Friday 8 September 2023

pengalaman di SEKOLAH MEMANDU IMKEDA HULU LANGAT

saya usahakan tulis blog ni kerana atas pengalaman sendiri saya cuba2 cari info penyediaan mental nak ambil lesen tak jumpa ada jumpa pun sekolah memandu lain dan pastinya pointnya berbeza sedikit ternyata betul. berbulan da dapat lesen baru buat blog ni rasa rugi tak share ke korang nota c introvert amik lesen tapi besalah perempuan takut memandu lagi2 ada anak kecil yang tak reti duduk diam da ikat dekat car seat da tapi melalak dia tu tak boleh bincang jenis yang nyaring giler.. meraung macam kena pukul tak henti2..harap saya tak di kalangan lesen perap hihi kita pernah kemalangan kereta dan moto harap saya dapat lawan ..saya takde sesiapa nak duduk sebelah teman/ajar kita memandu ada anak2 je so saya berharap saya mendapat kekuatan berani memandu da la sekolah anak kena lalu highway mrr2 guys..kepada orang yang suka2 HON kereta bila ada sticker P shame on you!!


banyak tengo dekat tiktok dan youtube boleh tengo cara parking tu.tapi cari yang dari sekolah imkeda hulu langat punya la sebab lain sekolah lain je point dia..ada cikgu2 dari imkeda ada buat video dan upload...kalau lambat lagi tarikh jpj kena usaha balik2 tengo video nanti lupa syukur kita waktu tu penantian jpj tak makan bulan dalam dua bulan dapat lesen kalau tak gagal dari test computer ke qti..kita soalan computer tu 50/50 betul okayy anak2 tido kita baca buku dan buat test jawab dekat apps lesen tu.2hari sebelum test mmg berkorban lewat tidur baca buku haha..sekali hari test computer tu soalannya mudah betul dari apps dari contoh soalan mana tak 50/50 wakaka.. 


cikgu kite ok dia ajar kereta masuk paking lurus/senget boleh dia tak berleter panjang malu kat calon lain bila cikgu dok terjerit2 luar kereta di litar tu.parking senget subjektif lulus je tapi tolak markah sikit kita share gambar markah setiap step tu hujung coretan.kalau nak parking senget pun tak perfect kena hati2 juga kena pastikan cermin sisi tu tak jatuh atas garisan kotak parking,bumper belakang tak jatuh atas garisan yee....badan kereta tu semua kena masuk dalam kotak.

belajar memandu kereta sebelum jpj ada beberapa sesi/10jam so first sesi memang pening sikit nak hafal pelan litar sebenar nak memandu tu ye kawan2,berikut adalah urutan praktis di litar ,,praktis bukit-ramp(kalau amik auto)-parking-3 penjuru-selekoh S-last selekoh Z dan ulang balik naik bukit..parking ada 3 kotak berlainan kena ingat point(4,5,6)

teringat 1 mamat ni dia memang da pro memandu cuma takde lesen je da ada kesedaran kan pergila amik lesen dia tahniah.dia dalam lingkungan umur 40han tapi bila bap RSM tu dia bicara sama kita dia kecut dan nervous haha hari tu saya nampakla dia test parking terkebil2 jugala dia nak masuk parking sekolah memandu ni haha

BERIKUT ADALAH CONTOH PENILAIAN PRA UJIAN QTI so korang boleh praktis point ini ya..
maaf kertas kotor ada kesan minyak kita beli kuih masuk dalam bag dari kantin sekolah memandu ah sudah nasip baik kertas ni tak perlu serah dengan pegawai balik.cikgu pesan anak tidur baca ye hihihi..


nampak banyak kalau di senaraikan tapi bila da biasa buat takde apa pun..



ni buku agent skolah memandu kita bagi sekolah memandu sinar cheras kg.baru terbaik..dulu2 pernah amik lesen tapi tengah jalan cuma nak habaq sistem kali ini sangat terbaik dulu amik xde selekoh S dan Z kali ni dengan adanya RSM lagi semoga banyak pemandu berhemah lepas ni..lepas dengar ceramah hari tu nampak calon beli buku ni dari pegawai pnceramah dalam rm20 g tu agaknya tu walk in ke sekolah memandu kot bukan melalui agent.






SEMOGA YANG MEMBACA KORANG BUAT SEKALI TERUS LULUS virtual hug🤗🤗

Monday 6 March 2023

ujian QTI dengan officer garang

 Dah habis belajar 15jam ke kak/abg oi tengah berdebar nak qti le tuu...RELAXXX..here i share my experience,,tak nak banyak cak direct to story!


kita tau nak QTI bukan sungguh kita buat revision sebab. tak nak gagal kang kena membayar lagi ulangan qti..so hari qti tiba kena terpacak d institut memandu 8.30am tapi kita dtg 40min awal konon dengan harapan perasaan gabra hilang sebab penat menunggu..


bap rpk/rsm tu bukan main kita nak hafal perfect!nampak simple tapi entah banyak calon setuju bap ni sungguh buat nak tercirit ingat..8.45am kita duduk menunggu nama di panggil ruang pendaftaran qti untuk calon tumbprint dengan officer appointed.stndby keluarkan lesen L dan IC kang free2 kena bebel lambat keluarkan nanti nama di panggil tinggal hulur je depa nak cek hidup ke dok lesen L tu.nanti kita akan disuruh sign,sign,sign,sign,sign dan sign di form hijau entah apa benda tak sempat belek.

