Saturday, 24 March 2018

Dua minggu pertama selepas MENJADI IBU yang harus dijangkakan

2minggu pertama saya menjadi ibu (4/11-20/11)
syukur bayi saya tidak mempunyai kuning teruk sehingga  sampel darah perlu diambil, di mana kedua orang tuanya orang tuanya berdarah O dan bayi juga berdarah O doktor bayi saya juga ikut terkejut hihihi...


This is my experience hope you all enjoy reading it...

Selepas menjadi ibu perasaan dan pola berfikir itu automatik berlainan..
saat ini mental masih terkejut dengan tanggungjawab yang baharu dimana ia harus dilaksanakan tanpa alasan.anda haruslah tabah menghadapi perubahan ini selalu berfikir positif serta bersyukur amat saya sarankan.

sesungguhnya perubahan yang paling ketara adalah waktu tidur,kerana setiap jam anda harus menyusukan bayi anda.
Dan secara automatik anda sukar untuk tidur dan anda lebih rela berjaga lebih dek kerana memikirkan bayi anda mungkin mengalami kesukaran bernafas,bayi terhimpit oleh kita ke,bayi tergolek jatuh ke saat anda tidur dan bermacam-macam lagi hahaha

jika anda hidup di perantauan di kota besar sudah pastinya normal jika anda berpantang sendirian sedikit sebanyak menjadikan saat baru ini sungguh menguji akal dan emosi di mana kekuatan mental saat ini sangat lah penting.saya bangga dengan diri ini kerana sememangnya saya sudah bersedia dari fizikal dan mental dan mengumpulkan ilmu menjadi ibu baharu dan saya dapati saya mudah melalui saat itu.

 perasaan sedikit berkecamuk kerana anda seperti terasa terkejar-kejar melakukan sesuatu kerja seperti waktu bayi mandi,waktu anda mandi,waktu anda masak,waktu bayi menyusu waktu anda makan..semua kena lakukan tepat pada waktunya,dan terasa seperti anda terikat dengan rutin sehingga anda tidak ada masa memikirkan menyikat rambut mahu pun memakai toner.anda lupa sepenuhnya penjagaan muka kerana sudah terlalu letih di mana saat itu yang paling anda rindukan tidur nyenyak dengan fikiran yang lapang(mungkin berpantang dengan adanya ahli keluarga lain anda mempunyai waktu)

anda pasti akan terjaga setiap 30minit atau sejam bergantung pada bayi semua bayi berlainan namun bayi saya harus menyusu setiap 30min/sejam di awal bulan pertama.disebabkan bayi menyusu anda cepat lapar dan haus itu sebabnya kadang ada ibu selepas melahirkan ada yang bertukar saiz seperti gajah hihihi...sementara itu kena bersabar menahan perasaan tidak selesa di tempat jahitan, turun naik katil saat ini sangat mencabar apatah lagi mengensot .(,syukur 2minggu sahaja jahitan dah luruh)😩😩😩😩😩😢

 dalam waktu yang sama saat ini saya juga selalu sesat dalam pemikiran sendiri dan mengajukan soalan yang sama pada diri untuk menyakinkan bahawa "betul ke saya sudah merasa melahirkan dan saya sudah mempunyai anak" hahaha...syukur tak meroyan  biarpun pantang sendiri.biar ada juga mengalami bengkak susu di minggu pertama sampai urat bawa ketiak membengkak sama.

 dan yang kelakarnya juga saat ini perasaan tak nak berjauhan dengan si suami tercintaa di mana setiap kali dia keluar bekerja saya akan rasa sangatttt tak selamat,tidak diberi perhatian dan paling tak masuk akal tu perasaan nak menangis nangiss tau tak perasaan pendam nangis tu saat kita terharu lebih kurang mcm tu la rasanya.

baby selepas sebulan baru betul mandi air sebelum ini mandikan dia main lap kain bahasa sahaja kalau ikutkan saya memang saya akan mandikan beul dengan air suam tapi si encik suami marah katanya baby masih kecil just imagine (baby nangis lapar pun dia gelabah ajak pergi hospital) SYUKUR SANGAT2 BABY TIADA KUNING doc pun hairan sebab baby berdarah O+ so tinggi chance kena parents baby pun O (bapa O-mama O+)and doc tanya bagi susu formula ke cause kalau full bf mmg kena kuning (kita bagi susu NOVALAC GOLD tu dan masa mengandung minum susu friso gold mum untuk elak kuning.

makan bubur sahaja sepanjang 2minggu itupun bubur McD berserah pada tuhan sajalah jaga kita

keadaan bilik rumah mula bersepah sedikit sebab si ibu curi waktu tidur dan berehat , letih badan sesudah melahirkan itu sungguh berlainan rasanya namun nikmat tiada kata dapat membayangkannya.(tahan saja satu bulan hadap tandas tak berberus,peti ais mcm tong sampah takde msa nak kemas membuang mana tak perlu,rumah tak bersapu,lebih banyak waku di bilik dari ruang tamu sampi ruang tamu pun menangis rindu kita hahaha...

tak ada masa dah sangat telefon di tangan sekarang (mana taknya baby tak boleh tidur kalau mummy tak buai dengan tangan.)

mandi hanya waktu siang dengan air suam serta tidak basuh rambut selama 44hari beb!!selamat takde kena sakit kepala ke migrain ke syukur namun dek kerana selalu sangat basuh tangan nak cuci botol baby(baby x suka sangat kita dia lagi suka puting botol sebab kita tiada) adalah terasa sakit sikit bahu dan belakang  namun masih terkawal.


3minggu berlalu baru rasa ok sikit bila si encik suami keluar kerja. and I keep telling my mind its ok we need work to live.besar sangat kuasa tuhan setiap kali perasaan mendalam timbul saat merenung baby lagi nyenyak tidur terasa sakit d buah dada kata mereka (perasaan itu melancarkan pemprosesan air susu)indah bukan.tapi ku akui saat ini perasaan sedikit terganggu kerana berbagai soalan di benak fikiran


-"
adakah saya mampu menjadi ibu yang baik",
-"adakah saya mampu membesarkan bayi ini",
-apakah yang akan berlaku pada anakku saat aku tiada",
-apakah yang akan terjadi 2tahun selepas ini","
-apakah akan berlaku saat bayi jatuh sakit apakah yang akan aku lakukan",
-''bagaimana saya merawat bayi saya saat dia sakit ''
-"apakah cara saya mengurus bayi membuat dia sakit''.




-MENJADI IBU MEMBUAT ANDA SEDAR ANDA BOLEH MELAKUKAN HAMPIR SEMUA BENDA DENGAN SATU TANGAN SAHAJA.

-HAMPIR SETIAP HARI ANDA BEFIKIRAN YANG SAMA DI MANA SAAT BAYI TIDUR ADALAH SAAT PALING AMAN DAN RELAX.