Disebabkan ketiduran petang tadi dan terjaga pada malam hari menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk melelapkan mata pada akhirnya.saya cuba untuk melelapkan mati dengan tidur-tidur ayam namun amat paya sekali untuk terlelap.
sekejap sekejap saya mengubah posisi tidur kekiri kekanan atau pun menekup wajahku dengan selimut ataupun tangan si encik suami, ketika coretan ini ditulis si encik suami sedang lena tidur di temani dengkurannya yang kadang kedengaran kadang lenyap.syukur dengkurannya belum setanding dengan lori kayu balak yang mengalami kesukaran umtuk di hidupkan enjin ketika di awal pagi. ketika sedang berusaha untuk tidur otakku ligat berkerja mengimbau kembali memori suka duka pahit manis di masa remaja saya,mengingatkan betapa nakal dan beraninya saya mencuba serta melakukan sesuatu yang baru namun mengikut kajian ianya normal berlaku pada zaman remaja darah muda yang cuba membuktikan sesuatu barangkali....
dalam keadaan mata yang masih terpejam si otak mengingatkan ku.........zaman sekolah rendah waktu itu saya SUDAH berperangai seperti lelaki teman seperkolahanku mahupun di kampung mereka yang sebaya saya memanggil saya pengkid!namun ketika itu saya hanya memahami jika mereka menggelar saya tomboy dan saya sedar akan maksudnya seorang perempuan berkelakuan kasar seperti lelaki namun saya kasar pada mereka yang kasar dahulu.dan saya kurang merasa terasa atau melenting ketika mereka memanggil saya pengkid kerana saya menganggap mereka memberi gelaran baru kerana bosan memanggil saya tomboy.
namun kini saya mengerti maksudnya yang tidak jauh beza.namun bila mereka memanggil saya tomboy saya melenting seperti budak tak belajar pendidikan moral seperti orang tiada kesedaran sivik.kerana pada waktu itu saya hanya mengikut naluri muda saya agaknya dan ketika itu saya hanya mengespresikan diriku menjadi diri sendiri dan saya tidak sedar jika ada masaalah kepada masyarakat tentang itu.kerana saya hidup seperti biasa dan saya tidak membuat jenayah.
dari zaman sekolah hingga masuk zaman sekolah menengah saya masih aktif dalam sukan di mana ketika sekolah rendah saya pernah memenangi piala olaragawati.sungguh kelakar waktu itu saya tidak faham akan maksud apa itu olaragawati. dan si olaragawan pula waktu itu adalah crushku yang pertama putih orangya dia suka selalu mencuri pandang terhadap saya melalui ekor matanya ππ matanya yang bersinar putih bersih,seperti mata jejaka cartoon animax ketika dilamun cinta,rambut belahan tepi rambut depan disikat sedikit berombak dan dia sentiasa wangi dan kelihatan bersih rapi sungguh orangya serta bijak pandai dalam setiap mata pelajaran namun terpisah ketika alam sekolah menengah.saya menyambung persekolahan di sekolah kebangsaan manakala dia di sekolah sains.
sampai kini saya masih teringin melihat gambar memenangi piala itu bersama dia.namun tidak kesampaian hingga kini saya masih berharap.
disebabkan kepopularitian ku dalam bidang sukan saya muda dikenali para pelajar dan guru-guru membuat mereka cepat kenal peribadiku sehingga saya mampu mendapat biasiswa sukan.
pencapaian tertinggi ku mewakili bola tampar dan olaraga peringkat negeri.dan sukan bola tampar inilah juga saya pertama kali dalam hidup ini menangis kerana acara sukan waktu itu saya servis bola terbaik dalam permainan ini dan ketika itu hanya satu pukulan bola dari saya menentukan siapa pemenang pertama setelah melalui konsep liga dan berbagai saringan antara sekolah peringkat daerah.
memandangkan mata seri dengan pihak lawan dan pukulan bola terakhir itu diiringi slogan sendiri "nah amik kau!"sampai kini teman seperjuang yang mengingati diri ini memerli saya dengan slogan ini.
