Saturday, 10 June 2017

bermalam di hotel genting highlands

school holiday...teringat kepada anak buah kita yang manja dengan kita dari bayi sampai besar ini so waktu ini kita ambil kesempatan bawa mereka bermalam di rumah kita sepanjang cuti sekolah.mahu melompat mereka keseronokkan sebab di rumah ada wifi budak sekarang canggih teknologi.encik hubby pun suka di mana dia yang memberi idea ini ...


sudah 3hari 2 malam anak buah bermalam di rumah selama itu juga laptop kita dengan HP kena conquer diorang dan waktu tido diorang overtime sampai 3-4pagi melayari utube encik hubby kena tendang tido sebelah bilik πŸ‘….


.............memandangkan encik hubby kita selalu balik malam budak2 tanya "anty tak bosan ke soorang2 dekat rumah"tak pun budak2 tu kerap tanya "pukul berapa uncle balik ni"mana taknya kalau encik hubby balik ada je benda nak di offer bagi kat budak tu diturutkan semua kalau bukan shooping keluar makan g mane2 budak2 tu sukala kerap berjalan ..πŸ’•
 tak cukup tu hari pertama tido kat rumah malam tu kebetulan encik hubby kira duit depan budak tu sebab mummy to be ni minta duit nk beli sarapan esok pagi untuk budak2 ni bergurau lah hulur tangan minta duit lepas tu encik hubby betul2 bagi sorang 100 mana taknya demand budak tu kita cakapla banyak tu bagi kat budak2 encik hubby cakap its okay thats a blessing from them,they r not always come here katanya.encik hubby siap bawa budak tu shopping baju without limit macam kelihatan teruja je hubby ni nak ada baby hehe..πŸ’˜πŸ’˜πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ

4malam berlalu...jam menunjukkan pukul 11malam encik hubby baru balik kedengaran pintu utama dibuka encik hubby terus meluru ke arah anak buah bertanya khabar diikuti senyuman hmm macam kenal je perasaan senang tu hatiku berbisik mesti encik hubby senang sebap kita ada teman di rumah tak berseorangan ada anak buah teman kita dan encik hubby bersuara "ok tommorow we go genting dan tido di sana"hmm kedengaran lucu bila encik hubby cakap melayu pelat tu kelakar..bukan main lagi melompat budak tu siap peluk encik hubby mana taknya kata anak buah kita selalu pergi genting jalan2 je tak pernah merasa singgah tido.

encik hubby cakap pukul 11pagi bertolak tapi budak2 ni jam7 da bangun siap kejutkan saya yang masih terlena katanya"anty bangun da pagi da pukul berapa ni"amboiii hahaha...

sebelum gerak ke genting singgah tesco dulu beli jacket untuk anak buah kata encik hubby amboii...we are going to enjoyed cool weather 3,000 feet above sea level kalau tak silap waktu kita tengo suhu mengikut sistem kat kereta 19*C tu yg waktu pagi jam10 kalau malam tu tak tahula
dalam satu jam 30 minit memandangkan kita bertolak dari kepong kita sampai puncak genting wohoo bulan puasa pun sibuk juga genting ni opps lupa pula ini kan foreigner place byk gila chinesse visitor pd ketika ini semuanya sibuk merakamkan kenangan berlatarkan kabus tebal terasa macam di hong kong...


di atas itu klip video kita baru nak sampai puncak genting..{boleh tengo dekat channel  you tube saya juga do suscribe me at www.youtube.com/channel/UC8Xd7bbPLBcwa6NSC5-4HCQ
waduhh bap cari parking tu pusing2 la kau dalam bangunan tu nak cari parking oi tertoleh ke kanan ke kiri maklumlah free parking for public lain la dapat booking hotel kat puncak ni mcam hotel first world ke maxim hotel ke smpai je terus parking ke car park hotel berkenaan  hmm coloteh byk!

menginap di hotel genting
oklaa da dapat parking snap pic sikit dekat paking lot tu hihi..jangan lupa tangkap gambar no paking lot korang kang paya cari kereta..lagi2 sebab kita ini pelupa tangkap gambar sudah cukup kata encik hubby so ikut je laa...
   ambil sikit angin kat atas itu cuci mata tengo kabus tebal bagi budak2 enjoy dulu bukan selalu diorang jalan2 ini dapat green light dari sis kita ibu kepada budak2 ni keluar kandang hehe bukan senang nak bagi lepas anak kita pada orang lain tau cehh nampak naluri mummy to be ini..πŸ˜ͺπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

okay sudah pusing2 tu tengo suasana masuk permainan budak dekat awana building indoor je kalau nk pegi outdoor encik hubby ckp no need sape nak main sy bukanya boleh main pun ni preggy 5bulan nak su anak buah main xnak anak org ini kang hmm..

