hari biasa.

inilah skrin tv yang ada di sini berfungsi memaparkan senarai nama pesakit dan doktor mengikut giliran,ketika mengambil ubat d farmasi,dan waktu membuat pembayaran rawatan.

pukul 9am da buka jam10.30 kita da smpai sana  masuk je terus nampak kaunter pendaftaran dia minta ic,suruh fill form yang penting jangan lupa alamat rumah yeee biar private hospital boleh tahan juga sibuk hospital ini monyok je orang kat belakang tu beratur menunggu kita siap register mungkin sebab kita pergi sabtu kot.
sesudah itu staff tu tanya ok tak dengan saya kalau jumpa dr.lily uii sape tak ok kan kalau jumpa doc perempuan memandang hospital ini ada doc O&G lelaki juga,. huhu sesudah itu  terus dapat kad berwarna putih sekali sticker barcode dan cop doktor lily dan sepanjang check up beberapa bulan tu dengan doktor lily je la tak tukar2..

dan inilah bilnya jumlah kesemua kalau pertama kali dtg checkup sini..

kita pergi kaunter nurse berdekatan terdapat dua kaunter nurse di sini section A dan B tapi sy diarahkan ke kaunter A,, bagi kad n sticker tu terus staf nurse bawa pergi timbang,cek tekanan darah,cek air kencing.,.dan ambil darah woii kita ini jenis takut jarum dan inilah kakak2 jiran,member selalu cerita bap nak amik darah tu menakutkan dan kali ini nak ada baby ini da mengandung takk boleh lari da hadam je laa...sesudah tu tunggu giliran nma dipanggil masuk ruangan jumpa doktor pakar..
inilah doc kita sy selesa sangat dengan doc ini tapi sayang selepas 3kali temujanji dengan doc lily dia pindah pla ke UKM. tak jadi lah doc lily yg sambut baby kita.