Thursday, 29 October 2020

how i survive pedih uluh hati di awal kehamilan


 
okay sy nak kongsi awal2 tu heartburn kita mild je so pic kat atas tu kita consume untuk heartburn selamat untuk ibu mengandung dr gaviscon tu walk in ke farmasi depa suggest ni...dan ya membantu jugala bagi yg simtom tak teruk....in the end heartburn kita ini pun tak mampu membantu terpaksa makan ubat dari oBGYN kita bagi sebab teruk sangat lebihan asid...macam biasa orang cakap lain badan lain penerimaan lain reaksi...dan keadaan setiap kali mengandung itu berlainan kesusahan dan keadaan bla bla bla...ok straight to the point apa yang sa mo cakap ialah tentang apa yang boleh trigger itu heartburn dan apa yang perlu dielakkan dan apa yang perlu dilakukan........6-12 weeks is the worst!!๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ

KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA....
๐Ÿ‘ถ-ElakKAN MAKAn/ambIL makanan/mINUmAn yang manis-manis@tinggi kandungan gula tak sampai beberapa minit sesudah pengambilan bersiap la sakit di antara payudara anda dan seangkatan denganya.

KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA...
๐Ÿ‘ถ-macam biasa semua tahu makanan yang berminyak itu juga musuh dalam selimut saat ini pakailah sikit macam mana pun minyak dalam masakan itu bernasib baiklah kalau tak kena heartburn terus yang sampai nak berdiri pun susah...pemakanan saat ini ibarat macam makan telur rebus je ke pancake ke x paya rempah bagai,,

KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA..
๐Ÿ‘ถ-jangan berangan nak makan masakan yang banyak sangat rempah-ratus...perasa garam da cukup percayalah ,,,.
raisin bagus dimakan sepanjang kehamilan mengelak baby kuning nanti...vitamin C ambil sepanjang kehamilan bagus untuk penyerapan kalsium,iron dan juga good for baby proctection kuatla imun g tu,, itu kita pilih sebab ya asid free bagus untuk mereka yg ada gastrik mcm kita 



KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA...
-makan dalam kuantiti sikkkkiiiiitttt jangan makan macam seperti biasa itu 2pinggan 3pinggan mahu pengsan menahan sakit pedih ulu hati perut saat ini dia punya lambat dan malas nak proses makanan itu jadi tahi kena sabar tahap dewa...kena makan 6kali sehari begitu sikit sikit sikit,,,biasa kita makan 3kali sehari kan ahh u do the math ...

KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA,,,
๐Ÿ‘ถ-memang minum air pun kena ada cara saat ini sebap cara teguk air itu tak seperti sebelum ini kerana cara minum air itu pun penyumbang heartburn celaka betul haha..air tu terasa berat untuk tekak nak telan..kang telan banyak2 mula la makluk yang tersangkut di antara dada itu menumbuk2 dada kita..sebaiknya minum air pakai straw sikit sikit...tapi keraapppp!! nak mampus...saat preggy memangg selalu haus tapi nak teguk air pun buat kita sakit sabar je la nak meneguk air secepat mungkin itu harus dielakkan sabarrr ...

KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA...
๐Ÿ‘ถ-elakkan makanan yang bersifat mint mint g tuuu...colgate pun pilih yang rendah florida and of course no coffee,,no air sejukk ..no chocolate..makanan@sayur berangin juga harus dielakkan search la apa sayur yang bersifat sejuk ... 

KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA...
๐Ÿ‘ถ-elakkan pakaian ketat yang menekan peruttt,,,

KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA..
๐Ÿ‘ถ-totally no spicy,soury foodddd....jum nangissss kadang ada orang tu sampai bersalin berpantang itu ini tak boleh makan kena pantang nanti ada komplikasi pula..tapii percaya cakap gue,,pemakanan bersih berdisiplin jaga diri waktu mengandung, anda tidak ada komplikasi kelahiran mudah,,,mulut pun kena jaga la

KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA...
๐Ÿ‘ถ-amalkan ,,tabiat menguyah badam membuat kita berliur di mana air liur kita bagus untuk asid di hempedu...badam ada lemak sayuran yang menatural kan asid perut..

KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA...
๐Ÿ‘ถ-tidur jangan terlentang sangat tapi tinggikan sikit kepala double bantal g tu,,,selepas makan jangan terus berbaring tapi duduk tegak..selepas 1 jam baru la baring selama yang anda mahu hihi..gambar atas adalah ubat yg diberi my obgyn selepas sy describe my simtom awal kehamilan di mana sy sakit heartburn smpi rasa ditumbuk dicucuk di tgh dada itu,sakit payudara,sakit belikat abdomen gastrik yang melampau makan on time da adjust macam2 tabiat mkn pun gastrik tetap menyerang minum air pun blh kena heartburn dn gastrik yg sampi tak boleh bergerak,berdiri tegak dan tidur malam..sakit dekat tengah dada itu tak boleh bincang...dan selepas kita habis mengadu macam ini doc cakap boleh ambil panadol ..kalau tahu boleh da lama ambil sebab waktu sakit itu selalu ingat kalau la boleh makan ubat tahan sakit hihi ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜

KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA..
๐Ÿ‘ถ-amalkan minum vitagen/blissful yogurt drink minuman probiotic/yogurt g tu untuk melancarkan aliran usus...mengelakkan heartburn dan gastrik..

KALAU TAK NAK HEARTBURN SILA...
๐Ÿ‘ถ-standby biskut crackers sebagai alas perut before real food..nak mengelak asam lambung..kunyah la ini dulu di awal pagii...


✋✋kalau kerap sangat sakit pedih ulu hati itu sampai ada yang tak tertahan terus ke hospital takut anda terkena sawan..ataupun petanda kandungan anda bermasaalah..mother instinct always the best!! 




Sunday, 27 September 2020

fasa awal kehamilan yang paling bikiin panas

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฃperkara yang berlaku pada awal mengandung(first tristmeter) yang saya tidak suka๐Ÿ’ฅ ๐Ÿ’ฃ.


tidur terlentang sudah tidak selesa kena tido mengiring dan bantal mesti ada di antara kaki sebab perut bawah pusat itu macam sesuatu keras hehhe...



perut terasa kembung setiap masa(bloated) /pedih ulu hati tidak tentu pasal bikin malas mo fikir.



bap nak membuang air besar itu jangan cakap sembelittt!! bila anda tahu anda mengandung anda akan rindu tahi anda yang keras haha sebab saat ini tahi anda cair macam cirit birit tapi bukan,sampai lubang anus pun tak mampu nak tahan buang air besar bila terasa nak membuang kena pergi juga like again NOW!๐Ÿ˜†kalau ada tahi keras pun yang tidak alami mual tiada masaalah makan la tu d awal mengandung.. dan kalau ada tahi keras pun kepala tu tahi keras gila2 sakit mo birak๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

kebiasaan rasa mual itu mula terasa pada 6minggu kehamilan namun jika berlaku awal macam saya 3minggu hamil sudah terasa mual itu  untung!sebab awal merasa seksa awal kehAMILAN haha ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†ingat senang nak mengandung?bila simtom itu sudah menyerang
susah nak masuk makanan bila ingat makanan rasa nak keluar anak tekak ini mual.



rasanya dalam 2minggu hamil macam itu bertabahla rasa nak bawa bantal,tilam tidur je dalam tandas sebab kita macam pantang minum air atau nampak tandas MESTI!! nak masuk tandas untuk kencinggg GILAA!!letih tau setiap 30min 15 min mahu kencing,pundi kita itu macam memang tak mampu tahan kencing mesti kena pergi like NOW!.



sebulan mengandung taste lidah sudah berubah dan tak tahan pedas langsung dan dalam mulut itu senantiasa berair plus air liur itu MASAM ! tuhan je tahu berapa kali nak meludah dan menelan air liur sampai gigi pun terasa masam weii..ada saat itu sampai saya sumbat tisu dalam mulut ingatkan ada membantu namun lagi berair dalam mulut adalah haha๐Ÿ˜–๐Ÿ˜“  

saat ini DERIA HIDU rasanya anjing da kalah ๐Ÿ˜†kalau boleh nak hari2 basuh selimut atau apa2 benda yang menyumbang bau menyakitkan hatiku,bau busuk tilam itu pun ada boleh bau rasa nak tilam/katil baru boleh takk๐Ÿ˜†kalau nak memasak minta maaf kalau boleh nak pakai MASK or rehat 2bulan tak masuk dapur bau minyak masakan itu menyakitkan hati mood boleh bertukar ke monster! tapi kalau ada anak lain minta maaf kena redha.



tak kira siang atau malam morning sickness itu akan datang tiba2.. tapi kita dulu macam anak pertama jam1-2 pm morning sickness saya pasti muncul kuat punya! haha saya akan muntah2 sampai sakit bergelimpangan kerana sekali pening semacam menyerang memang win!ada juga pengalaman saya merasa dalam tidur pun mabuk pening.