*tak ikut huruf permulaan nama pun untuk giliran sampai depends on kecepatan cikgu/officer appointed to test you panggil nama u* QTI 30MINIT

selesai thumbprint kita di suruh ke pondok qti buat RPK/RSM tuuu..waktu kita sampai da ada orang lain buat kita pun buat serentak sekali.. officer tu pla duk meja berdekatan sibuk thick2 kertas hijau tu dan perhati.yang kita buat jerit2 body part kereta tu TAK PECAH,KEADAAN FIZIKAL OK,GETAH TAK KOYAK,tayar DALAM KEADAAN BAIK KEPALA BANA!!!kita kena tunjukkan satu2 part tu dan sentuh tapi kita saat tu tapi officer tak bagi katanya kotor  pula hmm ..kita lupa cek bahagian alatan kecemasan tools nak tukar tayar,segi tiga kecemasan tu dan cek tayar spare mujur waktu tu officer sibuk belek form hijau tu dia tak perasan kot hahaha...

hmmm dulu pernah amik lesen L MANUAL juga tapi sekerat kena cikgu kurang ajar terus xde hati nak sambung kita sampai nangis tau dijeritnya kita enjin mati waktu nak reverse (kali ni kita amik AUTO)di depan pondok calon menunggu giliran bayangkan..so tak adanya macam ni rpk/rsm tapi sungguh i suka penambahbaikan ini buat kita ada extra ilmu tentang kereta bukan setakat tahu pandu harap lain kali ditambah cara nak tukar tayar pula hehehehe,...

Da selesai RPK officer tu bagi kunci kereta yg park berdekatan dia cakap pergi start kereta tu no plat 3234 laraskan tempat duduk nanti saya datang saya nak pergi kencing.kita pun pergi sampai kereta kita tak start terus kereta kita buat RSM tu dulu kita ejas cermin dan seangkatan tak sampai 3min officer tu da sampai bapa ah cepat sungguh dia kencing..offier yang wajah berlubang2 MENGURUTU  macam jalan raya gravel tu dengan hidung kembangnya seperti buah avocado jerit herdik kita pula dia menang sebab kulitnya cerah tu saje yang cantik yang lain2 haram jadah!!..officer tu be like haayaaaa eeeee belum start enjin ke?tadi saya suruh start enjin!! kita pun tinggal la nak cek hazard,signal,wiper,lampu tu terus start enjin dia suruh gerak takdenya buat RSM maknanyaaa..start sini kita da mula blurr setelah diherdik!.

sebelum ni kita belajar memandu dengan cikgu direct ke padang litar sebenar unutk test JPJ tu,saya tak pernah pun ke padang litar kecil untuk belajar tapi officer tu suruh pergi ke padang litar kecil tu untuk buat 6 elemen tu bagi DA .officer suruh kita buat parking kita pun ape lagi kita blurr kat mana lorong nak pusing kotak paking kat mana simpang nak masuk?kita pun teragak2 memandu memandangkan ada kereta yang lain juga kita tak sure simpang mana nak masuk kita pun sekejap kejap brek bila nampak line putih berhenti tu kita pun auto berhenti takut gagal, officer tu apa lagi ko apahal suka brek brek ni huh!kita pun da perasan kat mana kotak paking tu kita pun cuba double comfirm,dia boleh jerit yalaaa!!!kita pun hadam je,nak ejas cermin kanan pada tayar pun takut dijerit lagi lantaklah sebab officer tu macam nak kita cepat2 dan cincai je sebab keta masuk kotak pun tak cantik sangat tapi dia tak cakap apa.. saat buat parking sisi kita banyak pusing stering habis macam yang kita belajar tu..dan officer tu pun jerit ko apahal pusing pusing banyak sangat ni ahyeeee ishh!!officer tu mendengus!dalam hati kita sibuk berfikir apahal dia ni???niat fokus nak buat betul2 itu kelaut..

da siap parking dia suruh buat 3 penjuru pula kita pun tak tahu nak pusing ke mana officer tu pun just cakap pakai mulut kiri kanan kita pun akhirnya persaan mana 3penjuru hmpir konpius dengan selekoh Z pergi buat 3 penjuru mulut dia tak berapa kurang ajar pula sesudah siap dia arah pergi selekoh Z tapi ada kereta stuck situ tak sampai seminit menungu mulut officer tu bersuara apahal kereta tu ape yg dia buat situ dengan nada kasar kita sebelah terasa aura marah tu tajam.

