Hari isnin adalah hari yang sangat tidak aku berkenan,kepenatan bermain setiap hujung minggu mengunjungi terasa belum berlalu,bunyi ayam berkokok sudah pun kedengaran menandakan hari sudah siang waktu untuk bangkit dari tidur dan bersiap ke sekolah.
percaya atau tidak cikgu-cikgu tiada yang mengajukan soalan seperti tiada yang berlaku..namun saya percaya mereka mengetahui adanya berlaku kematian di kampungku saat itu dan mereka tahu jawapannya.
Dan tentang kesalahan aku dan adikku ponteng sekolah hari itu orang tuaku tidak mengetahui sampai sekarang.
*****sudah berkali-kali niat hati hendak menulis tentang pengalaman ini bermacam distraction dihadapi
*****dalam usaha menyiapkan penulisan ini berbagai rintangan berlaku terpadam tulis terpadam tulis
Jam di dinding ruang tamu rumahku menunjukkan jam6 pagi.aku segera bangkit sambil mengesat mata lalu terus ke beranda rumah menghirup udara segar sambil berpeluk tubuh menahan sejuk udara kampungku.lalu aku mengalihkan perhatian ku ke rumah jiranku selang sebuah rumah,kelihatan beberapa orang Di luar rumah berjaga sambil bermain daun terup.kebiasaanya Di kampungku aktiviti bermain terup biasa dilakukan ketika berlaku kematian memandangkan adat Di kampungku menyimpan badan si mati selama 3 hari di rumah sebelum dikuburkan.Dan semestinya Di dalam rumah yang adanya berlaku kematian tidAk boleh semua terlelap,dan hari ini merupakan hari ketiga si mati Dan akan dikuburkan pukul 1tengahari.
Aku hilang dalam khayalanku sendiri ketika itu,sesudah itu aku dikejutkan dengan suara teriakan ibu dari dapur memanggil namaku untuk mandi pagi.
Aku Dan adikku masing-masing sibuk mengenakan pakaian sekolah rendah kami yang memakan waktu 10minit berjalan kaki,ibu pula sibuk Di dapur menyediakan sarapan Dan bekalan ke sekolah,manakala ayah pula sudah ke kebun tadi subuh untuk menoreh getah.
Entah mengapa hari itu aku sangat tidak bersemangat ke sekolah aku sering teringat jika aku ke sekolah aku tidak akan sempat menghadiri pengebumian atok jiranku atau Menatap wajahnya kali terakhir sebelum kerandanya ditutup sebelum bertolak ke tanah perkuburan.Di benak fikiranku terdetik untuk ponteng sekolah si hati pula menambah keyakinanku untuk ponteng sekolah,ku suarakan niat itu kepada adik lelakiku berumur 10tahun Dan aku pula Bakal menghadapi ujian penilian menengah rendah tahun ini.
Selesai menjamah sarapan nasi goreng telur Jam7.40 pagi kedengaran riuh suara Kanak-Kanak melintas Di hadapan rumah untuk ke sekolah dan ibu segera mengarahkan kami untuk bertolak juga.
Aku Dan adikku bertolak dengan Kanak-Kanak yang lain 5min sebelum sampai ke perkarangan sekolah aku dan adik memperlahankan langkah agar terbelakang dari Kanak-Kanak yang lain lalu segera berlari menuju ke arah belukar di tepi jalan,
Aku dan adik memilih bersembunyi di bawah pokok nangka yang redup dikelilingi rumput dan cempaka dan lalang yang tumbuh subur memanjang.
Aku dan adik memilih bersembunyi di bawah pokok nangka yang redup dikelilingi rumput dan cempaka dan lalang yang tumbuh subur memanjang.
Kedengaran loceng sekolah pertama berbunyi menandakan waktu perhimpunan pagi bermula Dan nyanyian lagu kebangsaan sekolah ku berkumandang sedikit kesal Timbul Di hati.2 jam berlalu kedengaran loceng kedua berbunyi menandakan waktu rehat 30minit untuk makan sesudah itu loceng kedengaran lagi waktu rehat sudah pun tamat.
kedengaran dari jauh suara kecil cikgu mengajar,perasaan rindu berada di dalam kelas terbayang,perasaan kesal menyelubungi diri.Aku dan adik sekejap berdiri sekejap duduk setiap kali kedengaran enjin kenderaan datang dan berlalu,masa dihabiskan dengan bercerita,bermain tanah dan bermain rumput.
Terasa panas matahari mula membahang namun angin sepoi-sepoi yang memukul lalang dan dedaunan pokok nangka kedengaran berbisik-bisik ditampar angin yang memberi rasa suasana sejuk.Hati berkata waktu sudah hampir pukul 12 tengahari.
Tiba-tiba kedengaran anjing menyalak meraung tidak berhenti
Dan dari jauh kedengaran enjin kenderaan berserta bunyi alunan rentak gong yang hanya dimainkan ketika berlakunya kematian.
Aku Dan adik secara sembunyi mencuba melihat ke jalan raya disebalik pokok cempaka Dan lalang,kelihatan bas bertulis “undertaker”van jenazah dan sebuah hilux memuatkan pengalun rentak gong.kedua kenderaan itu menuju ke perkampungan Dan tentu sahaja ke rumah jiranku menandakan acara pengebumian bakal dilakukan.