Hausss tapi rasa selepas minum air itu pun seksaa perasaan loya membuak plus pedih ulu hati menyerang..kenala minum sikit2 jawapnya namun tetap tak suka feeling minum air itu macam tak kena dekat lidah tekak dan perut.minum air suam je ok sikit tapi kena sikit2 dan kerap kalau tak mau kembung perut semacam tak selesa.



simtom awal kehamilan kali ini saya sangat cepat mengantuk letih badan ..nak tidur nak tidur tapi kalau ada anak lain tak boleh tidur lain lah tinggal dengan family kita sendiri2 alahaiii sedihnya.



apa makanan kebiasaan kita makan semua da tak sedap masuk dalam mulut sebap kita tak ada perasaan lapar membuak so makan buah-buahan je ok sikit boleh telan tak trigger feeling nak muntah, tapi selepas itu lidah terasa pahitla kalau tak makan apa2 asam pula haisshhh..



kulit sensitif rasa sejuk tapi at the same time rasa panas pula dan rasa melekit cepat pula tak tau nak apa, rumah sendiri ok je berkemban tapi itula kelam kabut tetiba ada tetamu orang ketuk pintu rumah...



jangan lupa letak toilet blue dalam tangki air tandas atau letak pewangi dalam toilet ke sebab kencing orang mengandung ini busuk sangat kuat baunya,..kita yang mengandung ini pun tak suka baunya macam bau air kencing yang bertakung lama hahhaa..




ANDA MUNGKIN MENGANDUNG
pelik tapi benar sebelum saya tahu saya mengandung (tarikh regular period belum lewat) saya bertanya dengan diri sendiri "kenapa terasa macam saya bila melangkah berjalan kaki saya lebih terbuka macam orang mengandung berjalan" .dan mestilah celah kelangkang rasa tak selesa semacam.






Monday, 14 September 2020

10 perkara dilakukan bagi mengelak isteri menjadi garang


  • family planning(zuriat) kurang pengetahuan dari encik suami,sedangkan si isteri inginkan sokongan dari suami maksudnya si isteri mahu mendengar pendapat anda penunjuk arah dari suami bukan main angguk sahaja.kalau sudah hal ini dibangkitkan tentu sahaja ya juga penyumbang pergaduhan.semua wanita inginkan lelaki yang berkualiti di mana seorang lelaki yang ada pandangan di masa hadapan rancangan di masa hadapan itu MENARIK! KOMUNIKASI ITU PENTING PLEASE..



  • masa meluangkan kualiti masa dengan anak bonding time itu seperti tidak ada dalam waktu anda.maksudnya isteri hendak juga melihat anda bergurau senda dengan anak,keluar dengan anak seperti ke taman atau melakukan aktiviti kemahiran bersama. isteri hendak melihat kekreatifan anda sebagai bapa di sini.bukan buat isteri anda berfikir hanya mereka yang bermain bergurau dengan anak mahupun bergantung harap dengan cikgu mengajari anak.remember everything start from home.



  • sekali sekala membantu isteri mengangkat kain di jemuran kan anda sedikit sebanyak sudah membantu,bukannya encik suami yang lipat pun nanti.bukan kain berdua sahaja isteri hendak urus,bagila isteri itu merasa keadilan sikit bukannya isteri tidak hargai dan sedar bahawa suami yang mencari nafkah.takkan turun saham suami pun makin sayang dan cinta anda berdua lebih positif dan berputik perbuatan itu seakan baja kepada cinta anda berdua๐Ÿ’‹๐Ÿ’๐Ÿ’‘๐Ÿ’•



  • tak perlulah tunggu  isteri harus berpesan atau mengingatkan suami membeli lampin pakai buang anak,atau susu tepung itu,atau barangan rumah kerana bila anda membeli tanpa disuruh isteri sedar dia tidak keseorangan di dalam menjaga anak isteri tahu you were there.suami pun tidaklah merasa menyampah bila itu ini pesan isteri kepada suami.tahu kan perasaan diarah-arah itu bagaimana.konsisten di dalam mengurus kewangan takan bahagian itu pun isteri masuk campur sudahla isteri penat layan karenah anak karena suami karena jiran lagi haha NEVER MAKE YOUR WIFE FEEL INVISIBLE ..selepas mereka berkawin kawan masa bujang pun ditinggalkan tiada reunion2 macam sesetengah lelaki itu.kepentingan sudah jatuh pada keluarga bukan kawan.