officer tu pun ajak ke jalan raya terus elemen lain tinggal,kita pun lagi konpius ni qti ke?jalan nak pergi ke jalan raya tu kita pun nak standby jalan mana kita tanya officer tu nak pergi mana jalan 1 ke jalan 2 ke atau jalan 3,dia pun balas awak ikut je kereta kat depan tu kebetulan kereta kat depan tu qti juga,yang sial berlaku ketika drive jalan raya ni ketika nak tukar lorong kita diajar jangan tergesa gesa menukar lorong saat kita buat nak tukar lorong officer tu boleh jerit herdik kita tekan minyak tekan minyak tekan minyakk!!haiiyeeeee !kita juga diajar bawa kereta ada CAP L ni bawa 30/40 je punnn kann tapi officer ni bangang nak mampus saja nak kita fail!!!da la lepas tukar lorong tu 20meter begitu depannya task kita kena buat pusingan U mestilah nak slow dia boleh mendengus benci herdik tekan minyak??lepas tu kita diajar jarak 2meter/nampak tayar kereta kat depan kita selamat untuk berhenti TAPI officer tu pula boleh push kita rapatkan kereta dengan yang depan??officer ni sengaja nak buat kita kemalangan dan gagal agaknya tak pun RACIST?dan rupanya kita pusing bawah jambatan je tak pergi jalan2 yg dikhaskan untuk jpj test nanti tu pun.tak paham lah qti diberi waktu 3ominit macam ini tu agaknya yang melahirkan officer from hell!.

dan sebelum nak masuk simpang driving school tu ada jalan lurus panjang dan ada 3 bonggol besar dalam jarak 50meter siap garis kuning hitam kita kena la balik2 brek perlahankan kenderaan tak nak officer sebelah yang siap pegang pemegang kat atas pintu tu terasa terangkat punggung gemuknya itu yang ketika berjalan asyik2 nak betulkan seluar naik kat pinggang dan asyik2 belai hidung avocadonya tu.dia boleh complain brek tu untuk perlahan kenderaan bukan nak berhenti henti agaknya macam tu la bunyi komplennya hello ini bonggol pun ko nak bising pengunaan brek tu bagaimana..ko memang sengaja kan nak marah2 kita without reason tuhan je tahu hati ko saat itu.

da sampai driving school parking tangan officer tu da siap menunggu kita bagi kunci haram jadah betul.dia bagi lulus tapi hati muka kita da terganggu tekanan pula bukan gembira 2hari berlalu baru hilang dilema kena layan kurang ajar macam itu seperti kita ni binatang senang2 nak herdik.elok pula suara dia bercakap yang hampir tak dengar saat tumbprint selesai qti ok da boleh balik pak u la...







Thursday 2 February 2023

cara Daftar majikan kwsp sendiri

 pengalaman terbaru yang dilalui dalam hidup ini kita nak berkongsi...buka syarikat ini memang knowledge cari sendiri la takdenya upah corporation di mana kita boleh bayar depa untuk kita tubuhkan company di mana mereka akan bimbing A TO Z g tuu,,..kita dapat ilmu sekerat kerat dari teman-teman dan online posting.pendekkan cerita saya nak kongsi pengalaman daftar kwsp sebagai majikan baru(2022)

sekarang 2022 tak paya appoinment pun boleh walk in da..

kita rancang nak register di kwsp cawangan kuala lumpur daftar majikan sdn bhd,bangunan kwsp ini ada parking untuk pelawat tak la risau cari parking.harga bermula dari rm4.00 sejam dan berikutnya.

kita pun buat appoinment untuk aug 2022(kita tak tahu da boleh walk in)kita pun standby la dokumen apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran majikan sdn bhd berdasarkan website kswp itu.
hari yang di nanti telah tiba kita bawa baby setahun sekali buat kerja ini risau juga kalau sesak tapi jangkaanku meleset tidak sesak syukur,,mengikut pengalaman orang lain di postingan online dalam 15minit da selesai urusan cuma waktu nak menunggu sampai no giliran je kena sabar mengikut depa,hati ibuku lega bercampur gabra saat menunggu giliran itu berapa lama agaknya sebap kita bawa baby full breastfeed pula tu.
kita pergi kaunter pertanyaan tu kita tunjuk print appoinment kita (rasa lega konon cepatla smpi giliran kalau ada appoinment kita datang 30min awal dari jam temujanji)tapi waktu tunjuk appointment tu lady tu macam respon tak pandang pun appoinment tu terus tanya "datang nak buat apa"and 
the front desk lady cek dulu dokumen kita complete ke tak sebelum bagi no giliran,cek punya cek cik tu cakap dokumen tak cukup "mana dokumen ni mana form 14 ,eh ini yang lama ke baru,tak boleh proceed kalau tak lengkap"cik tu tegaskan.dia siap bagi kertas cetakan lampiran website kwsp tunjuk apa yang tertulis dokumen yang perlu di bawa .kita pun jawapla saya hanya sediakan seperti website itu tulis.
Dekat website tulis lain nestilah kita sediakan dokumen tak lengkap ..kwsp tak update lagi website mereka apa dokumen sokongan mengikut entiti perniagaan
*TERDAPAT PERUBAHAN AKTA SYARIKAT DARIPADA AKTA SYARIKAT 1965 KEPADA AKTA SYARIKAT 2016
*Akta syarikat 2016 tiada lagi istilah borang kena hafal seksyen terus