 watak2 cartoon disney kebetulan lalu d kawasan itu spt snow white sleeping beauty,naruto,avatar and watak beauty n the beast paling menjadi tumpuan terutama tanduk c jejaka the beast itu,hmm tak dapat snap pic kita da la pendek nak suruh encik hubby hmm dia tak kenal watak2 ni semua yg dia tau watak bollywood  je.
apepun sukalah kita tengo gelagat ank buah 2 org ni..

ok semua da kata sepakat semua da laparrrr kita pusing pula cari makanan cari punya cari aduiii semua kita bole makan biar chinesse cuisene tapi encik hubby kena mkan vegeterian food so no choice western ler italia pizza derrr inilah selalu kejadian saya dgn encik klau nak p mna2 tak jumpa indian food or punjabi food ni la junk food last option paling sihat rasa boleh makan salad selamat sikitla kalau jumpa subway..
italia pizza di genting caesar salad alwys the best salad

bersama dengan anak buah di genting


amboii ini dia wajah anak buah ku yang selalu nak berkepit dengan kita dari bujang zaman remaja kita smpi bercintan smpi bersuami ini terutama yang perempuan tu rapat sangat dengan kita..kita suka sangat dengan dia sebab she very matured babe..

dia siap pesan ni anty da ada suami n kejap lagi nak ada baby mesti da lupa kita da katanya weii she only 10yrs old da tau ckp mcm ni cant describe la terkejut den la tetiba dia ckp mcm ni tak sangka tul hehe nmpk simple tapi reality ya ampunn specchless la that time.πŸ’“πŸ’πŸ’πŸ’—πŸ’–hehe kalau mak dia marah dia kebetulan depan saya pun saya touching mcm separuh hati ini dibawa pergi cehh dku time kecik dia ni anak sulung kot dia ni maknya selalu marah dia saya pula marah cara mak dia pula tegur dia hahaha 


ok jam tangan sudh menunjukkan pukul 4pm da sampai waktu nak check in hotel tapi masa makan tu hubby sempat usik budak ni katanya semua hotel da penuh so sekarang kita kena balik Kl juga tapi budak2 ni tak tahu kita da book awal2 saja bah..kelihatan anak mata mereka memberi respon kecewa c lelaki tak ketara tak tido pun xpe no problem asal da sampai tapi c pempuan tu siap cakap"alaa kata nak tido sini takan makan2 je pusing je takan da nak balik da la tak pegi indoor main roller coaster amboii haha nasip encik hubby tak faham malay sanagat..dan saya pun cakap "ok korang berdua berdoa sekarang supaya kita dapat hotel''bagus anak buah kita ni bijak diorang pun doa dalam hati dengan pejam mata berukir senyuman lepas itu kita pun bagitaula kononya da dapat hotel buat2 sebok lerr belek fon..ok korang yang nak plan menginap di mana2 hotel genting ni boleh book melalui apps BOOKING.COM pandai2 ler pilih room ye belek2 banyak kali jangan percaya ilustrasi gambar bilik tu terutama katil tu nmpk besar sekali hmm..

bestt kita menginap di hotel bangunan baruuu bersebelahan dengan hotel berhantu di genting katanya yang bangunan da lusuh macam bangunan terbiarr tapii sebenarnya berfungsi mak kau..rasanya hanya kakitangan genting menginap d situ sekarang not open for public..
pandangan dari kaki bangunan terbiar berdekatan ion delemen hotelinilah bangunan yang kita cakap tu memang macam bangunan terbiar colour bangunan tu da luntur spooky gilerr..kita sangka bangunan ini  da tak dipakai lagi bangunan ini sekali malam itu dalam pukul 8 macam itu disebalik kabus yang sangat tebal kelihatan...nanti kita ulass..di akhirr..

pandangan dari bawah bukit bekas hotel disangka terbiar rupanya..BEST WESTERN PREMIER ION DELEMEN HOTEL 5STAR 
6000 feet above sea level and boasts views of the valleys.
 dan inilah hotel bnagunan baru yang kita cakap tu  free parking,free wifi none smoking room,room service,laundry,24 hour front desk,hotel ni ada 2 restaurant onsite.
Hotel offers a relaxing stay with an outdoor pool da sejuk takde mood la nak pegi pool lagi oi  and 24hrs gym@ fitness facilities kita ambil sekali breakfast.
check in di hotel genting baru premier ion delemen hotel
check in dulu..sempat suruh hensomboy ni pose sikit.
baru beroperasi sebulan kita sudah merasmikan menginap di sinitu dia bridge penyambung segala tempatsempat juga sesat kejap cari bilik ekeke..nak pergi main reception pun turun naik dr basement parking naik tangga masuk lif segala.. tu yg baru sampai la..separuh basement tu still under construction makum masih baru bangunan ni..