  • balik dari kerja itu sekali sekala ajukan lah pertamyaan pada isteri macam mana keadaan di rumah hari ini atau tanya isteri okay ke tidak, sudah cukup membuat isteri rasa disayangi dan dihargai maksudnya cinta anda pada isteri itu sentiasa segar dan subur bukannya isteri tidak pernah mengajukan soalan berbunyi peduli pada anda kan.dengar cerita isteri paling muka padanya.



  • memberi kewangan pada isteri pada tahap yang konsisten biarpun dalam jumlah yang kecil mengikut kemampuan anda baru isteri rasa terjaga bahawa isteri berpaut pada dahan yang kukuh.bukanya isteri tidak memahami kemampuan anda kekuatan keluarga anda berdua kan.penting membincangkan soal kewangan bersama bukan nak isteri faham diam-diam tak sihat.









  • bila suami terlebih dahulu membeli pakaian anak tanpa permintaan isteri wow bahagianya isteri anda kerana dia tahu anda juga teruja membina keluarga ini,keterujaan yang tercipta dalam hubungan selalu bahagia.positif aura di dalam hubungan itu membina keluarga positif anak-anak bijak semula jadi.



  • membuang sampah tanpa disuruh sudah memberi rasa pada isteri anda bahawa hati anda dan fikiran sentiasa bersama keluarga di mana anda mementingkan keluarga dahulu.tanpa anda tahu isteri tersenyum senang.



  • melakukan aktiviti keluarga bersama seperti merancang keluar bersama keluarga ke tempat peranginan mahupun ke pusat beli belah,memancing bersama,hiking bersama,melakukan aktiviti riadah bersama tanpa permintaan isteri atau menunggu isteri merancang dan memberi idea.perbuatan ini sudah cukup mencipta kasih di dalam keluarga sama-sama refresh fikiran,isteri pun semakin hormat dan segan pada anda because you are on the lead.and she can count on you. tak lah isteri tergamak mengeluarkan kata kesat pada anda sebap anda sudah mendahului semua.



  • isteri sudah sibuk mengurus rumah dan anak sekejap nak masak sekejap nak mandi sekejap menyapu sekejap teman anak buat kerja sekolah sekejap nak cari remote tv haa dan berbagai lagi nak gaduh dengan jiran lagi haha dan bila suami sekali sekala cuci tandas woww sifat semula jadi lembut wanita itu sentiasa terjaga sebab taman dalam hati selalu di siram ceewahhh...


*bila isteri selalu rasa terbiar,keseorangan she will develope a new character to defense herself,kunci keluarga bahagia ISTERI.
*bukan semua muncul secara semula jadi semuanya harus dicipta dicari itula guna otak kan hihi..begitu juga menjadi ibu bapa fahami maksud ibu bapa /isteri suami
bahagia pasti ada kecuali kau memang asshole jerk tak makan saman itu memang ada limitla kn faham2 la korang lantak hadam sendiri dalam hubungan pun kena be creative cipta cinta wakakka...

Sunday, 22 March 2020

MENGATASI TELINGA TERSUMBAT AIR SEMINGGU

TIPS CARIAN GOOGLE TIDAK BERJAYA MENGHILANGKAN TELINGA SUMBAT MASUK AIR


12hb/03 telinga masuk air waktu mandi,Selesai mandi telinga Kanan terasa air itu masih tersekat Di dalam telinga Sy pun cuba pakai cotton bud dengan harapan air tu diserap dengan cotton bud itu,namun tidak menunjukkan perubahan..


perasaan tak Selesa itu tuhan sahaja yang tahu saya pun pujuk diri “nanti air itu akan keluar dengan sendiri give it a time” bukanya ini pertama kali merasa,Sebelum ini pernah juga merasa kan air masuk telinga Dan ia baik dengan sendiri.cuma sudah terlalu lama sudah tidak berlaku dan saya hampir lupa pengalaman itu.

Dan saya memberi waktu selepas 14hari kalau masih belum ada perubahan saya akan berjumpa doktor,memandangkan saat ini virus corona mengganas ketakutan berkunjung ke klinik itu menakutkan.

Hari ke3 masih tidak ada perubahan,
saya siap google/YouTube mencari tips Dan mencuba segalanya dengan harapan air yang terperangkap itu akan mengalir keluar.

berikut  adalah Antara cara yang saya cuba  untuk menghilangkan air yang terperangkap dalam telinga.