cik itu pun bagitau dokumen apa yang perlu "pergi print tingkat 2 nanti da lengkap datang balik'.
kita pun pergilah tingkat 2,sementara hubby dekat printing shop kita pergi tandas dulu perasaan nervous tu buat kita rasa nak kencing nak berak la hihi..

Dokumen yang diperlukan bagi sendirian berhad seperti berikut
1.IC PEMILIK SYARIKAT
2.SSM (ACT 777)
3.SECTION 14
4.BORANG KWSP
*JANGAN LUPA BAWA COP SYARIKAT YANG ADA NO REGISTER
*BAWA PEN HITAM SENDIRI KANG KENA PERLI PEN PUN TAKDE

da selesai print kita pun pergi front desk tu aik tiber panjang pula orang que nak ambil no giliran,sampai turn kita cik itu pun cek ok da lengkap dapat no giliran terus kena dapat kaunter,sampai kaunter pegawai baru belek bahagian alamat surat menyurat pegawai tu kata "puan mengikut poskod puan kita tak dapat proceed permohonan puan di sini.dalam hati kita arghh sudah!.nak kena pergi cawangan lain ke pulaa..tak pasal2 terimbas kisah buat passport hampir serupa kejadian.

puan kena pergi kwsp petaling jaya,pegawai itu siapkan kepil kertas kita mana yang kena submit sahaja dia usai dokumen kita yang serabut itu dan beritahu halaman mana yang kita tak isi maklumat di borang kwsp itu,saya bersyukur di atas tunjuk ajarnya pegawai itu siap tulis alamat kwsp itu pada sekeping kertas untuk memudahkan saya.saya sempat bertanya adakah perlu appoinment atau tidak syukur tak perlu.
(dalam hati tiba terfikir kenapa front desk tu tak perasan poskod tu walhal nama pegawai yang menguruskan HR department kita tak tulis dia nampak pula.)tak pasal-pasal masa terbuang da la kejar waktu sekejap lagi nak jemput anak pulang sekolah.tak pasal-pasal tujuan seperti melabur dekat sini je haha..kita pun berniat esok je la sambung kerja ini.


kita pergi walk in selepas anak pulang sekolah angkut sekali mari sini bangunan ni dikelilingi kedai bersebelahan bank uob dan kedai makan cafe,pet shop begitu,rasanya kawasan ini more to chinese area banyak kedai makan steamboat cafe chinese style.

The front lady here not so friendly la garang begitu bercakap nada suara tu macam kita jauh dari dia and she was like jawap sepatah sepatah begitu she reluctant to answer our quaries like we have bombarded her with question already.tak kerja dalam field dia mesti kita sumbang nak isi form itu dia boleh saiko tak boleh proceed bukanya nak fahamkan apa nak tulis serabut otak bagaimana nak tanya soalan supaya mereka boleh beri jawapan yang tepat nasip hubby cepat faham.
(kita tak sure apa date nak letak mula ambil pekerja/berapa orang pekerja since kita takde pekerja lagi,kita pun baru setup company)rupanya letak je la date hari yang kita datang tu mula ambil pekerja dan pekerja 1 la kita director sorang haha

da selesai register kaunter bawah tu depa pun suruh naik tingkat dua untuk pengaktifan dapatkan kod majikan,masuk je ruang pejabat atas kelihatan dua meja perunding dua staff lelaki masing masing tengah attend customer di mana kita dihidang one of the gov staff his tone voice over the customer is disturbing dengan pakej facial expression dia yang cuak gila.aura macam masuk bilik penyiasatan the staff marah the guy salah masuk bilik berurusan kot dan suruh customer tu kena isi form bla bla... 

bila customer tu da keluar dari ruangan bilik itu the staff scarsm ISI BORANG PUN TAK RETI sambil dia memandang rakan sekerjanya.ishh dalam hati berniat tak nak pergi dekat dia berurusan kaki kita pun ikut sama keras tak nak pergi melangkah sana,dalam hati berbisik adakah kedua staff ini moody garang macam ini mampuslah.syukur staff lagi satu sudah siap membantu customer dia terus lambai panggil perggh lega nampak staff ini baik staff itu mula sahaja bicaranya im surprise dia baik lembut gila kita hampir tak dengar suaranya hehe..

