pengalaman terbaru yang dilalui dalam hidup ini kita nak berkongsi...buka syarikat ini memang knowledge cari sendiri la takdenya upah corporation di mana kita boleh bayar depa untuk kita tubuhkan company di mana mereka akan bimbing A TO Z g tuu,,..kita dapat ilmu sekerat kerat dari teman-teman dan online posting.pendekkan cerita saya nak kongsi pengalaman daftar kwsp sebagai majikan baru(2022)
sekarang 2022 tak paya appoinment pun boleh walk in da..
kita rancang nak register di kwsp cawangan kuala lumpur daftar majikan sdn bhd,bangunan kwsp ini ada parking untuk pelawat tak la risau cari parking.harga bermula dari rm4.00 sejam dan berikutnya.
kita pun buat appoinment untuk aug 2022(kita tak tahu da boleh walk in)kita pun standby la dokumen apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran majikan sdn bhd berdasarkan website kswp itu.
hari yang di nanti telah tiba kita bawa baby setahun sekali buat kerja ini risau juga kalau sesak tapi jangkaanku meleset tidak sesak syukur,,mengikut pengalaman orang lain di postingan online dalam 15minit da selesai urusan cuma waktu nak menunggu sampai no giliran je kena sabar mengikut depa,hati ibuku lega bercampur gabra saat menunggu giliran itu berapa lama agaknya sebap kita bawa baby full breastfeed pula tu.
kita pergi kaunter pertanyaan tu kita tunjuk print appoinment kita (rasa lega konon cepatla smpi giliran kalau ada appoinment kita datang 30min awal dari jam temujanji)tapi waktu tunjuk appointment tu lady tu macam respon tak pandang pun appoinment tu terus tanya "datang nak buat apa"and
the front desk lady cek dulu dokumen kita complete ke tak sebelum bagi no giliran,cek punya cek cik tu cakap dokumen tak cukup "mana dokumen ni mana form 14 ,eh ini yang lama ke baru,tak boleh proceed kalau tak lengkap"cik tu tegaskan.dia siap bagi kertas cetakan lampiran website kwsp tunjuk apa yang tertulis dokumen yang perlu di bawa .kita pun jawapla saya hanya sediakan seperti website itu tulis.
Dekat website tulis lain nestilah kita sediakan dokumen tak lengkap ..kwsp tak update lagi website mereka apa dokumen sokongan mengikut entiti perniagaan*TERDAPAT PERUBAHAN AKTA SYARIKAT DARIPADA AKTA SYARIKAT 1965 KEPADA AKTA SYARIKAT 2016
*Akta syarikat 2016 tiada lagi istilah borang kena hafal seksyen terus
cik itu pun bagitau dokumen apa yang perlu "pergi print tingkat 2 nanti da lengkap datang balik'.
kita pun pergilah tingkat 2,sementara hubby dekat printing shop kita pergi tandas dulu perasaan nervous tu buat kita rasa nak kencing nak berak la hihi..
Dokumen yang diperlukan bagi sendirian berhad seperti berikut
1.IC PEMILIK SYARIKAT
2.SSM (ACT 777)
3.SECTION 14
4.BORANG KWSP
*JANGAN LUPA BAWA COP SYARIKAT YANG ADA NO REGISTER
*BAWA PEN HITAM SENDIRI KANG KENA PERLI PEN PUN TAKDE
da selesai print kita pun pergi front desk tu aik tiber panjang pula orang que nak ambil no giliran,sampai turn kita cik itu pun cek ok da lengkap dapat no giliran terus kena dapat kaunter,sampai kaunter pegawai baru belek bahagian alamat surat menyurat pegawai tu kata "puan mengikut poskod puan kita tak dapat proceed permohonan puan di sini.dalam hati kita arghh sudah!.nak kena pergi cawangan lain ke pulaa..tak pasal2 terimbas kisah buat passport hampir serupa kejadian.
puan kena pergi kwsp petaling jaya,pegawai itu siapkan kepil kertas kita mana yang kena submit sahaja dia usai dokumen kita yang serabut itu dan beritahu halaman mana yang kita tak isi maklumat di borang kwsp itu,saya bersyukur di atas tunjuk ajarnya pegawai itu siap tulis alamat kwsp itu pada sekeping kertas untuk memudahkan saya.saya sempat bertanya adakah perlu appoinment atau tidak syukur tak perlu.
(dalam hati tiba terfikir kenapa front desk tu tak perasan poskod tu walhal nama pegawai yang menguruskan HR department kita tak tulis dia nampak pula.)tak pasal-pasal masa terbuang da la kejar waktu sekejap lagi nak jemput anak pulang sekolah.tak pasal-pasal tujuan seperti melabur dekat sini je haha..kita pun berniat esok je la sambung kerja ini.
kita pergi walk in selepas anak pulang sekolah angkut sekali mari sini bangunan ni dikelilingi kedai bersebelahan bank uob dan kedai makan cafe,pet shop begitu,rasanya kawasan ini more to chinese area banyak kedai makan steamboat cafe chinese style.
The front lady here not so friendly la garang begitu bercakap nada suara tu macam kita jauh dari dia and she was like jawap sepatah sepatah begitu she reluctant to answer our quaries like we have bombarded her with question already.tak kerja dalam field dia mesti kita sumbang nak isi form itu dia boleh saiko tak boleh proceed bukanya nak fahamkan apa nak tulis serabut otak bagaimana nak tanya soalan supaya mereka boleh beri jawapan yang tepat nasip hubby cepat faham.
(kita tak sure apa date nak letak mula ambil pekerja/berapa orang pekerja since kita takde pekerja lagi,kita pun baru setup company)rupanya letak je la date hari yang kita datang tu mula ambil pekerja dan pekerja 1 la kita director sorang haha
da selesai register kaunter bawah tu depa pun suruh naik tingkat dua untuk pengaktifan dapatkan kod majikan,masuk je ruang pejabat atas kelihatan dua meja perunding dua staff lelaki masing masing tengah attend customer di mana kita dihidang one of the gov staff his tone voice over the customer is disturbing dengan pakej facial expression dia yang cuak gila.aura macam masuk bilik penyiasatan the staff marah the guy salah masuk bilik berurusan kot dan suruh customer tu kena isi form bla bla...
bila customer tu da keluar dari ruangan bilik itu the staff scarsm ISI BORANG PUN TAK RETI sambil dia memandang rakan sekerjanya.ishh dalam hati berniat tak nak pergi dekat dia berurusan kaki kita pun ikut sama keras tak nak pergi melangkah sana,dalam hati berbisik adakah kedua staff ini moody garang macam ini mampuslah.syukur staff lagi satu sudah siap membantu customer dia terus lambai panggil perggh lega nampak staff ini baik staff itu mula sahaja bicaranya im surprise dia baik lembut gila kita hampir tak dengar suaranya hehe..
pengaktifan tak sampai 15minit pun urusan siap..terima kasih staff yang baik itu siap ajar bagaimana cara nak bayar bulanan.







No comments:
Post a Comment