1-basahkn kain suam Dan tekapkan ke telinga yang bermasaalah 
2-tutup hidung Dan hembus nafas melalui hidung 
3-menguap /mengunyah 
4-ubat titis telinga 
5-hempas kepala pada bantal bahagian telinga yang bermasaalah 
6-cucuk telinga dengan rambut 
7-masuk kan air balik pada telinga yang tersumbat 
8-tidur pada sisi telinga yang tersumbat dengan bantuan graviti air yang terperangkap akan keluar.
9-cubaan menarik cuping telinga berkali-kali dan mengurut belakang telinga.
10-cubaan memyedut sendiri mengunakan penyedut nasal congestion untuk bayi itu.

SEMUA TIDAK BERKESAN !

Hari ke 4 saya mencuba ubat titis herba namun tidak menunjukkan perubahan.Lagi terasa sumbat adalah.

Hari ke 5 berlalu kini telinga sebelah kiri pula terasa tersumbat Dan tidak selesa sehingga tahap volume suara sendiri pun saya tak dapat menilai.

Hari ke 6 Tahap kesabaran beransur hilang saya menjadi seorang yang cepat marah pada setiap perkara.kini telinga kiri seaman-akan tersumbat sekali tahap pendengaran saya juga menurun .

Hari ke 7 kedua telinga saya tersumbat seakan-akan ada sesuatu benda yang besar Di dalam telinga dan saya mencuba ubat titis telinga yang diberi dari farmasi namun tidak juga menunjukkan perubahan.

hari ke 8 masih berharap ubat titis dari farmasi itu membuahkan hasil l,saat ini emosi  mudah marah mula tidak terkawal sekejap melenting pada perkara kecil,kedua telinga kini tersumbat sehingga saya pun sukar mengenal telinga mana yang tersumbat lebih hihihi..

Hari ke 9 jam 1pm saya memutuskan untuk melawat klinik berdekatan rumah (taman cheras segar ) klinik mediviron  Dan berdoa Di dalam hati dijauhkan dari virus korona saat mengunjungi klinik.

Doc mendapati ada kesumbatan Di telinga kanan saya and I didn’t bother to ask apa yang membuat ya tersumbat memandangkan saya sudah memberitahu doc telinga masuk air.dan doc juga ada bertanya sudah berapa lama berlaku dan adakah saya ada demam,,dan adakah saya ada mengambil ubat menangani masaalah ini.sesudah itu doc menyuruh sebentar untur proses penyedutan,

perghhh lega dan syukur kerana saat itu juga boleh sedut tak sabar nak hilangkan rasa tersumbat di telinga.kerana mengikut pengalaman orang lain kena tunggu 2hari/5hari sebab kena titiskan ubat dulu untuk melembutkan apa-apa bendasing dalam telinga itu,mungkin sebab saya sudah mencuba dengan ubat titis sebelum ini agaknya itu sebab saya terus boleh buat sedutan barangkali.

Dan saya juga gembira dalam hati klinik yang saya kunjungi ada servis menyedut kesumbatan telinga tidakla saya bersusah payah mencari klinik lagi kerana bukan semua klinik ada servis ini.

kelihatan tube putih sebesar jari kelingking digunakan untuk penyedutan, bunyi bising mesin menyedut alaa macam vacuum laa hihihi ketika penyedutan dilakukan telinga kanan terasa ada sesuatu yang besar tersedut keluar Dan gatal,telinga kanan pula hanya sedikit bendasing terasa disedut dan sedikit gatal akhirnya di mana sesudahnya itu terasa aman pula angin yang menyedut itu hihi..sesudah proses penyedutan selesai doc bertanya "bagaimana sudah selesa"saya pun membalas "ya sudah selesa terasa seperti ada tersumbat dalam telinga sudah hilang".namun terasa selesa seperti normal itu belum lagi maklumkan sudah berlaku keradangan di dalam/

selesai sedut doc memberi tahu jangan cucuk telinga lagi terdapat banyak luka Di dalam telinga anda sudah Dan Di gegendang telinga kiri anda ada kesan calar kelihatan garisan bentuk C kelihatan kerak hitam sedang dalam proses pulih,kanan pula banyak kesan calar luka namun semua tidak teruk,Dan doc menyarankan ketika mandi pakai ear plugs untuk melindungi dari kemasukan air,serta 2 minggu selepas saya harus berjumpa doc balik untuk pemeriksaan keadaan telinga..Doc memberi saya ubat titis telinga untuk bakteria Dan fungus..antibiotik dan inflammation tablet.