pengaktifan tak sampai 15minit pun urusan siap..terima kasih staff yang baik itu siap ajar bagaimana cara nak bayar bulanan.
kita belanja ice cream ikut mama papa buat kerja hari ini

sharing is caring 

sian my son ini balik sekolah terus ikut buat kerja apatah lagi adiknya

isshh the anoyying husband and boss

hadap je la mana2 he is busy with the phone,boleh tahan juga makan harga cafe sini..







pengalaman hotel gone wrong di port dickson

Hai korang jumpa lagi di coretan kali ini mengenai pengalaman bercuti di port dickson selama 3d2n dimana saya akan menceritakan pengalaman menyewa di sebuah hotel itu dimana dan aktiviti yang kitorang lakukan sepanjang berada di PD.bertolak dari kl pukul 12 memandangkan kita da tempah hotel siap2 di mana check in pukul 3pm so sampai PD makan masa sejam dua(ikut jalan yang banyak lalu tol comfirm cepat sampai hihi)kita tempah hotel untuk semalaman dahulu takut hotel tak best kan so nanti boleh tukar.
trouble kalau berjalan dengan dua beradik ni terutama yang kecil itu tak reti duduk diam mesti nak ke driver seat sabar je la ayah kan.
sampai ke perkarangan hotel,berdekatan ada pantai tapi bukan tempat mandi, bersiar-siar atau sekadar cuci mata merasa angin panas laut okla kot.bilik family suit kita level 1 corner side (arah matahari terpancar seharian terasa panas dinding bilik wei).untungla..

tapi yang best hotel ini berdekatan dengan restoran yang viral di PD dan tak perlu pun pergi jauh cari restoran kalau letih sangat banyak juga kedai serbaneka yang hanya di kaki hotel so convenience..

hujung bangunan itu terdapat restaurant viral PD MHR BURGER'S malam penuh meja waiter pun banyak so cepat je mereka ambil order.kalau suka makan burger berbagai style pergi sini ingat restoran ini tiada menu nasi kalau nakmakan nasi hihihi..
gallery art RUMAH TERBALIK PD tapi kan hari tu kitorang datang tak buka macam kena call pula,call berulang tak angkat tak dapatla selfie art kat dalam.

dan restoran viral WARUNG SALAI 
 


syukurr kepada tuhan dapat paking depan hotel hihi..

SOUTH BLOCK hotel room only(malam in/out)pintu hanya boleh diakses pakai kad bilik.
NORTH BLOCK lobby

sebalik langsir tu pemandangan menghadap ke highway.kereta paking kat bawah boleh nampak.

Masuk je bilik seperti biasa mata terus terpandang katil dan di sekitarnya,kelihatan tv di dinding bawahnya ada meja kecil satu kerusi di atas meja ada cerek elektrik,4cawan dan beberapa paket kopi/2botol mineral.

kita pun terus cek tandas pula ada 2 helai tuala dewasa dan sehelai tuala kecil kita tiba-tiba keliru tuala kecil tu tuala muka ke pengelap kaki depan tandas tu tapi takkan lipat sekali ...ehh kepala pusing ke kiri kanan "eh takde kain lap kaki ke?ada sabun gel shampoo semua cuma takde berus gigi/facial wash hmm redha nampak pula tong sampah dalam tandas tapi takde plastik.yang best dalam tandas bagus juga ada kerusi khas orang tak boleh mandi berdiri agaknya untuk orang uzur kot.

aliran air laju apatah lagi mandi air hujan suam tu.tapi pilihan mozek lantainya kurang sebab agak licin bila dah basah sangat tak sesuai buat lantai tandas serius.kalau pakai selipar tandas ok kot.

selesai "belek"tandas kita keluar nampak lagi tong sampah tepi bedside table tapi takde plastik juga kita pun cuba buka drawer yang ada dalam bilik tu kot disimpan sana tapi hampa takde hmm redha lagi.

terdapat ruangan sangkut baju melekat di dinding 2 buah hanger disediakan dan sebelahnya cermin besar melekat padadinding juga boleh nampak seluruh tubuh wanita mesti suka cermin tu.

selesai belek bilik kita pun membaringkan diri pergghh empuknya katil hotel  ini.dalam hati berkata kan bagus katil di rumah seperti ini.senyuman kesenangan terukir.

tiba kita tersedar kenapa bilik ini masih terasa panas walhal sudah 3ominit berlalu periksa alat kawalan da betul da hmm kita pun redha mungkin malam sejuk kot memandangkan hotel berdekatan laut dan matahari tengah terik membara di luar saat itu jam hampir menunjukkan jam 4pm.(AC cap bintang,kalau ya pun jenis jimat kalau ada bantuan kipas mungkin sejuklah kot. 