saya ketika itu penuh keyakinan menang sebab saya tahu pukulan saya sukar ditangkis πππdan saya dikenali kerana itu namun aauhhchh sakit hati sekali servis bola ku agak tajam dan deras menyebabkan iya melebihi garisan belakang dan para cikgu yang menonton dari pihak lawan sedar akan itu menjerit out out dan peserta lawan mendengar tanpa sedar tidak menangkis bola itu dan membiarkan jatuh di hujung garisan.ketika bersalaman dengan pihak lawan menandai akhirnya acara itu saya bersalaman sambil nangis sesudah selesai bersalaman saya berlari menuju tandas yang berdekatan melepasakn sebak di dada tidak lama itu cikgu wanita datang memujuk memeluk saya hahahahha.....
di sekolah menengah pula nama tomboy dan pengkid sudah tidak lagi kedengaran di telingaku entah kenapa mungkin kerana di sekolah menengah banyak pelajar dan kelihatan bukan saya sahaja yang perempuan yang berperangai kasar seperti lelaki,rambut pendek,penampilan tidak seperti perempuan yang lembut malah ada beberapa orang oleh kerana itu barangkali.namun di sekolah menengah saya digelar pula_bumi putra rokers!mengaitkan band penyanyi irama rock ketika itu yang terkenal entah apa kaitannya dengan saya malah saya dipanggil nama kumpulan penyanyi itu oleh sekumpulan samseng berlagak kuat@hero dan macho@kumpulan playboy di sekolah saya ketika itu.
namun pada mulanya saya diamkan saja tapi lama kelamaan saya bosan dan marah kerana setiap kali terserempak waktu rehat mereka malah tidak segan2 menjerit gelaran itu dari jarak jauh.
sibuk otak saya mengimbas kenangan remaja saya semakin rimas dan bosan saya celikkan mata ini dan pandangan mata terus ke luar jendela memandangkan katil hanya berada di tepi jendela dan kelihatan cahaya awan gelap yang diterangi cahaya seperti kilat menyambar di awan sekejap muncul sekejap malap.
namun pada mulanya saya diamkan saja tapi lama kelamaan saya bosan dan marah kerana setiap kali terserempak waktu rehat mereka malah tidak segan2 menjerit gelaran itu dari jarak jauh.
sibuk otak saya mengimbas kenangan remaja saya semakin rimas dan bosan saya celikkan mata ini dan pandangan mata terus ke luar jendela memandangkan katil hanya berada di tepi jendela dan kelihatan cahaya awan gelap yang diterangi cahaya seperti kilat menyambar di awan sekejap muncul sekejap malap.
bangunkan diri dari terus berbaring bosan tak terlelap pun,duduk menghala jendela damai terasa memandang ke luar tingkap lenggang tanpa kelibat manusia.angin luar berlumba menerjah masuk jendela menampar pipi terasa sejuk angin mencium pipi, kelihatan bangunan pencakar langit berdekatan masih terang benderang.saya hilang dalam khayalan sendiri agaknya ada ke manusia di bangunan sebelah sana seperti saya sukar melelapkan mata, atau adakah mereka di luar sana yang baru pulang dari bekerja,adakah mereka di luar sana tidur dengan lampu berpasang persoalan seperti itulah yang membuat otak saya sibuk bekerja.
lampu jalan menerangi suasana yang gelap sekali-sekala kelihatan kenderaan berlalu.saat ini yang saya pasti bilangan bangunan di sekitar mudah dibilang kuantitinya.
lampu jalan menerangi suasana yang gelap sekali-sekala kelihatan kenderaan berlalu.saat ini yang saya pasti bilangan bangunan di sekitar mudah dibilang kuantitinya.
ketika ini jam hampir pukul 4pagi hmm kesian mummy to be ini tak boleh lelap tauuu....
ok bye!jumpa di coretan lain...
terima kasih kerana membaca
terima kasih kerana membaca






No comments:
Post a Comment