semua total RM115 sahaja
telinga ada bakteria dan fungus ubat titis ini disarankan doktor membantu

9 hari menahan telinga tersumbat air sebelum berjumpa doktor

saya suka doctor ini Dr.mathews so down to earth suka senyum and friendly biar banyak pesakit di luar menunggu doctor ini tidak menunjukkan sikap essentric dan kasar thank god..klinik ini juga ada suntikan untuk travel vaccine dan macam-macam lagi.

Klinik Mediviron Taman Segar
4, Jln Manis 4,
Taman Segar, Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Dr. Mathews A/L Somasundram
Tel : 03-9133 8066
24 hours daily including Sundays and Public Holidays
(Ultrasound & ECG available)


Friday, 6 March 2020

pengalaman seram bertemu roh si mati sebelum Di kubur

Hari isnin adalah hari yang sangat tidak aku berkenan,kepenatan bermain setiap hujung minggu mengunjungi terasa belum berlalu,bunyi ayam berkokok sudah pun kedengaran menandakan hari sudah siang waktu untuk bangkit dari tidur dan bersiap ke sekolah.

Jam di dinding ruang tamu rumahku menunjukkan jam6 pagi.aku segera bangkit sambil mengesat  mata lalu terus ke beranda rumah menghirup udara segar sambil berpeluk tubuh menahan sejuk udara kampungku.lalu aku mengalihkan perhatian ku ke rumah jiranku selang sebuah rumah,kelihatan beberapa orang Di luar rumah berjaga sambil bermain daun terup.kebiasaanya Di kampungku aktiviti bermain terup biasa dilakukan ketika berlaku kematian memandangkan adat Di kampungku menyimpan badan si mati selama 3 hari di rumah sebelum dikuburkan.Dan semestinya Di dalam rumah yang adanya  berlaku kematian tidAk boleh semua terlelap,dan hari ini merupakan hari ketiga si mati Dan akan dikuburkan pukul 1tengahari.

Aku hilang dalam khayalanku sendiri ketika itu,sesudah itu aku dikejutkan dengan suara teriakan ibu dari dapur memanggil namaku untuk mandi pagi.

Aku Dan adikku  masing-masing sibuk mengenakan pakaian sekolah rendah kami yang memakan waktu 10minit berjalan kaki,ibu pula sibuk Di dapur menyediakan sarapan Dan bekalan ke sekolah,manakala ayah pula sudah  ke kebun tadi subuh untuk menoreh getah.

Entah  mengapa hari itu aku sangat tidak bersemangat ke sekolah aku sering teringat jika aku ke sekolah aku tidak akan sempat menghadiri pengebumian atok jiranku atau Menatap wajahnya kali terakhir sebelum kerandanya ditutup sebelum bertolak ke tanah perkuburan.Di benak fikiranku terdetik untuk ponteng sekolah si hati pula menambah keyakinanku untuk ponteng sekolah,ku suarakan niat itu kepada adik lelakiku berumur 10tahun Dan aku pula Bakal menghadapi ujian penilian menengah rendah tahun ini.

Selesai menjamah sarapan nasi goreng telur Jam7.40 pagi kedengaran riuh suara Kanak-Kanak melintas Di hadapan rumah untuk ke sekolah dan ibu segera mengarahkan kami untuk bertolak juga.

Aku Dan adikku bertolak dengan Kanak-Kanak yang lain 5min  sebelum sampai ke perkarangan sekolah aku dan adik memperlahankan langkah agar terbelakang dari Kanak-Kanak yang lain lalu segera berlari menuju ke arah belukar di tepi jalan,

Aku dan adik memilih bersembunyi di bawah pokok nangka yang redup dikelilingi rumput dan cempaka dan lalang yang tumbuh subur  memanjang.

Kedengaran loceng sekolah pertama berbunyi menandakan waktu perhimpunan pagi bermula Dan nyanyian lagu kebangsaan sekolah ku berkumandang sedikit kesal Timbul Di hati.2 jam berlalu kedengaran loceng kedua berbunyi menandakan waktu rehat 30minit untuk makan sesudah itu loceng kedengaran lagi waktu rehat sudah pun tamat.

kedengaran dari jauh suara kecil cikgu mengajar,perasaan rindu berada di dalam kelas terbayang,perasaan kesal menyelubungi diri.Aku dan adik sekejap berdiri sekejap duduk setiap kali kedengaran enjin kenderaan datang dan berlalu,masa dihabiskan dengan bercerita,bermain tanah dan bermain rumput.