kita ada bayi dan waktu tidurnya sudah tiba hubby pun cakap rehatkan anak2 dulu baru keluar meninjau ke pantai.saat baring2 itu sambil menyusukan anak mesti rasa nak pasang tv kan hubby pun pasang tv tapi sayang dalam bahasa cina arahan tv itu kita cuba tekan2 remote suka hati kot2 terbuka channel ke tapi tak berhasil hubby pun call lobby inform tv tak berfungsi depa pun "ya sebentar".dia punya sebentar itu tak ke sudah ingatkan kalau depa mari boleh tanya sekali hal penghawa dingin tapi hampeh kita pun takpela tak yah tv main hanpon.

tersedar kalau  kat hotel mesti ada free wifi kan ..anak da terlelap kita pun berdiri periksa dinding/pintu bilik itu yang ada 2/3 arahan laminated melekat di dinding kita baca satu persatu dengan harapan dapat mencari pasword wifi memandangkan nama hotel itu ada keluar dalam carian wifi.

arahan di pintu bilik mengenai safety first kebakaran/peta bangunan,arahan di dinding dekat suis utama mengenai di mana terletaknya plastik sampah dan arahan di mana terletaknya bin pembuangan sampah (hampeh plastik sampah tiada tersimpan di bilik/laci mahupun tong sampah di balik pintu kecemasan di luar bilik)siap pemberitahuan(jangan tinggalkan sampah di dalam bilik yang akan menyebabkan bilik berbau)ok itu adil..kita permudahkan urusan orang begitu juga sebaliknya hendaknya.

arahan ketiga berbunyi ''jangan kotorkan cadar katil,lantai dan mencuri sebegitu..perghh first time jumpa hotel sebegitu tak sanggup snap gambar arahan itu.kita cuba pula belek purse dari lobby hanya mengandungi remote tv/ac/kad hmm terima la kenyataan malas nak call lobby minta assist tv tak muncul tak nak di belakang kena gelar customer kepoh!

nampak belahan di katil tu size K/Q disambung dengan single bed cukuplah dengan kita 4 beranak.


tak sabar dia nak explore PD langsir cun total blackout sun.

pukul 5 kita turun ke pantai teluk kemang tapi jumpa kereta mainan ini dulu so ambil peluang jap bagi anak main, tak ingat berapa ringgit bayar rm10 kot for few minutes.

nasip owner baik melayan anak nak tukar pula kereta dia takut bunyi "enjin"mainan tu kuat g tuu..

tukar lagi


tak habis masa yang diperuntukkan pun main anak takut pula main tak reti main sendiri kita tolong pakai remot takut pula dia meraung.

alo alo mummy doter tak takut air terbuka macam ni bukan macam abangnya waktu umur begini celup kaki pun tak nak.

kesian banyak sampah tepi pantai yang hanyut ke darat ke memang da situ.

banyak puntung rokok di pasir berdekatan takut pula anak ini pungut

hanya mampu melihat abangnya lari ke sana sini mandi dan tegur mesra dengan kanak-kanak lain 



nampak tu sampah lagi rosak pic mandi mandi manda di laut entah fungsi nak ada kanopi sewa tepi pantai tu mendatangkan kebaikan banyak atau keburukan.


muka kena paksa selfie 

a memories to cherish later.mommy love you my children.


my handsome son yang pandai minta selfie

while travel family photo is a must



dia nak cuba main banana boat ini tapi kita ada baby so benamkan niat feel quilty towards him.



Hubby hanya mampu teman mandi laut kira kira 2 jam lepas itu dengan tak bersabar ajak balik hotel menurut je la biar anak sulung tu berkeras tak nak balik lagi.

homework homework

holiday pun homework bawa juga ye kang lupa pula rupa alphabet tu macam mana.
Da makan malam semua kita buat homework dengan anak pula sementara menunggu mata terlelap,tapi kan rasa macam tak tidur dekat hotel la AC tak sejuk saat anak da terlelap pun boleh pusing ke kiri ke kanan macam tak selesa tilam da empuk bangat da.namun terima kasih pada katil anak  dapat tidur juga.

hari kedua kita gerak keluar hotel jam9 untuk sarapan tapi sebelum itu me and hubby da decide akan tukar hotel,anak awal pagi da mengajak balik rumah siap cakap this room no good(bilik kat rumah lagi AC sejuk)instinct mama mesti anak ajak balik sebab itu.mama takut pula anak beriya nak bawa balik rumah da almaklumlah bapanya mengutamakan kalau anak tak selesa dia akan ikut anak cakap apa mama pun cepat-cepat inform akan tukar hotel(bapanya da siap perli"anak nak balik ni jom balik")mama pun kena merayu bapa sekali hmmm...janji nak 3hari 2malam kot relaxing di pd ni.hubby pun book 1hotel untuk hari itu mama pun happy secure haha..nasip ada kosong sebap last minute book.da la saat ini cuti sekolah.

pusing2 pd cari sarapan susah juga sebab hubby vege nak cari restoran okay sikit alih alih mamak juga akhirnya.da la encik somi tak makan nasi sangat paya betul isteri dibuatnya beralih selalu encik somi nak juga temankan makan di restaurant kebiasaan tu nasi lover selalu makan g tu tapi anak sulung lidah macam bapanya tak makan nasi just "roti"soo..hmmm

11:30 kita checkout kita siap buang sampah kita sendiri ye kita faham arahan,cuma rasa risau sikit lantai kotor sikit ada biskut crumb dan coklat stain somewhere around the sheet teringat ingat arahan tu dibuat siap cakap dengan encik hubby kerisauan di hati,hubby pun buat mendengus kata depa saja letak arahan tu buakan ada apa pun.not helping at all statement hubby kat kita dia tak sedar lagi wifenya pembaris!