ok welccome too..movie buffet ni best choose je ape latest movie korang nak will cost paling murah MYR20 n above bayar waktu check out dont worry ada tv channel free jga beb.kalau terlupa charger no worries diorang ada sediakan charging electronic smartphone letak je hanpon atas alat tu tak payah kabel2 da mula mengecas.

suasana balkoni bilik kita menginap di hotel baru gentingtu dia pose mak cik di luar balkoni bilik dan tmpat ni  hanya 1,6km dr puncak genting tu nmpk juga first world hotel warna warni tu..dan d sebelah bangunan tu yg kita cakap scary tu mcm bangunan terbiar nmpk mcm tinggl nk runtuh je paliss..

ni baru masuk 6pm terus testing tengo cartoon "the boss baby"
ekeke sejukk eaa walhal ni kita paksa nephew pakai ni ..baru lepas mandi 8pm..n tiba2 lonceng berbunyi room service hantar bagi 4peket hot chocolate.bilik kita book ini takde bath tub.


boleh tahan juga dia ni sejuk..sesudah tu kita place order makanan,syukur hotel ini ada canteen sendiri tak payah standby bawa makanan atau keluar mencari makanan,terfikir juga ada ke grabfood atau foodpanda di genting ini haha jakun..jam sudah jam 9pm kira lama juga tunggu ni nak sejam lebih,maklumlah 7 jenis makanan total myr300 juga. kita tak oder air sebab dalam ada peti sejuk kecil bawah kabinet tv itu ada pihak hotel da standby dlm tu 2mineral kecil 4 soft drink n few  tea sachet n coffee.

double single bedsebelah tu budak laki da tido sama seperti hubby lelaki ni pantang jumpa air cond terus terlelap peempuan ni sibuk menikmati suasana hehe nasip hotel ni ada bagi xtra smartphone khas untuk tetamu dlm bilik so boleh la budak2 ni pki surfing internet spt u tube tv da tak layan xtau nk mna satu.

entrance

comell takk...katanya tak sabar nak share experience cuti sekolah ni dengan kawan katanya selalu dengar cerita dari kawan bercuti dengan family book suite room n so on blah2..biarpun sy belum merasa business punya room saya bersyukur experience yg anty n uncle bagi katanya ciann lain kali ye syg tunggu ada rezeki byk sikit da jadi taukeh kita try pula business punya room ekeke..

hahaha..kakaknya usik dia pki baju ni besar gila.

KEESOKANYA checkout dalam pukul 10am tak pergi pun breakfast yang sudah termasuk dalam bil,disebabkan encik hubby katanya ada kerja tetiba pop up nak settle cepat kita pun iyakan jela ..dlm perjalanan balik kL tu nak turun dari genting faham2 la jalannya da la curam bengkang bengkok sepanjang jalann ye kita menginap satu malam sahaja...budak 2 org tu kepeningannn sakit kepalaa hehe
experience genting roadsesampai di kepong kita singgah makan di kedai mamak..terus balik rumah alahai letihnya badan,dalam lif anak buah kita sorang ini tiba-tiba

hahaha MUNTAHHH...keluar dari lif depan rumah muntah lagi nephew kita,ciannn perut masuk anginla tu sejuk kot menginap di genting tak paya pakai penghawa dingin,

oklaaa da penat menaipp do click video down below bangunan yg berdepan dengan hotel kita tak nampakkk biar satu bangunan tu bila malam menjelang..berdiri di luar balkoni untuk merasai angin menampar lembut di muka,serta mengamati kabus tebal menutupi segala pemandangan yang ada.

 tiba-tiba kelihatan cahaya berwarna oren sekejap terang timbul sekejap tenggelam di sebalik kabus tebal itu.setelah mengamati beberapa minit rupanya itu adalah cahaya lampu dari bangunan yang kelihatan terbiar tu ternyata ia masih berfungsi dan didiami,start jm8 jalan raya da lengangg..kelihatan jalan raya juga sukar untuk kelihatan cuma mata kucing je boleh nmpak kot hihi..

No comments:

Post a Comment