Terasa panas matahari mula membahang namun angin sepoi-sepoi yang memukul lalang dan dedaunan pokok nangka kedengaran berbisik-bisik ditampar angin yang memberi rasa suasana sejuk.Hati berkata waktu sudah hampir  pukul 12 tengahari.
anjng kedengaran seperti menangis dan meraung

Tiba-tiba kedengaran  anjing menyalak meraung tidak berhenti


Dan dari jauh kedengaran enjin kenderaan berserta bunyi alunan rentak gong yang hanya dimainkan ketika berlakunya kematian.
gong ini bukan sahaja dimainkan saat keramaian namun pada saat kematian juga
Aku Dan adik secara sembunyi mencuba melihat ke jalan raya disebalik pokok cempaka Dan lalang,kelihatan bas bertulis “undertaker”van jenazah dan sebuah hilux memuatkan pengalun rentak gong.kedua kenderaan itu menuju ke perkampungan Dan tentu sahaja ke rumah jiranku menandakan acara pengebumian bakal dilakukan.
  dan sebuah hilux memuatkan pemain gong khas,kumpulan kenderaan itu menuju ke perkampungan Dan tentu sahaja ke rumah jiranku untuk bersedia acara pengebumian akan dilakukan.
keadaan jalan tanah liat dan berbukit hilux ini sangat membantu membawa keranda arwah

Sesudah kenderaan itu berlalu kawasan belukar persembunyian aku Dan adik begitu juga bunyi anjing menyalak meraung beransur hilang 

Tiba-tiba angin bertiup sangat kencang hembusan angin yang menyentuh kulit terasa sejuknya,
kedengaran seperti orang sedang berbual berdekatan,dan sedang berjalan menghampiri tepat ke arah persembunyian aku dan adik.

Bunyi ranting kayu dan daun kering yang dipijak jelas kedengaran menguatkan firasatku seseorang sedang menuju ke arah kami.secara spontan aku dan adik berpegangan tangan dan aku mengarahkan adik menundukkan badan sambil duduk bersila di ikuti memenjamkan mata menghadap tanah.

ketika itu di dalam hatiku berkata aku akan menerima segala kemungkinan siapa pun dia yang melihat kami ponteng sekolah,aku akan menerima segala kecaman dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.
Di benak fikiran sudah terbayang hayunan rotan sebesar ibu jari tidak pun libasan tali pinggang yang hinggap di badan dari orang tuaku menanti
Jantung berdegup kencang serta perasaan perut yang terasa tidak selesa mengikuti. 

Setelah beberapa saat berlalu aku pasti orang itu telah melihat kami,namun hati bertanya mengapa orang itu tidak bersuara mahupun berteriak selepas melihat kami seperti yang aku jangkakan. kerana terasa orang itu terasa sudah berdiri di hadapan kami.

Pokok-pokok lalang dan cempaka  menari ke kiri Dan kanan dek di hembus angin meniup kencang aku pun dengan berani perlahan-lahan mengangkat  wajah dari merenung tanah untuk melihat ke hadapan untuk memastikan suasana.

Aku tertumpu pada satu gumpalan  cahaya putih bersinar

Dan saya mendongak kepala lebih tinggi dan kelihatan seseorang memakai topi.Dan saya turunkan anak mata ke bawah meneliti siapakah gerangan orang itu yang tidak bersuara setelah melihat kami.
fashion kegemaran arwah atok saat dahulu tinggal kenangan


Dia memakai baju coffee cair Bergaris-garis kotak-kotak,seluar panjang chocolate brown,kasut mahupun anggota badanya tidak kelihatan hanya pakaiannya sahaja terserlah.Dan ternyata di hadapan kami itu seorang lelaki.

Memandangkan tempat persembunyian kami itu terdapat batu-batu besar dan permukaan sedikit berbukit dia seakan-akan berdiri di atas batu kerana lelaki itu kelihatan tinggi seperti terapung sehingga aku harus mendongak mengamati tubuh itu,atau pun kerana permukaan tanah yang sedikit berbukit aku tidak berapa pasti.