dan sebuah hilux memuatkan pemain gong khas,kumpulan kenderaan itu menuju ke perkampungan Dan tentu sahaja ke rumah jiranku untuk bersedia acara pengebumian akan dilakukan.
Sesudah kenderaan itu berlalu kawasan belukar persembunyian aku Dan adik begitu juga bunyi anjing menyalak meraung beransur hilang
Tiba-tiba angin bertiup sangat kencang hembusan angin yang menyentuh kulit terasa sejuknya,
kedengaran seperti orang sedang berbual berdekatan,dan sedang berjalan menghampiri tepat ke arah persembunyian aku dan adik.
Bunyi ranting kayu dan daun kering yang dipijak jelas kedengaran menguatkan firasatku seseorang sedang menuju ke arah kami.secara spontan aku dan adik berpegangan tangan dan aku mengarahkan adik menundukkan badan sambil duduk bersila di ikuti memenjamkan mata menghadap tanah.
ketika itu di dalam hatiku berkata aku akan menerima segala kemungkinan siapa pun dia yang melihat kami ponteng sekolah,aku akan menerima segala kecaman dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.
Di benak fikiran sudah terbayang hayunan rotan sebesar ibu jari tidak pun libasan tali pinggang yang hinggap di badan dari orang tuaku menanti
Jantung berdegup kencang serta perasaan perut yang terasa tidak selesa mengikuti.

Setelah beberapa saat berlalu aku pasti orang itu telah melihat kami,namun hati bertanya mengapa orang itu tidak bersuara mahupun berteriak selepas melihat kami seperti yang aku jangkakan. kerana terasa orang itu terasa sudah berdiri di hadapan kami.
Pokok-pokok lalang dan cempaka menari ke kiri Dan kanan dek di hembus angin meniup kencang aku pun dengan berani perlahan-lahan mengangkat wajah dari merenung tanah untuk melihat ke hadapan untuk memastikan suasana.
Aku tertumpu pada satu gumpalan cahaya putih bersinar
Dan saya mendongak kepala lebih tinggi dan kelihatan seseorang memakai topi.Dan saya turunkan anak mata ke bawah meneliti siapakah gerangan orang itu yang tidak bersuara setelah melihat kami.
Dia memakai baju coffee cair Bergaris-garis kotak-kotak,seluar panjang chocolate brown,kasut mahupun anggota badanya tidak kelihatan hanya pakaiannya sahaja terserlah.Dan ternyata di hadapan kami itu seorang lelaki.
Memandangkan tempat persembunyian kami itu terdapat batu-batu besar dan permukaan sedikit berbukit dia seakan-akan berdiri di atas batu kerana lelaki itu kelihatan tinggi seperti terapung sehingga aku harus mendongak mengamati tubuh itu,atau pun kerana permukaan tanah yang sedikit berbukit aku tidak berapa pasti.

