hehehhe..ehhh ukir senyuman dulu baru urmm u allzs..(sambil usap2 perut comel kita)
setelah 6bulan mencuba akhirnya menjadii.... jadi ape hmm hmm nak ada bayi laa Haha
okla mula pot pet kita laa..dalam percubaan nak conceive itu kita biasa datang haid awal bulan dalam 4,5hari bulan g tu so setiap kali nak smpi bulan baru itu mesti dalam otak and hati berbisik "esok tarikh aku period rasa2 period tak,macam tak rasa kram perut je,macam tak rasa lapar@bad mood je,macam xnak demam je xde selsema"haha kerana itulah simtom kita sebelum datang haid.
bukan setakat itu sahaja perkara wajib kita mesti nak kena ada benda ni.rasa macam tiap bulan beli fulaweii macam mahu beli barang dapur sudah rasanya apalagi kalau bukan beli pregnancy kit ni la oii so maksudnya tiap bulan la saya check hmm..kata mereka(google).tak cukup google kita tengo you tube pulaa 2minggu sebelum period pun boleh cek da and seminggu selepas "bersama"pun da boleh jadi hahaha..sampai kita try method check pregnncy pakai COLGATE n BLEACH hasil campuran dengan urin kita tengo colour apa keluar eii memag gila la haha..katanya kalau warna colgate bertukar jadi kehijauan positif ler n kalau bleach tu berbuih banyak sangat mean positif juga kita try dua method ni dan hasil menunjukkan positif dan dengan berdebar bodoh kita ni kebetulan test pregnancy kit takde dengan encik hubby keluar kerja apalagi kita pun cepat2 book grab pergi mall beli and teruss balik rumah takdenya cuci2 mata beli tu je balik smpi rumah cek eehhh NEGATIF bahhh buyukkk!!
dan lagi satu bengong ni kalau boleh setiap hari tak kira siang malam baru bangun tido pun boleh google lagi feeling apa pregnant kononya "tanda hamil seminggu,tanda hamil sehari,tanda hamil 2minggu eeeiiii!!!buat saya stress la encik hubby pun satu taaauu!bila terlambat tarikh period sehari ke dua hari ke 3hari ke atau kita ngaduh sakit belakang,malas makan,nak minta makanan tu,kita tak suka inila mula la jadi doctor O&G "mungkin syg da pregnant kot" eiii harapan tu harapann!siap tanya juga tiap bulan sudah period belum.encik hubby pun siap ingat tarikh kita period ikut sama menghitung juga haisshh tak sangka.
dalam masa2 nak concieve ni kita faham sangat feeling mereka yang bertahun kahwin xde dapat anak,dan kesanggupan pasangan berhabis wang mencari alternatif untuk dapatkan anak.dimana nak memikirkan hati dan fikiran dua keluarga "tak mengandung lagi ke"boleh terngiang2 di benak fikiran ayat ini (tu la tengo drama banyak sangat cehh)...reality what.
dan bila saya period saya pasti akan laporkan pada encik hubby atau saya akan pesan encik hubby beli sanitary pad atau kebetulan shooping barang dapur beli sanitary pad sekali bap ini saya suka melihat reaksi wajah encik hubby dalam waktu yang sama haha..encik hubby akan cakap "its okay we spend full life together there's still time we try next month"dan dikucupnya dahi berjeragat kita hahaha..
hmm kita da tak gila lagi penat sakit hati stress asyik2 fokus cek pregnant ke tidak kita akhirnya mngambil keputusan ada2..banyakkan berdoa ikhlas,
hmm period kali ini sakit gila la bahagian bawah pusat tak pernah rasa sakit haid sebegini setiap kali benda tu nak keluar terasa nyeri sampi kita tak boleh bangun.waktu datang period tu saya terus baring dan terus terlelap pening..dan sebelum period tu kerap sakit dekat bahagian telur pempuan haha@fallopian tube sebelah kanan rasa tak selesa sangat apalagi saat haid tu.
dan saya hanya 2 hari sahaja period biar hari pertama period tu bersamaan 02febuari bukan main derass mengalir kecoklatan aaala jangan geli anda pun merasa kann..detail what kita sharing ni,sepanjang minggu tu saya asyik terkenang pngalaman tu d mana saya tak pernah merasa haid seperti itu hmm"hari ini 28feb lagi 4hari tarikh saya nak datang haid"bisik benak ku.
haishh gaduh lagi dalam hati bkan ke saya da berjnji xnak fikir hal ini jangan buat saya nak buat UPT LAGI.
dan saya berjaya juga melawan fikiran kehendak saya membuat UPT ..2hari lewat haid hmm encik hubby dan saya kali ini punya fikiran sama "lewat sikit kot kali ni"hmm encik hubby pun sebenarnya da byk kali kecewa spt kita.setelah seharian menahan diri dari tidak buat UPT akhirnya malam itu sebelum mandi saya teringin mahu cek juga!tapi kata mereka lagi tepat cek awal pagi air kencing pertama hmm tapii hati berbisik xpela cek sahaja kalau negatif ralat kot cek lagi awal pagi esok kan saya ada dua stik pregnancy test tu dan saya pun teruskan niat itu dalam nak tunggu result tu seperti biasa saya akan tutup mata 1minit hahaha hmm ada dua garis merah la tapi satu lagi tu tak terang sangat tapi bagi saya ahhh ini seharusnya POSITIF BAH haha dengan segera panggil encik hubby di ruang tamu rumah dan lansung menunjukkan stik itu (dalam hati bagaimana agaknya wajah dia dan apakah reaksinya kerana ini yang ditunggu2)
dan encik hubby kelihatan terkejut wajahnya merah padam matanya seperti kelihatn entah mcm brcampur2 perasaan d matanya macam malu mcam terkejut nk mnangis macam gugup entah macam2 haha..dan encik hubby terus ke ruang tamu selepas itu kerana kebetulan ada tetamunya dari india(alaa lagi dua minggu encik hubby birthday kot)...ingat kalau preggy kita nak tunggu encik hubby birthday n anounce tapiii takk tahann arghhh😠😳😡😡😡
dan encik hubby kelihatan terkejut wajahnya merah padam matanya seperti kelihatn entah mcm brcampur2 perasaan d matanya macam malu mcam terkejut nk mnangis macam gugup entah macam2 haha..dan encik hubby terus ke ruang tamu selepas itu kerana kebetulan ada tetamunya dari india(alaa lagi dua minggu encik hubby birthday kot)...ingat kalau preggy kita nak tunggu encik hubby birthday n anounce tapiii takk tahann arghhh😠😳😡😡😡
saya pun sambung mandi haha...hmm encik hubby x dpt tunjukkn reaction sgtt cause ada tetamu.

No comments:
Post a Comment