Aku seperti sangat mengenal bentuk tubuh badan itu dan fesyen pakaian yang dikenakan.Benak fikiranku melontarkan soalan kenapa wajahnya tidak kelihatan bahkan leher dan pergelangan tanganya juga tidak kelihatan,tiba-tiba otak ku cergas dari yang biasa aku segera sedar siapakah empunya tubuh badan itu.
ia adalah si mati sebelah rumahku!

secara spontan aku mengengamkan erat tangan adikku dan berpaling kepadanya adikku seakan-akan dapat membaca fikiranku tanpa aku menjelaskan dia membalas reaksi yang sama hanya mata kami berdua mampu berkata-kata sebentar.lalu saya mengarahkan adik aku tunduk semula,dalam waktu yang sama aku teringat pesan cikguku kalau nampak hantu bacakan doa buat mereka sesungguhnya mereka memerlukan doa dari kita terngiang-ngiang di telingaku.lalu aku memerintahkan adikku membaca doa bersama aku sambil memejamkan mata.

Setelah beberapa minit berlalu aku beranikan diri membuka mata Melihat kembali di tempat penampakan tadi kalau-kalau saya terlepas pandang manusia sebenar.namun hampa tiada sesiapa di sana.

Loceng ketiga pun berbunyi menandakan tamat persekolahan dalam hati berkata moga tidak ada kanak-kanak sekampung denganku datang ke rumahku memberitahu orang tuaku aku Dan adik ponteng sekolah hari itu.

Setelah kelihatan kelibat kanak-kanak pulang sekolah menuju ke perkampunganku.aku Dan adik segera keluar dari persembunyian dan berarak seperti baru pulang dari sekolah berselamba.

Melintas perkarangan rumah jiranku kelihatan sudah banyak orang berkumpul aku segera berlari pulang ke rumah sepantas yang mungkin lalu menukar pakaian,ketika itu tidak ada sesiapa di rumah aku merasa lega sebentar dari memikirkan perasaan risau bertembung mata dengan ibu.

Aku datang tepat pada waktunya sesi penghormatan terakhir buat si mati sudah hampir ke penghujung perasaan syukur menyelubungi diri.
sebelum arwah dikebumikan penghormatan terakhir mengiringi


Kelihatan keranda arwah dikelilingi orang Di mana saudara bahkan tetamu yang hadir mengambil peluang menyentuh,memegang tangan arwah Serta membelai  kepala arwah mengikut giliran.tatkala itu kedengaran juga seseorang memberitahu berkali-kali air mata jangan ada yang tertitis di dalam keranda.

Akhirnya giliranku tiba alangkah terkejutnya! aku melihat tubuh arwah kerana apa yang dipakaikan kepada arwah saat itu adalah pakaian yang sama aku saksikan sebentar tadi.benarlah Telaan ku bahawa aku sebenarnya melihat roh arwah pagi tadi.

Namun aku diamkan sahaja pendam di dalam hati kerana aku tidak ingin orang tahu kesalahanku.lagi pula aku pasti jika aku suarakan sudah tentu mereka bertanya di mana,jam berapa.

Dan mana mungkin mereka percaya cerita dari seorang budak kecil.Aku memilih menyimpan rahsia pertemuan aku dan arwah bahkan hingga kini di mana ahli keluarga beliau tiada yang mengetahui pengalaman aku ini.

sebelum pukul satu petang arwah selamat dikebumikan dan aku sempat mengikuti pengebumian arwah.semuanya berjalan lancar.

kebimbanganku akan hari esok pula menambah beban hatiku di mana aku terus memikirkan cikgu-cikgu yang bertanya soalan mengapa saya absence semalam.

percaya atau tidak cikgu-cikgu tiada yang mengajukan soalan seperti tiada yang berlaku..namun saya percaya mereka mengetahui adanya berlaku kematian di kampungku saat itu dan mereka tahu jawapannya.
Dan tentang kesalahan aku dan adikku ponteng sekolah hari itu orang tuaku tidak mengetahui sampai sekarang.




*****sudah berkali-kali niat hati hendak menulis tentang pengalaman ini bermacam distraction dihadapi
*****dalam usaha menyiapkan penulisan ini berbagai rintangan berlaku terpadam tulis terpadam tulis
*****hari terakhir penulisan yang hampir siap(4am) kedengaran seseorang di dapur sibuk,bunyi pintu kabinet ditutup sesuatu memukul dinding
*****sesungguhnya  pengalaman ku bersua dengan paranormal bukan berakhir di sini sila klik blog saya untuk membaca