Da siap urusan check out syukur takde apa complain dari lobby,memandangkan masih awal untuk check in kat pd ni rata2 check in petang pukul 2 so kita pun buat lawatan ke muzium tentera darat port dickson..masuk percuma!mama teruja sebab anak suka,nak tengo reaksinya bila nampak depan mata tank tu di mana selama ini nampak kat tv dan mainan je kan.
he keep saying thank you mama papa(kena bawa jalan2)

i love you son

tembak jarak jauh buat pelakor dan mak cik bawang ni best

elehh anoying mr.singh

alo alo mama doter good girl sebelum whine up kepanasan

i love this pic the most!!

paksa papa berselfie dengan weapon tu

peaceee terima kasih pejuang negara untuk negara yang aman 

the hand say it all how happy he is

mama pun nak juga selfie ala2 kapal lalu atas kepala

happynya dia anak happy mama happy

GENERAL Mr,singh bruhhh,,
korang nak mana satu belakang tu mama bungkuskan

sapelah jahanam sangat curi tiub tank tu

hei kawan kawan sape nak mainan besar saya belanja

son:papa buat naik bukit ke genting ini ok tak

papa:son kenapa ada tangga pintu tutup tu

mana driver ni da lama tunggu

mak mana payung saya tak cukup berkicap ke ni

apahal paking sini tapi tak boleh buka pintu katanya

son:mama kenapa enjinnya duduk luar berat ke?

tugu peringatan pada yang gugur mempertahankan negara 

size da ok da ingatkan boleh pinjam round Pd rupanya untuk pameran

tak sempat nak tengo apa dalam bangunan anak da mula merengek

hei kawan boleh tumpang sampai melaka tak

sedap buat tembak mulut longkang ni

kawasan berdekatan muzium tempat tinggal tentera


bangunan tempat pelawat daftar kehadiran
sudah lama tunggu apahal enjin tak start lagi

bye korang kita tumpang tank ke teluk kemang

ini semua saya punya

alahai anakku salah tu duduk dalam kita bukan pergi berperang

Rasanya duit kat bank cukup tak bayar beli tank satu

syukur mendung kejap mau rentung usha muzium ni lain kali bawa payung

bang da jumpa ke kawan yang nak bagi tumpang

mampus para suami kalau ada jual kat luar ni kena lock jarak jauh tembakan bisik hati beliau.

mama nak masuk dalam tank tu dalam cartoon depa tunjuk ada coklat

lepak sini kejap tunggu papa beli air

oh yeahh the weapon actually exist mama

nyanyi sikit kot mama bawang putih muncul

ko tengok dua beranak tu pintu da berdadu berkeras ketuk pintu tu buat pe?

sorry darling they said tahan teksi kat luar i wont fit the door saya gemuk

terima kasih membaca kisah di muzium TDM nampaknya kami kena pergi tahan kereta di jalan besar

okey waktunya nak pergi check in hotel lepas puas melantak makanan ringan di dalam muzium tu beli sikit toys kanak2 dan pakaian coloreng kanak kanak.

ada sedikit waktu lagi kita pun menyempat jalan-jalan tepi pantai berdekatan hotel 
alahai merahnya anak mama tu 

anak da mula throw thantrum da penat berjlan mama ambil gambar pun marah
merenung jauh memandang ke lautan membantu hati yang lara tersakiti


man in my life

sedap bau laut,angin panas laut menampar muka yang dirindui selalu

kat sini boleh sewa basikal pusing2 tepi pantai buka sampai malam klau malam basikal tu ada lampu comel.rm20 30minit rasanya 

https://youtu.be/-XQDCOCAs1A



taraa inilah hotel keduanya moga anak2 selesa da tak komplen panas di sini,kita sampai sebelum jam2 nampak arahan kertas di pintu waktu untuk check in kita pun tunggu dalam kereta da sampai pukul 2 hubby pun pergi masuk dalam beberapa lepas itu kelibat hubby kelihatan terus masuk kereta menuju pintu pemandu mama da rasa pelik,hubby kata kena tunggu lagi beberapa minit nati depa panggil katanya entah bilik tak siap belum ada orang katanya hmmm entah nak tunggu siapa kita diamkan saja.

