Wednesday, 11 October 2017

beli fetal doppler cheras dan dimarahi doktor

kerana payah sangat saya rasakan mahu rekod gerakan bayi dalam kandungan ini lagi2 saya ini first time mother to be,kataya kena rekod gerakan bayi bila kandungan mencecah 28 minggu(saya buat monthly check up private tapi xde pun doc tu cakap hmm mujurlah kita ini rajin cari maklumat di carian google dan kita ada 3 orang kakak yang sudah berkahwin so diorang la juga yang bagitahu.

tapi da masuk 28 minggu ini saya tak reti la nak kira macam mana haha entahla tapi adalah rasa geseran dalam perut dan lain2 tapi saya still tak sure how haha...ada juga google mengenai nak kira gerakan baby ni tapi still macam tak puas hati tau saya cuma pantau yang baby selalu gerak dan waktu gerakan berlaku maksud saya waktu@jam berapa siang atau malam ke macam tu lah..

*****************************************************************************

tiba2 bunyi peringatan telefon pintar kita berbunyi dan kelihatan gambar aplikasi ibu mengandung terpapar di atas skrin telefon menyedarkan usia kandungan kita sudah mencecah 31 minggu..

lagi dua hari sy mencecah 32 minggu hamil dan pada hari itu saya melakukan kerja rumah tanpa henti dari pukul 7pagi da keluar ke taman untuk senaman jalan kaki 30 minit sesudah itu balik rumah terus sambung memindahkan tunas cili yang sedang membesar ke pasu yang lebih besar sebanyak 8 pasu kita buat sekali gus dek kerana terlamppau teruja tak tersedar penatnya weii sampai la ke tengahari baru kita stop duduk,minum air da memikirkan apakah yang harus dimasak untuk makan  tengahari...fikir nak masak untuk saya sahaja okla tapi klau nak fikir sekali masak untuk si encik suami mampuii entahla bila agaknya aku campin masak masakan punjabi ini.hmmm kita seharian d rumah sorang2 encik suami kerja tak lekat di rumah bila la masa nak belajaar bknlah lansung tak pandai kita baru tahu 3 dish sahaja mna achi..

ok back to main story,,2 hari berlalu sejak kejadian saya berkebun at my mini garden depan rumah ini saya perasan macam baby sleep cycle da brtukar waktu dia nak bergerak gerak pada jam yang sepatutnya pun tak teratur da selalu klau kita baring ke kiri ke kanan ke baby akan tendang2 dia tak suka kita baring terlentang baru duduk diam dia dalam tu tapi kli ini macam baby kurang respon dan kita pun da 2hhari mngadu dengan encik hubby mr.singh yang baby kurang gerak..encik hubby ajak pergi hospital tapi naluri ibuku memberitahu mesti baby penat sebab hari itu kita kerja kuat smpai letih badan satu hari tau..kita masih tenang lagi sebab waktu kita minum manis2 makan air krim baby bagi respon juga dia bergeser tukar tempat dalam tu yang ketara perbezaan tu baby kurang respon macam nak kick pun lemah jee...kita try2 la google penyebabnya ada yg ckp brdasarkan pngalaman mereka kdg sebab kita penat @stress baby pun penat dan turut mengalami so rasanya baby banyak tidurla tu 2hari ini..lagipun kata mereka hamil 32minggu ini 90-95% baby banyak tidur dan sleep cycle baby juga berubah...ada betulnya juga..

tapi encik hubby risau juga tak puas hati so encik hubby ajak g beli fetal doppler ini hehehe disebabkan keadaan kita ini hubby risau nak pergi kerja tinggalkan kita di rumah so kita maklum fetal doppler ini banyak online je jual tapi hubby dan kita nak juga waktu itu benda alah tu soo kita tryla cari2 ke farmasi berdekatan rumah...nak 5 farmasi jugala kita tanya dan semua taak tahu fetal doppler ini fungsinya apa sampi la kita google cari pic tu tunjuk kat diorang..tapi hampeh semua xde..so pulang dengan perasaan kecewa tapi kita usaha juga kot2 ada orang jual online kat mana2 area tempat tinggal ini yang boleh self pick up..usha instagram usha fb akhirnyaaa jumpa jugaaa murah lak tu daripada online tu huhu...kita pun deal la nak self pick up dekat bandar tun husseen onn sahaja..rm165 je,

senang sahaja pengunaannya kalau tak jumpa jantung baby takdelah bunyi dup dap tu and tiada skala nombor terpapar..detakan jantung bayi yg normal dari 110-160dia bagi gel sekali untuk sapu dekat perut sebelum pki klau da habis gel tu katanya c penjual boleh je pki baby oil.

seminggu selepas itu pergi cekup sy bagitu la dooc mngenai ini terusss doc..
"kenapa membazir?kenapa beli tak tanya doc dulu call ke tanya?.
"sape suruh beli,awak reti ke pakai itu kan peralatan perubatan."
"awak tahu ke mana kepala baby,mna kaki dia,mana tangan dia,habis tu macam mana awak cek."
"awak tahu ke normal heart rate baby".
"awak ni bahaya tau,berapa harga benda tu,apa company yang jual tu,brand ape tu,dari mana awak beli.?"
"benda tu tak elok ya adalah infared,da la murah dijual kita tak tahu kualiti benda tu bla bla bla..".
"berapa kali da awak pakai alat tu,awak pakai hari2 ke."

naya ko nak mnjawab dengan doc terasa merah padam muka waktu tu,terrkejut doc marah haha..pakai 2 kali je selepas da beli nasip tak hari2..doc kata tak ELOKKK!!!siap jmpa doc g tau encik hubby dia tersengih2 je sebab dia pun ada warning tak elok juga tapi sy biasalah degil bertempat ekeke...


No comments:

Post a Comment