Aku seperti sangat mengenal bentuk tubuh badan itu dan fesyen pakaian yang dikenakan.Benak fikiranku melontarkan soalan kenapa wajahnya tidak kelihatan bahkan leher dan pergelangan tanganya juga tidak kelihatan,tiba-tiba otak ku cergas dari yang biasa aku segera sedar siapakah empunya tubuh badan itu.
ia adalah si mati sebelah rumahku!
secara spontan aku mengengamkan erat tangan adikku dan berpaling kepadanya adikku seakan-akan dapat membaca fikiranku tanpa aku menjelaskan dia membalas reaksi yang sama hanya mata kami berdua mampu berkata-kata sebentar.lalu saya mengarahkan adik aku tunduk semula,dalam waktu yang sama aku teringat pesan cikguku kalau nampak hantu bacakan doa buat mereka sesungguhnya mereka memerlukan doa dari kita terngiang-ngiang di telingaku.lalu aku memerintahkan adikku membaca doa bersama aku sambil memejamkan mata.
Setelah beberapa minit berlalu aku beranikan diri membuka mata Melihat kembali di tempat penampakan tadi kalau-kalau saya terlepas pandang manusia sebenar.namun hampa tiada sesiapa di sana.
Loceng ketiga pun berbunyi menandakan tamat persekolahan dalam hati berkata moga tidak ada kanak-kanak sekampung denganku datang ke rumahku memberitahu orang tuaku aku Dan adik ponteng sekolah hari itu.
Setelah kelihatan kelibat kanak-kanak pulang sekolah menuju ke perkampunganku.aku Dan adik segera keluar dari persembunyian dan berarak seperti baru pulang dari sekolah berselamba.
Melintas perkarangan rumah jiranku kelihatan sudah banyak orang berkumpul aku segera berlari pulang ke rumah sepantas yang mungkin lalu menukar pakaian,ketika itu tidak ada sesiapa di rumah aku merasa lega sebentar dari memikirkan perasaan risau bertembung mata dengan ibu.
Aku datang tepat pada waktunya sesi penghormatan terakhir buat si mati sudah hampir ke penghujung perasaan syukur menyelubungi diri.
Aku datang tepat pada waktunya sesi penghormatan terakhir buat si mati sudah hampir ke penghujung perasaan syukur menyelubungi diri.
Kelihatan keranda arwah dikelilingi orang Di mana saudara bahkan tetamu yang hadir mengambil peluang menyentuh,memegang tangan arwah Serta membelai kepala arwah mengikut giliran.tatkala itu kedengaran juga seseorang memberitahu berkali-kali air mata jangan ada yang tertitis di dalam keranda.
Akhirnya giliranku tiba alangkah terkejutnya! aku melihat tubuh arwah kerana apa yang dipakaikan kepada arwah saat itu adalah pakaian yang sama aku saksikan sebentar tadi.benarlah Telaan ku bahawa aku sebenarnya melihat roh arwah pagi tadi.
Namun aku diamkan sahaja pendam di dalam hati kerana aku tidak ingin orang tahu kesalahanku.lagi pula aku pasti jika aku suarakan sudah tentu mereka bertanya di mana,jam berapa.
Dan mana mungkin mereka percaya cerita dari seorang budak kecil.Aku memilih menyimpan rahsia pertemuan aku dan arwah bahkan hingga kini di mana ahli keluarga beliau tiada yang mengetahui pengalaman aku ini.

sebelum pukul satu petang arwah selamat dikebumikan dan aku sempat mengikuti pengebumian arwah.semuanya berjalan lancar.
kebimbanganku akan hari esok pula menambah beban hatiku di mana aku terus memikirkan cikgu-cikgu yang bertanya soalan mengapa saya absence semalam.
kebimbanganku akan hari esok pula menambah beban hatiku di mana aku terus memikirkan cikgu-cikgu yang bertanya soalan mengapa saya absence semalam.
percaya atau tidak cikgu-cikgu tiada yang mengajukan soalan seperti tiada yang berlaku..namun saya percaya mereka mengetahui adanya berlaku kematian di kampungku saat itu dan mereka tahu jawapannya.
Dan tentang kesalahan aku dan adikku ponteng sekolah hari itu orang tuaku tidak mengetahui sampai sekarang.
*****sudah berkali-kali niat hati hendak menulis tentang pengalaman ini bermacam distraction dihadapi
*****dalam usaha menyiapkan penulisan ini berbagai rintangan berlaku terpadam tulis terpadam tulis
*****hari terakhir penulisan yang hampir siap(4am) kedengaran seseorang di dapur sibuk,bunyi pintu kabinet ditutup sesuatu memukul dinding
*****sesungguhnya pengalaman ku bersua dengan paranormal bukan berakhir di sini sila klik blog saya untuk membaca
*****sesungguhnya pengalaman ku bersua dengan paranormal bukan berakhir di sini sila klik blog saya untuk membaca

No comments:
Post a Comment