jam2.40 belum panggil2 hubby pun masuk lagi sekali nampak hubby keluar kali ini depa minta ic mama relaks sikit da takut pula kena reject book last minute,hubby da masuk perut kereta hubby cakap kena tunggu kejap nanti depa panggil dalam hati mama aiyoo lagii ini macam kaa..jam3 baru dapat masuk hotel depan kaunter seorang wanita da berumur 55tahun begitu kot dengan makeup smokey eyes guys,sangat mesra tunjuk arah menuju lift blah blah...ruangan menuju lif agak bersepah sikit dengan barang2 baru load,renovasi begitu kelihatan.saat itu kita juga berselisih dengan seorang lelaki tua kelihatan seperti housekeeping staff tangan dipenuhi laundry.agaknya yang kita jumpa itu owner kot.
 

masuk je bilik mulut terpacul kata kata "ini baru hotel"wangiii sungguhh"sejukk kelihtan suasana belum pasang AC da sejuk rasa mungkin ya sebab bilik ini terlindung di antara bangunan lain tapi wangi tu level hotel anak kita yang 4tahun pun menyokong kenyataan parentsnya.

anak anak terus berlarian menuju katil diikuti encik hubby belakang da berteriak nak baring kot,mama pun sama tapi mama masuk toilet dulu selalu teruja nak periksa tandas haha..wow tandasnya memuaskan hati mama suka luas!lady at the counter ada mention tekanan air tak deras kita ok je,tandas siap ada hairdryer,berus gigi,sabun pecuci muka,sabun,shampoo mama pun berkata dalam hati ini baru hotel semua ada tak paya ada fikiran nak beli berus gigi sendiri.yang penting dekat dinding tak ada arahan do and donts haha..


anak sulung click pic kita dohh nampak sebelah kanan atas itu,itulah tempat sangkut pakaian saja nak habaq..bawahnya ada tv berfungsi dengan baik macam macam chanel ada.

aah ah mummy doter selalu kacau wallet daddy dia dan selalu kena marah sebab itu nampak tangan tu cuba capai curi2 wallet atas meja tu haha..


bukan mainn suka doter bilik ini biar bilik ini bilik kedua hotel ini best.


ini kerja dia main camera phone

seperti biasa saat matahari teduh sedikit anak tidur sekejap kita pergi mandi pantai di pantai berlainan pula biar papa acuh tak acuh nak melayan kita pergi pantai mama paksa juga kita pun da janji dengan anak semalam hari ini akan mandi pantai lagi.

nasip baik bawa beg jenis plastik

yang malas keluar dengan papa phone tak akan tinggal kejap 

kena bawa air kosong sekali basuh tangan anak 

ini anak kena belanja baru nak stop mandi

what a pose doter..


mama apehal balik2 panggil kita ni

nak mandi juga tapi mama say no

ehh u mandi ini macam kaa

pantai ini takde pondok kanopi sewa yang semak tu

pantai ini ok sikit tiada kelihatan sampah di pasir
da puas pusing2 cari restoran semua full book ada jumpa pun kita bungkus cuba secubit dalam kereta ya ampun kembang tekak masin,tergesa gesa masak kot yala saat ini cuti sekolah alih2 kita ke sini food truck waterfront pd bersyukur jumpa.

hubby hilang ditelan di sebalik orang ramai cari makan kena dengan lidah vege beliau kesiann..mama stay dekat kereta anak terlelap.

8pm da sampai depan hotel anak terjaga tup tup tak nak masuk hotel nak jenjalan katanya hmm tak dapatla melayan jam da pukul berapa.

tangan penuh dengan bekalan makanan risau juga nak lalu depan kaunter kot kot tak dibenarkan bawa makanan ke ada selingan teguran ke pobia mak oleh hotel sana tapi syukur the lady at the kaunter siap greet dan senyum manis gurau dengan anak lagi.


alamakk masuk je bilik terus spotted lantai basah cari punca ingatkan botol air yang anak buka lupa tutup lalu tumpah tapi sangkaan ku salah air mengalir dari dinding bilik and mama dapat the vibes as a owner of the hotel cost for repairment bermain di fikiran kesiann..

hubby cepat2 pergi inform desk dengan tunjuk video sekali,sebelum pergi tu mama da paking keluar semua barang so tinggal dapatkan kunci bilik baru tak payala hubby ulang alik dan tindakan pihak hotel pantas tak sampai 10min kita pindah bilik baru 

tunggu hubby depan pintu lif dengan kunci bilik baru


yeahh..bilik ini kecil sedikit dari family suit yang kita book awalnya tapi lebih kurang je xde beza sangat,tak minta tuala pun sebab esoknya nak balik da just pakai tuala sendiri sudah kita happyla dapat set toilet baru lagi hehehe..
ada nampak mama senyum?jum digging up!

anak enjoy tengo tv bukan macam sana tv perhiasan je
is 01:00AM waktu untuk tidur bye thanks for reading..